Wednesday, 31 December 2014

Sedap Tapi itulah Naya Wehh!

Haisshh! asyik citer pasal makan je ko ni, right now dah tahun 2015 la cik akak oiii, kata ada Azam baru. Ohhh ye selamat tahun baru kepada semua.

Hari ini aku sakit perut dok ulang pi beyak tau hahah, mungkin penangan sambal tumis aku yang kaw tu yaampun makan tak ingat betul la ko ni.

Last masakkan aku untuk tahun 2014 adalah sambal tumis ikan bilis bersama petai dan tempoyak amboiii bukan main panjang menu ko ahahhakkks.


Sedap betul sambal ni, memang johan diantara sambal-sambal yang pernah aku masak. Tapi itulah petai plus pedas ni memang alamatnya ko akan pergi ke bank je la. Hhaahah oklah pergi bank di tahun baru kan ahahahakkk. 

Ikan Bilis
Petai 
Cili Kering
Bawang Besar
Bawang putih
Asam Keping
Garam 
Perasa
Tempoyak 2 sudu
Bawang besar - hiris 

Simple tapi sedap tahap ohhhsemm weehh! tak caya cuba la masak untuk menu tahun baru hangpa. Makan dengan nasi putih letak kicap je dah rasa Alhamdulillah dengan rezeki Allah tergambar akan kesedapan menu ni.

Tumis bahan blend lada kering, bawang besar dan bawang putih, masukkan ikan bilis bersama petai
Masukkan asam keping dan hirisan bawang serta tempoyak
Letak garam dan perasa siap menu gempak yang ohhsemm

Tuesday, 30 December 2014

Jangan Terus Teralpa Kawan-Kawan

Aku suka jadi pemerhati sekarang ini, aku hanya tengok apa yang terjadi dan ambil tahu dalam diam sahaja. Aku tak nak memandai-mandai dan tunjuk pandai sebab tak semua apa yang kita buat orang suka.

Percaya wa'ima kita melakukan kebaikkan kita tetap akan dikritik oleh segelintir manusia yang tak boleh tengok kita lebih dari mereka.

Aku tak kacau hidup orang dan aku harap orang tak kacau hidup aku. Aku tak suka bukan bermakna aku benci ataupun marah tapi itulah ,aku cuba slow sikit dalam serba serbi sebab aku nak fokus pada satu perkara yang dah lama aku delay.

In Sha Allah tahun 2015 ini akan mmeberi aku seribu kebahagian dalam hidup ini bersama insan yang aku sayang. Amin mudah-mudahan.

Kita nak berjaya harus percaya dengan kemampuan kita, Allah beri kita akal untuk kita mencari peluang yang boleh membuatkan kita capai apa yang kita impikan. Ada rezeki yang sukar kita dapat hari ini hebatkan amalan dan doa kita. usaha dan tawakal kalau tak dapat jangan putus asa redha dan cari punca kenapa.

Aku tak bercakap mengenai sesiapa. Sekadar bercerita tentang apa yanga aku lalui dan daki hingga sekarang. Perit jerih kehidupan dahulu mengajar aku apa erti kesabaran, kepayahan dan keyakinan.

Bermulalah dari bawah dan rasa nikmat kemenangan itu dengan kesyukuran. Jangan ambil jalan pintas dan hanya tahu menunding jari dan mempertikaikan setiap apa yang berlaku.

Aku terkesan dengan apa yang berlaku hari ini, aku berasa Allah mahu kita sedar dari kealpaan kita. Allah uji kita bukan kerana dia benci, Allah nak sedarkan kita, marilah kita renungkan balik apa yang telah kita lakukan dan jangan sesekali mencari salah orang lain. 

Indah hidup ini seandainya kita tahu bersyukur, redha dan tawakal Allah uji kita hari ini kerana dia sayang kepada kita kerana tidak  mahu kita terus alpa dalam keenakkan hidup tanpa merasa perih. Kita lihatlah saudara seislam kita yang ditimpa musibah bantu sedaya mampu. 

Tiada wang, harta benda cukup sekadar mendoakan kesejahteraan mereka disana. Kita bukan sentiasa diatas, ingatlah mungkin suatu masa kita juga perlukan doa dari mereka apabila tiba waktu kita.

Ya Allah Ya Tuhanku Kau Selamatkanlah mereka yang berada dalam kesusahan. Ampunkanlah kekhilafan kami makhluk ciptaanmu yang teralpa dari mengingatimu. Kami tahu hanya kamu yang berkuasa dan tiada tandingan lagi, Allahuma Yasir Walatuasir Yarahman Ya Rahim.

Ayam Masak Lemak Cili Api

Hari ni i masak menu paling pebret sangat, entahlah menu ni memang bila makan pastu teringat masakkan mak kot. Tak kira lah ayam, udang ke telur ke memang kalau makan menanggis ko tahu tak!

Mana tak nanggis dah berapi punya pedas kan hahhha, tapi inilah salah satu menu pebret aku 'Ayam Masak Lemak Cili Api'

Monday, 29 December 2014

Sempatkah kita wahai kawan-kawan?

Siapa yang tak nak senang a.k.a kaya kan. Aku bukan saja nak senang kat dunia tapi aku juga nak senang Akhirat juga.

Dunia hanya sementara hanya Akhirat kekal abadi. Takut mati memang harus ada dalam diri, dengan rasa takut mati kita takkan buat perkara yang mendatangkan dosa, kita ingat Allah yang mencipta kita.

Kita tahu tak kenapa Allah cipta kita?

Untuk kita beribadah kepada- Nya
Untuk menjadi khalifah dimuka bumi dan mengenali-Nya
Untuk menguji Kita

Kesemua itu telah difirmankan oleh-Nya boleh refer di Website  Unikversiti ada mencerita lebih detail.

Siapa KITA?

Kita adalah makhluk yang diciptak oleh Allah swt untuk beribadah kepada kepada Nya tanda kita mensyukuri dan redha dengan apa yang kita ada dan lalui. Kita sebagai khalifah seharusnya mentadbir bumi dengan cara yang diredhai Allah swt.

Aku iaitu aku seorang makhluk yang dicipta oleh Allah ingin berubah menjadi yang lebih baik dan lagi baik dari tahun sesudah.

Bagaimana?

Tanamkan sifat Amal Makruf Nahi Mungkar  dalam diri kita iaitu lakukan kebaikkan dan tinggalkan kejahatan. Mudah sangat kita nak mencapai apa yang disuruh oleh Allah.

Aku bukan pandai dalam bab yang berbentuk dan berbaur islamik ini tapi aku menulis hanya untuk aku, yang aku sedar ianya semakin jauh untuk aku gapai seandai hari ini aku masih ditahap sekarang. Banyak yang perlu aku lakukan dalam hidup ini untuk ketemu JANNAH mu Ya Allah.

Aku sedar akan kekuasaan mu Ya Allah. Hanya Kamu yang satu tiada tandinggan. Ampunkan semua dosa makhluk ciptaan mu diatas bumi ini. Bagilah kesempatan untuk kami bertaubat dan menjadi hambamu yang taat akan perintah mu Ya Allah Ya Rahman Rahim.

Pandainya aku buat karipap

Alhamdulillah selesai makan karipap hasil air tangan aku, sedap ranggup cukup rasa cukup semua lah hahahha angkat kayu hempok kepala sendiri ahakkkss.

Aku ada beli ubi keledek 2 ketul minggu lepas, Punyalah lupa pasal ubi tu buka almari dapur baru perasan ohhhh! aku ada beli ubi ingat nak buat karipap.

Petang tadi aku buatlah inti karipap ubi campur daging cincang, senang sangat nak buat inti dia pejam mata je hahahhah pengsan wehhh kalau orang maki aku ni pasal angkat bakul kain baju sidai sendiri ahahakkk hihihikkk.



Nanti aku rajin aku kongsi resepi. Aku tak ikut sukatan pun semua pakai ikut naluri sangat. Try n Error omputeh cakap. Kalau ikut aku buatlahh nak oiiii janji sedap tekak ko, laki ko anak-anak ko ok dah tu ahahha hikkhikkkss.

Belajar Masakkan Kampung

Siapa suka makan makanan kampung?
Makanan kampung ni ibarat makanan yang tak pernah tak sedap, terlalu sedap seperti pucuk paku lemak, kulat sisir masak cili api, pucuk ubi, sayur pucuk manis semua tu memang masakan mak tok nenek kita memang tak bolehdi sangkal lagi memang power!!

Sunday, 28 December 2014

Tabiat tak boleh nak hilang

Aku ada tabiat yang pelik, ada tak orang yang pelik macam aku atau lebih lagi. Aku ni kalau takut mesti akan tutup telinga, contoh kalau tengok cerita hantu kan, Aku akan tutup telinga mata aku buka, hahahha pelik tak?

Zaman belajar dulu aku suka tengok movie kat komputer dengan kengkawan tengah-tengah malam, tutup lampu lepak ramai-ramai dalam bilik sambil tengok citer hantu, suasana seram tapi seram seram aku mesti aku tutup telinga mata tetap tengok.

Kengkawan kata aku pelik! hahaha aku takut takut berani namanya hahhaha. Bagi aku yang menyeram sesuatu cerita tu adalah bunyi that y aku tutup telinga je hikhikhhs.

Semoga Kita Tabah dan Redha

Lebatnya hujan hari ni, aku ingat nak keluar sekejap. Risaunya aku sekarang ni, bila dapat tau air semakin naik dikawasan-kawasan banjir. Kelantan, Terengganu, Temerloh Pahang pun air dah mula naik mulai semalam.



Temerloh bandar ikan patin memang dekat dengan sungai, biasa dah kawasan tu banjir, tapi kali ni memang terburuk sekali. Berdebar sangat hati perasaan ni. Ya Allah kau rahmati kami, ampunkan kami dengan apa yang telah kami lakukan.

'Wahai Bumi Telanlah Airmu
dan
Wahai Langit (Hujan)
Berhentilah'

Surah Hud ayat 44

Dengan berita Pesawat Air Asia dari surabaya ke singapura hilang dikatakan mengelak dari awan tebal. Walaupun bukan dari negara malaysia ianya tetap membuatkan hati aku hiba, ianya mengingatkan aku tentang kejadian MH17 dan MH370.

Semoga kita tabah dan redha in sha Allah semua akan kembali seperti biasa. Allah ya Rahman ya Rahim

Sambal Kicap dan Sambal Lada

Hangpa semua tau dak? yang sambal ni makan bersama dengan apa ha! cuba teka hikhikhhh

Rasanya semua tau kot, iye makan dengan bihun sup kan hari tu aku ada masak sup gear box so aku buatlah sambal kicap dan sambal lada ni.

Resepi Sambal Kicap



Cili Api hijau dan merah
Bawang Putih
Limau nipis/kasturi

Cara-cara

Sup Gear Box Style Blossom

Aku teringin makan sup gear box ni dah lama. Teringin mengalah mak buyong ahakks. Aku cari kat pasar adalah tergantung-gantung je tulang tu.
 Aku tanya kat tukang jual tu sekilo berapa ringgit? Sekilo 10 katanya. Aku cari yang kecik sikit sebab semua bapok besor sangat.
Timbang-timbang 2kg lebih je, dalam RM25 bolehlah nak buat sup gear box. Fuhh telan ayaq liur teringat nak srup srup nanti.

Aku suruh orang tu kerat jadi 4 bahagian. iyelah semua bapok gajah tulangnya. Dah beli baru teringat kat rumah mana ada periuk besar.

Kuali pun boleh la hihii



Simple sangat aku punya sup gear box.

Friday, 26 December 2014

Petua Awet Muda

Salam, nak kulit cantik secara semulajadi amalkan makan ulam-ulaman ni. Tengok nenek tok nek kita masa dulu mana ada kosmetik SKII bagai kan. Ada tu tempek bedak sejuk pap pap kat muka hiihikhh ahahakss.

Ulam ni banyak khasiat tersendiri macam mengkudu tu dari buah bawa ke pucuk daun semua ubat yang sudah terbukti khasiatnya.

Macam aku ni memang pengemar ulam-ulaman ni, ulam yang selalu makan salah satunya ulam pucuk gajus, ulam raja tapi ingat ada kan ulam tu macam ulam raja tapi Miang Mexico. Berhati-hati la kalau nak makan ulam ni k.


Inilah ulam pucuk gajus, rasanya lemak kelat tapi memang sedap bila makan bersama Sambal Belacan atau Sambal Belacan Picit.

Thursday, 25 December 2014

Kuala Lumpur Banjir Kilat

Ya Allah semalam aku dapat tahu kuala lumpur banjir kilat. Ikutkan memang aku nak pergi jejalan kat sana tapi aku batalkan niat sebab dari pagi bawa kemalam hujan, so aku dok melepak je tengok movie kat tv sambil makan nasi dengan Daging Kunyit air tangan aku.

Semalam dari pagi sampai bawa kemalam hujan tak berhenti-henti walaupun tak berapa nak lebat tapi mungkin ini salah satu sebab munasabab banjir kilat kat kuala lumpur.


Baca berita harian tadi, Sambutan Ambang Tahun Baru  2015 di putrajaya dibatalkan. Aku setuju sangat sebab kita kenalah simpati kepada nasib orang yang dilanda banjir, mereka susah hati dengan nasib mereka kita dok berseronok terkinja-kinja sambut tahu baru.

Hati aku memang tak tenteram bila hujan turun, teringat nasib orang pantai timur iyelah aku dok terfikir banjir pun belum surut campur hujan tak berhenti makin teruk la jadinya. 

Aku risau kat nasib orang yang terkena musibah banjir ni, mungkin mereka makan pun tak menentu, tidur tak lena kan. Terdetik kat hati kecil aku untuk membantu apa yang patut.

Daging Kunyit

Selamat malam, sebab hari ni aku keluar pergi Giant beli barang rumah. Aku lunch Mee Kari Sedap. Cuti sehari je tak pergi mana pun sebab jumaat kerja kan. Ermm balik rumah golek-golek tengok movie kat tv je.

Hujan petang sampai sekarang masih hujan. Aku ni bersin  macam nak selsema je.

Ya Allah simpati dan hiba bila tengok kat berita jam 8 tadi, kasihan dengan nasib orang pantai timur, Kelantan Lumpuh akibat banjir. Semoga semua selamat dan kembali seperti sedia kala.

Malam ni aku masak simple je, "Daging Kunyit"




Simple sangat nak masak ni.

Bahan-bahan

Wednesday, 24 December 2014

Sambal Belacan Nenas

 Sambal Belacan Nenas, pertama kali aku rasa sambal ni masa rumah mak aku buat kenduri. Ramai orang yang datang cakap sedap.


Jiran tetangga dah siap makan keluar pintu siap dok angguk-angguk kepala kata sedap sambal Belacan Nenas ni.

Sambal ni lebih kurang sama macam nak buat sambal kuinin, macang dan belimbing buluh.


Nampak pun dah sedap kan kan? Hikkhikkh  cheewahhh!

Kalau sedap harus la aku kongsi kat semua kan

Simple je bahannya

Nenas - Rebus atau celur sekejap
Belacan - Bakar
Lada Besar 1 biji
Cili Api Merah 4 biji
Garam dan perasa


Tumbuk semua sehingga hancur ala-ala manja ok.

Siap Sambal Belacan Nenas 

Kalau sedap harus la aku kongsi kat semua kan.

Tuesday, 23 December 2014

Bubur Nasi Air Udang Petola

Musim Monsun Timur Laut 'Full Moon' mencentus banjir yang luar biasa. #Prayforpantaitimur. Ya Allah harap semua akan kembali seperti sediakala Amin.


Bubur Nasi Air Blossom

Sedap ni nak-nak masa hujan membasahi bumi. Time hujan ni sukalah demam, selsema dan batuk hinggap kan hiihikhik.

Ni ubatnya 'Bubur Nasi Air' tak nak cakap banyak nak kongsi kat hangpa semua cara nak buat pejam mata je cissshh berlagak betul ko ni kan hikhihhh.

Borak Kosong

Salam hari ini aku nak borak-borak kosong memandangkan ada masa terluang sikit, esok cuti kan, ada plan kemana-mana ke? Cuti sekolah ada balance seminggu lagi. Tak tau nak pergi mana jom Jalan-Jalan Zoo sebelum nak masuk tahun baru.

5/1/2015 sekolah dah start open macam biasa boleh refer Takwin 2015.


Sekejap je kan, dah  nak masuk Next Year seterusnya. Pejam celik pejam celik jangan tak celik-celik sudah hikhikk. Aku ada Whistlist 2014 yang aku forward ke next year. 

Zoo Negara, Kuala Lumpur

Zoo Negara Aku Datang. Tiket masuk untuk Dewasa RM30 dan Budak 3 Tahun keatas RM 10 (Mykad)

Bawah 3 Tahun Free

Setiap Hari Di Buka

Buka seawal 9 pagi dan Sehingga 5 Petang
4 petang last masuk

Jom Layan Gambar Zoo Walk Savannah


Pintu Hadapan Zoo Negara

Dua minggu lepas pergi jalan-jalan ke zoo negara, banyak juga dah berubah ye. 

Aku perasan tempat Zirafah dan Gajah dah beralih tempat. Sekarang mereka tempatan Gajah, Zirafah, Harimau Belang,Putih, Kancil, Badak kat Savannah

Sotong Masak Merah Meletop

Hambik kaw! Sotong Aku Meletop sedap, pedas cukup rasa hahahhaha hikhkhikhh.  Hari tu ada pergi pasar beli bahan basah termasuk 1 kilo sotong

Ingat Aku nak kongsi resepi sotong crispy tapi nanti la aku citer k. Memang meletop juga sotong crispy aku tu aku try and error Alhamdulillah sedap sangat.


Hari ini aku tak banyak kerja so aku masak awal untuk Dinner 'Sotong Masak Merah Meletop'

Monday, 22 December 2014

Nasi Goreng Simple


Kenapa aku panggil nasi goreng simple, sebab aku seorang yang simple ok. Aku main masak-masak masa aku kecil dulu memang simpel je hikhikk, masak dalam tempurung je ko adoo kenangan main masak-masak tak?

Teknik Nak Jadi Sado'Kuat"

Hhaahha, tadi baca ruangan artikel harian metro, bayangkanlah kalau kita yang menangkap si bedal ni kan. haahhaha nak tangkap ikan pun terkial-kial inikan pula nak tangkap buaya.

Aku kalau dalam sungai ni selain ular la kan, aku memang takut buaya. Aku siap terbayang-bayang lagi celup je kaki terus buaya ngap. Iyelah kan ada peribahasa'jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Maka aku takut la dengan air tenang ni hikhhihkkk.

Ni lagi peribahasa main-main 'Dont Sangka Clear Water No Buaya' yang ni sesuai untuk orang lelaki yang haishhhh pantang nampak girl dahi licin sikit mula la datang gatai dia, abang-abang sado jangan mare a! nanti tak sado la ye.

Oklah ni nak kongsi gambar ornag Asli Autralia hebat sungguh la, kalau nak jadi abang sado harus jadi macam abang ni epic sungguh la haiii!

Nak Jadi Sodo?

Kari Nenas Ikan Masin

Semalam adalah  aku beli barang dapur untuk seminggu, aku beli nenas sebiji. Memang niat nak buat kari nenas letak ikan masin.

Hari ni mood rajin nak makan kari. Aku kalau masak ni suka masak yang simple je. Simple maksud aku bahannya mudah dan senang nak buat janji lazat.

Ehhh betul ke lazat?

Nak tau lazat sedap ke tidok! try la mencuba baru tau dia punyak kick awesome hikhikhikkk.


Sunday, 21 December 2014

Mentor Legend TV3

Assalamualaikum. Salam sejahtera ehhh dah kenapa ko ni ha!

Haishhh! tak baik ye mengeluh, tapi itulah dah terbias jadi walaupun tak ada sebab nak mengeluh selalu je buat. 

Nak citer sikit pasal aku tengok Mentor Legend semalam. Aku tengok dari mula sampai habis. Sambil-sambil aku makan nasi ikan goreng dan sayur petola.

Mentor Legend gabungan Mentor yang memang legend kita semua kenal dengan kekuatan masing-masing bersama barisan protege masing-masing yang telah diambil mengikut kriteria yang dicari oleh mentor sendiri.


Kumpula A

Mas Idayu dengan protegenya Tuah
Amy Search dengan protegenya Sara
Ajai dengan protegenya Fahmi Eismail

Sayur Petola Soon

Malam ni aku masak simple je, ikan goreng, sayur petola dengan sambal tumbuk. 


Sayur paling best makan masa hujan ni, 

Sayur petola ni aku campur dengan soon

Tumis bawang merah, lada sebiji. bawang putih pastu letak udang sayur masukkan air kasi berkuah sikit terus letak sayur petola. Tapi aku campur sawi sikit sebab aku memang suka sawi.

Sayur adalah sumber vitamin yang sangat kita perlukan dalam tubuh badan. Makan sayur ye semua orang hihiikhikk.

Ikan Goreng Sedap

Ikan Goreng semua  orang boleh goreng kan, ada ke yang tak pandai goreng ikan ni, sila angkat tangan. Aku nak citer apa yang aku nak kongsi dengans semua.

Bagi sesiapa yang nak ikan goreng korang sedap kan better gaulkan ikan dan garam kemudian simpan sekejap dalam peti ais. Jangan letak kat dalam peti yang beku tu ye.


Sebenarnya nak kasi ikan mesra dengan garam dan kunyit. Tak lama pun aku simpan dalam 15 minit macam tu. Kalau lama lagi lagi sedap sebab bahan semua dah mesra kan.

Tips goreng ikan tak melekat

Masukkan sekeping asam keping ke dalam minyak panas kemudian goreng ikan. Kalau kuali jenis tak melekat tak yah la letak asam keping tu.

Malasnya nak masak tapi kena masak juga sebab dah beli barang dapur. Tadi aku beli nenas nanti boleh nak masak nenas dengan ikan masin.

Friday, 19 December 2014

Restoran Patin Tempoyak Claypot

Aku nak kongsi kepada sesiapa sahaja yang suka makan ikan sungai iaitu Patin Tempoyak. Patin tempoyak ni memang terkenal di Daerah Temerloh.

Ikan patin yang aku makan hari tu sangat sedap dan menarik sangat, nak tahu kenapa?


Minyak Ron 95 Turun?

Hooyahh! rasa happy sebab kurang la sikit beban aku dan orang yang berpendapatan rendah, Minyak sebulan dekat 6 ratus untuk aku isi dalam perut keta.

Alhamdulillah, betul ke tidok?

Kalau betul nampaknya merasalah kita semua harga minyak Ron 95 bawah RM2 seliter. 

Kita tunggu berita yang sahih

Harga minyak ini berdasarkan kejatuhan harga minyak Global. 

Berita TV3.com

Kangkung Goreng Belacan


Kalau makan kat restoran kangkung ni harganya RM5-6 tau dok?

Mahal sangat kalau beli secekak tu baru RM 1-2 kan. Boleh dapat kuantiti yang lagi banyak dan yang pening lazat.

Iye kew sedap?

Thursday, 18 December 2014

Sup Ayam Simple

Sup Ayam version aku ni sangat mudah sangat-sangat. Aku memang suka masak menu yang simple tapi sedap.
Iye ke sedap?


Tak caya cubalah, bahan tak susah nak cari dan cara aku semua mudah campak-campak siap.

Resepi Ikan Goreng Cili Api

Aku dah bosan kalau asyik makan ikan goreng je, Korang selalu masak atau makan ikan masak apa? Share la sikit kat aku ni.

Tak ada idea nak masak apa selain ikan masak kicap merah jom la try aku punya resepi. 


Try la dulu sedap ke tak!

Resipi Kek Coklat

Kredit Gambar Karangkraf

Bahan-bahan

Cawan tepung gandum


1 Cawan serbuk koko

1Cawan gula halus

1 sudu kecil 1baking powder

1 buku mentega (250gm)

1 tin susu cair

1 sudu kecil bicarbonate soda

1 sudu esen vanila

4 biji telur



Sambal Picit Belacan


Ni menu orang malas masak sayur, sebab tu aku celur / rebus je kacang bendi dan kangkung cina ni. Memang sedap cicah dengan Sambal Picit Belacan.

Resepi Ayam Masak Merah


Meletup kaw bah aku masak kali ini. Meriah dengan cilinya sangat pedas dan sedap cukup rasa. Masak sendiri harus di puji sendiri kan.

Memang sedap ayam merah aku ni nak cuba boleh je salin resepi kat bahan. Aku masak pakai campak-campak je kuantiti bahan pakai agak-agak je ye.

Wednesday, 17 December 2014

Kisah Seram Hantu Raya 1

Aku nak cerita sikit pasal Hantu Raya Tok Nek Tok Yag aku. Seram weee rasa seram sejuk je bila mak cik aku cerita time tu. Gila lepas mak cik aku cerita tu aku nak naik tangga pun takut, terbayang benda tu ada kat tangga aaahhhhhhh!!!. Menyesal aku dengar cerita dia.

Kenal ke hantu raya ?
Hhaha aku pun tak kenal tapi lebih kurang dia boleh menyerupai orang yang menjaganya. Contoh kalau tuannya mati kan, Kita masih boleh lihat tuan tu hakikatnya itu hantu raya. 

Khasiat Kunyit Hidup

Kunyit dalam bahasa inggeris tumeric dalam bahasa indonesia kunir, kunyit bagi aku macam adik beradik dengan halia lengkuas sebab kunyit ni nak kena gali baru dapat.

Kunyit ni dari daun sampai la ubi dia iaitu kunyit banyak dengan khasiat. Selain dibuat bahan ubat-ubatan, selain dari itu ianya turut di campurkan dalam bahan kosmetik.

Jambu Madu dan Sambal Kicap Sedap

 Malam ni bukan main lagi lapor je, sambil-sambil tengok bola Malaysia lawan Thailand malam ni aku colek jambu dengan sambal kicap yang pedas melikat sedap weii.

Ermmm malaysia kena hentam dengan Thailand 2-0. Tak pe malaysia nanti hentam pula Thailand kat malaysia nanti k.

Tapi jangan jadi macam hari tu, penyokong malaysai gila, boleh pula ko amuk kat penyokong vietnam buat apa ha!

Mari layan gambar aku colek jambu madu ni, jambu ni sekilo 12 ringgit dengan jambu batu serius sedap colek dengan sambal kicap nak cuba boleh cuba sendiri


Resepi Sambal Kicap Sedap

Cili api merah 2 biji
Belacan
Gula
Kicap Manis


Tuesday, 16 December 2014

Asam Pedas Kick

Asam pedas Kick nama diberi sedap sudah semesti walaupun simple tetap dihati. Hari ni pening nak masak apa. Buka Frezzer ada kacang bendi. Aku kalau bendi mesti masak asam pedas je yang aku tahu la.

Ikan pula aku bedal ikan pelaling, Kalau nak sedap memang ikan pari la kan. Ikan pari memang selain bakar masak asam pedas je.

Jenis-jenis ikan yang sedap masak asam pedas setahu aku ikan pari, parang, tenggiri, jenahak, kembung. Tapi sayang seribu kali sayang dalam frezzer aku tak ada kesemua ikan diatas aku bedal je la ikan pelaling pun sedap. 


Bahan Asam Pedas

Resepi Pisang Ranggup Sedap

Mari sini nak citer sikit, selama ni asyik beli je pisang goreng kat gerai kan, apa kata buat sendiri je. Puas hati ranggup sedap lazat yang lagi afdal jiiiiimat.

Sebenarnya mudah je, nak pisang goreng ranggup sedap kan yang penting pisang tu dari pisang yang sesuai untuk dibuat goreng. Ada sesetengah  pisang ni hanya sesuai dimakan mentah dan ada yang sesuai di buat goreng.


Pisang yang sesuai dibuat goreng seperti pisang abu, ali hahhaha. Ok ali tu aku tipu je. Pisang Abu, Kapas, Tanduk, Nangka dan banyak lagi sampai aku tak kenal jenis pisang.

Resepi Pisang Ranggup Blossom

Tepung Beras
Serbuk Kunyit
Garam

Nampak ke tidok! 3 bahan je pun. Tak reti-reti orang bujang pun boleh buat ok. Ingat! masa bancuh adunan tu pastikan jangan terlalu cair dan pekat sedang-sedang je. Tips nak pisang nampak elok je semasa goreng pastikan minyak dalam keadaan betul panas dan pisang tak akan mudah melekat.

Monday, 15 December 2014

Pisang Pelik Jantung Keatas

Pernah tengok jantung pisang keatas tak? ohhh mata aku keatas bila tengok jantungnya ke atas.

Ni aku pestime tengok ye, memang aku pelik la! sebab jantung pisang ni keatas dan pisangnya pun keatas, jangan kata aku jakun pula mungkin pada sesiapa tak pernah tengok mesti macam aku juga. 
-
-
-
-
-
-

Jenama MariGold - For Health For Life

Jenama MariGold ini memang tak asing lagi, dari susu, yogurt, air kotak, juice semua dari jenama MariGold aku suka.

Yogurt memang aku suka sangat, kalau pergi Tesco atau Giant mesti aku beli yogurt low fat ni. Aku ni memang pencinta susu. Salah satu brand yogurt yang aku beli opkoslah dari MariGold For Health For Life.

Sekarang ni MariGold keluarkan nata de coco flavour.

Selalu Vitagen ni memang pebret aku sebab sedap best dan banyak khasiat. 

Website MariGold ni pun memang best try la masuk sebab banyak maklumat dan resipi pun ada. Semua berkhasiat dan sedap. Salah satunya resepi Orange Milk Smoothie dan Banana & Chocolate Milk Shake

Khasiat Buah Naga

Kenal tak buah apa ni? 

Buah Naga omputih panggil Dragon Fruit gitu, Aku pestime makan buah ni boleh la tahan sedap cuma tak berapa nak pandai makan sebab iyelah namanya pestime kan.

Sunday, 14 December 2014

Kita Susah Tapi Kita Tolong Orang

Cerita aku ni santai je sambil aku tengah bosan ni. 

Hidup Korang senang? Hidup Korang Susah?

Ikutkan aku ni makan pakai sekadar cukup-cukup Alhamdulillah syukur. Sikap aku suka menabung dan aku tak boros. Kadang tu aku nak beli apa pun aku pk sepuluh kali kaw. Aku pk perlu ke? kalau perlu aku beli kalau tak berapa nak perlu aku ketepikan dulu.

Aku tengok pada diri aku sendiri dengan sikap macam ni aku boleh merasai macam hidup orang lain. Betul! rezeki kita lain-lain kan. Tapi agak-agaklah takkan nak duduk takat tu je. Kalau dah tau kita tak berapa nak cukup makan pakai apa kata kita usaha lebih.

Tuesday, 9 December 2014

Khasiat Buah Delima

Kenal ke buah ni, banyak khasiat buah delima ni, nak tahu kenapa orang panggil buah ni delima. Aku tak tahu juga tapi mungkin biji-biji tu serupa dengan batu delima kot. 

Buah delima ni sebenarnya makan macam tu je, ambil lima enam biji terus kunyah dan telan. Aku beli ni kat Pasar Malam kan ada orang jual buah-buahan. Harganya jauh lebih murah dari harga beli dekat pasaraya.