Pernah pi pantai tak, mari sini kalau nak tahu tempat makan best kat area kuala selangor tu. Aku tak dapat nafikan memang bestkan
Kalau pergi sana apa kata uolll pekena makanan seafood, kan dekat pantai laut. Aku kalau pergi sini selalu aku singgah kat Restoran Aroma Ikan Bakar Jeram, tak pun dekat situ pun ada restoran yang lebih kurang ala seafood dan bakar-bakar, sedap semua tak caya pergilah try test tengok amacam rasanya.
Aku selalu ehhh! bukan selalu la kadang-kadang kalau aku ada hal kat area sana aku akan singgah pekena ikan bakar dia, tomyam dan semestinya remis. Memang sedap.
Services kalau masa ramai orang memang agak slow sikit la, kalau waktu penang nak kemalam lagi la gila ramai orang makan. Kena sabar sikit la kalau nak makan hahhah sabar kan separuh dari iman. Tapi dalam sabar-sabar tu kena pantau juga takut terlepas pandang sampai kedai tutup la dok tunggu order tak sampai.
Aku tak ada gamabar nak kongsi sebab masa tu aku pelahap sampai tak ingat nak tangkap, yang ada gambar pandai je, kalau uooll nak tengok pi je kat FB Aroma Ikan Bakar, ada semua maklumat dan gambar-gambar.
Okey la selamat pekena Ikan Bakar kalau lalu area sana k,
No comments:
Post a Comment