Wednesday 8 April 2015

Tanda Awal Sakit Jantung Usia Muda

Salam kasih sayang

Ni nak citer sikit pasal sakit jantung ni, jangan ingat usia tua je sakit jantung ye, now usia muda pun ada juga.

Gambar bawah ni bukan sakitnya tu disini! tapi masalah sakit berkaitan dengan jantung.


Selain keturunan dan salah silah keluarga, faktor pemakanan dan gaya hidup berkaitan rapat. Tanda-tanda awal yang boleh kita kenal dari awal seperti

  1. Bengkak gusi dan lidah terasa sakit
  2. Rasa sakit pada dada ( ulu hati sebelah kiri)
  3. Rasa Sakit pada bahagia lengan sebelah kiri
  4. Dada sebelah kiri seperti dihempap benda berat
  5. Sukar menarik nafas dan terasa sakit dan pedih
  6. Batuk yang berulang-ulang
  7. Berpeluh tidak kira waktu
  8. Degupan jantung tidak menentu
  9. Rasa seronok gembira dan adamasa terasa bimbang dan gelisah
  10. Rasa keletihan setiap masa seperti tidak bermaya
  11. Nafas terasa pendek

Jangan dipandang ringan kerana masalah jantung ini merupakan pembunuh nombor satu, lebih baik kita mencegah dari awal sebaiknya jika terdapat tanda awal seperti diatas lebih baik pergi jumpa doktor.


Friday 3 April 2015

Udang Masak Kicap Tempe

Udang Masak Tempe Kicap ni resepi aku buat main taruh je bahanbahan.

Wow tak sangka memang sedap sangat sampai aku sendiri pun tak sangka boleh sesedap rasa.

Bahannya mudah sangat ye.

Udang
Tempe
Daun kari
Bawang besar
Lada merah/ cili merah
Bawang putih
Serai
Garam serbuk perasa
Kunyit

Caranya mudah sambil silat cekak pingganfgokey.

Let me show

Goreng udang dan tempe yang digaul dengan kunyit.

Bahan untuk tumisan adalah daun kari bawang besar bawang putih lada serai yang dihiris halus.

Tumis sehingga naik bau dan masuk kicap serbuk perasa kemudian last sekali masuk kicap.

Simple dan mudah

Thursday 2 April 2015

Ikan Talapia Merah Goreng Krap Krup

Hahahahhaha, pengsan krap krup menu aku kasi kat ikan talapia merah aku ahahhak, janji bahagia ka alalalla.

Ni teringin sangat nak makan ikan talapia, tapi jujurnya aku ni tak berapa nak makan ikan talapia ahahhha konon tak makan ikan air tawar la konon pehhh la ko.

Sebenarnya aku ni makan je tak kira ikan laut ke tawar ke tapi satu je jangan ada bau hanyir ikan tu sudah. Memang aku loya la tekak rasa nak muntah.

Ni aku nak kasi tips means petua orang tua cara nak hilangkan hanyir dan bau ikan.

Limau Nipis
Cuka
Asam Jawa
Asam Keping
Tepung

Bahan kat atas tu boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan tu.

Macam aku guna bahan limau nipis dan asam jawa alhamdulillah memang hilang hanyir ikan tu, Satu lagi aku pernah guna tepung semasa nak bersihkan ikan keli, iakn keli tu macam ada lendir kat badan dia, basuh dengan tepung kemudian baru rendam dalam air asam.

Wednesday 1 April 2015

Udang Goreng Tempe

Wow! Marvelous sangat tau 'Udang Goreng Tempe ni? Eh tak caye sudah.

Ni aku makan nasi bertambah walaupun nak masak senang gilos

Mana tidak je semua main campak-campak je ehhhh! berlaga sangat gaya tu ahakahhhss.


Oklah bahannak masak Udang Goreng Tempe ni;-

Udang
Tempe
Bawang Besar
Cili Api Merah
Bawang Putih
Kunyit, Garam dan Perasa


Caranya mudah sangat

Gaul udang dan Tempe dengan garam dan kunyit macam kita nak goreng ikan tu, Potong la tempe tu memanjang tak pun ikut suka hati korang je.

Goreng udang dan Tempe tu, macam aku guna kaedah goreng sekali je udang dan tempe tu,

Hiris bawang putih dan besar serta lada pastu masukkan sekali dalam kuali dan gaul bersama dengan udang dan tempe tu, letak garam dan perasa dan siap.