Aku nak cerita sikit pasal Hantu Raya Tok Nek Tok Yag aku. Seram weee rasa seram sejuk je bila mak cik aku cerita time tu. Gila lepas mak cik aku cerita tu aku nak naik tangga pun takut, terbayang benda tu ada kat tangga aaahhhhhhh!!!. Menyesal aku dengar cerita dia.
Kenal ke hantu raya ?
Hhaha aku pun tak kenal tapi lebih kurang dia boleh menyerupai orang yang menjaganya. Contoh kalau tuannya mati kan, Kita masih boleh lihat tuan tu hakikatnya itu hantu raya.
Lama dah cerita ni, masa hujan renyai mak cik aku ni entah kenapa buka cerita pasal seram ni. Aku ingat mak cik aku ni setakat nak nyakat aku je. Tapi dia kata ni sebelah nenek moyang dulu- dulu la. Weeee nyesal aku dengar.
Cerita ni bermula sewaktu nenek moyang banyak tanah, masa tu tanah kena teroka baru dapat kan sebab msa dulu semua hutan tebal. Tok nek tok yang aku memang ada membela, dengar tang tu aku dah seram sejuk kaki tangan semua.
Iye, tok nek tok yang kita ada membela, aku faham dah ayat tu membela tu bukan bela lembu atau kambing tapi sesuatu yang menjaga tok nek tok yang aku masa masuk hutan. Bayangkan lah mak cik aku cerita masa tu jumpa ular besar -besar, hutan tebal memang la banyak hutan tebal nak-nak tak ada orang yang pernah masuk.
Ehhh aku rasa nak terkencing dah bila dengar kisah tok nek tok yang aku, rasa rasa tak nak dengar tapi rugilah tak dengarkan.
Masa dulu memang ramai yang membela Hantu Raya ni untuk menjaga harta mereka dan yang paling tak syok dengar Hantu Raya ni kena turun temurun. Ahhh! aku tengok muka makcik aku pun dah macam hantu raya masa tu ahahahahha sebab aku dah terlalu takut. Gila tak takut meremang bulu tengok aku kaw.
Tok nek Tok yang aku cakap, bukan cakap kat aku la, cakap kat anak-anak dia dulu kiranya nenek tok mak aku dulu la. Aku pun tak hidup lagi masa tu. Kalau sesiapa nak harta pusaka macam tanah semua tu kena ambil dialah sebab nanti dia yang nak jaga semua tu hahahha.
Semua pakat tak nak, suruh tok nek tok yang aku buang la jauh! tak da apa-apa pun tak apa janji jauh dari perkara syirik semua tu.
Continue.....
Tapi kisah part 2 seram sebab main nampak kelibat. Gila main tarik-tarik kaki, nanti aku sambung sebab aku nak settle kerja lain dulu la.
No comments:
Post a Comment