Sunday 6 August 2017

Nak kulit cantik, putih, gebu dan berseri tanpa keluarkan duit yang banyak

Jom follow cara saya nak putih dan gebu dengan low cost, hihihiiihehehehkk
Saya cuma mengamalkan minum air putih yang cukup dan cosume Vitamin C 1000mg Orange Chewable je

Kebaikkan vitmain c ni bukan je untuk kulit tapi dapat membantu kita tahan dari selsema

 saya perasan sejak saya makan vitamin c ni dengan berterusan Alhamdulillah memang jarang dan tak pernah lagi selsema setakat ni Alhamdulillah


Kesan yang saya namak dalam sebulan selepas makan Vitamin C 1000mg Orange Chewable
  • Kulit muka nampak semakin cerah
  • Semakin bersih dari jerawat
  • Ceria di pagi sampai malam
  •  Fokus dalam melakukan kerja
  • Buah dada menjadi tegang
  • Kulit semakin mulus dan sekata dari segi tone
  • Dapat menghidari stress dan lebih bertenaga  

Sediakan botol air ikut kegemaran masing-masing kemudianlarutkan je vitamin sebiji dalam air

Jadikan rutin setiap pagi insyaAllah kulit cantik, sihat dan kesihatan kita pun akan baik sepanjang hari

Dalam Vitamin C 1000mg Orange Chewable ni ada 60 Tablets sehari ambik 1 so tahan 2 bulan memang tak rugi beli 

Pastikan amalkan setiap hari pasti kesannya anda akan dapat dalam segera

Air juga pastikan ambil mengikut keperluan badan tau kalau lebih boleh merosakkan buah pinggan pula

Setiap perempuan dan lelaki mesti inginkan kulit yang cantik bersih jadi inilah salah satu vitamin yang terbaik sesuai untuk mereka yang mahu cantik tapi kurang budget

Friday 4 August 2017

Mimpi melahirkan anak perempuan menurut islam

 Maksud dan tafsir mimpi melahirkan anak perempuan?

Allah maha kaya maha berkuasa maha segala-segalanya. Tersedar dari tidur dengan sesuatu mimpi yang tidak pernah terjadi seumur hidup aku

Hahahha, mana tidaknya aku mimpi melahirkan anak perempuan, tiba tiba je mimpi anak? siap tahu jantina anak perempuan 

Apa maksus dan tafsir menurut islam?
Semua yang baik dari Allah, kita diberi mimpi seperti itu mungkin ada sebab dan hanya mainan tidur. 

Jika ikutkan mimpi ada yang datang dari yang baik dan buruk jangan terlalu percaya sehingga kita jatuh songsang akidah pulak

Bermimimpi melahirkan anak perempuan akan mendapat rezeki dan keberuntungan yang baik ianya mungkin dari segi kesihatan atau kesihatan yang baik

Apa yang patut kita buat jika bermimpi seperti itu?

Sebaiknya bersyukur kerana dan bertasbih kepada Allah kerana mungkin sahaja Allah ingin memberi ingatan kepada kita supaya lebih bersykur dengan nikmat dan rezeki yang ada jadi jangan terus berusaha dan doa yang baik baik isyaAllah yang datangnya akan baik baik semuanya

Wednesday 2 August 2017

Biskut Lexus Chocolate Cream Ranggup dan Lemak

Hujan hujan ni perut asyik lapar je kan, mujur ada penyelamat iaitu biskut dari Munchy ni sekali makan nak lagi dan lagi

Memag sedap la biskut ni kat luar tu cruchy plus masin ada sayur dan lemak pastu tengah tu ada coklat weiii walawehhh memang layan habis

Korang tak caya, harus cuma sedap hingga habis satu plastik wkkwkwkwkw... 🤣

Selain biskut kat atas tu biskut paling win biskut mayat ohhhh!

Ada ke biskut mayat wkekskskkk. Ada la, biskut tu orang panggil sebab akan ada je bila ada kematian, tuan rumah hidang biskut ni 😂

Biskut lemak, biskut kering adalah sama je la ahahahaha

Sesekali melawak apa salahnya kan

Tingkahlaku suami yang perlu isteri tahu bila berlaku curang

Memang nak berkongsi serba sedikit tentang hal ini, bukan apa ini dari kecil aku dah nampak situasi sebegini dari kalangan family, kawan office dan jiran tetangga

Mana tidaknya, kalau kita nampak seseorang itu berkelakuan pelik dan tidak seperti biasa mesti Ada sesuatu yang patut dicurigakan

Kalau sayang suami semestinya setiap isteri ada perasaan sebegini sebelum ianya terlambat dan kasih sayang suami diambil dan ditangih oleh mereka yang tidak sepatutnya

Jahatnya orang ketiga?

Perubahan ketara yang kita akan nampak



  • Kemesraan menjadi hambar dan tidak mesra seperti dahulu
  • Sentiasa bertengkar pada perkara yang tidak masuk akal
  • Tidak suka duduk di rumah dan menghabiskan masa di luar 
  • Kurang berkomunikasi
  • Sentiasa tersenyum bila melihat handphone
  • Mencari salah isteri dan menyebabkan pertengkaran
  • Mula bosan untuk bersembang hal yang mengembirakan
  • Sentiasa memberi alasan yang tidak masuk akal
  • Sikap dingin 
  • Kurang menikmati hubungan kelamin
  • Tidak mengambil berat 
  • Kurang memberi tumpuan bila isteri bercakap
  • Memberi alasan untuk keluar berjumpa kawan, bila ditanya akan berlaku pertengkaran
  • Suka mengelamun dan menyendiri

Jika ada tingkahlaku yang pelik seeloknya pantau dan berjaga jaga sebab kalau kita sayangkan suami dan hubungan perkahwinan sebaiknya bawa berbincang dan ketahui punca dan sebab ianya berlaku

Tidak semua tingkahlaku suami yang pelik itu disebabkan berlaku curang, mungkin mempunyai masalah yang tidak dikongsikan kepada kita seperti masalah pejabat dan kewangan

Jadi kepada isteri cuba mengawal situasi dengan baik, tanya dan seeloknya jangan bertanya dengan pertanyaan yang membabi buta ok

Siapa tak sayang suami kan, siapa tak sayang hubungan rumahtangga yang dibina atas dasar kasih dan sayang akhirnya lenyap dsebabkan orang ketiga

Cuba tanya isteri siapa yang sanggup bermadu, jujurnya tidak seorang pun yang sanggup sebab kita tak ingin berkongsi kasih sayang suami yang kita cintai

Tahukah suami, jika kamu mempunyai isteri yang sepenuh masa berada di rumah menguruskan makan minum pakai kamu dan anak-anak, kasih dan sayanglah mereka, cinta dan hargai mereka selagi kamu mampu

Jenama Nudget yang sedap dan menyelerakan

Banyak-banyak nudget yang paling aku suka semestinya Nudget dari Brand Marina memang mengikut citara dan selera satu family

Makan banyak mana pun tak muak dan yang paling best tak sedar dah sumbat 5 ketul sambil goreng ko rasa mana aku tak gemuk

Mungkin penangan sedapnya nudget ayam ni

Google Picture

Senang dan mudah je
Goreng je dah siap, cicah dengan sos dah boleh jadikan breakfast anak pi sekolah dan mak pak pergi kerja so tiada istilah tak sempat nak buat breakfast 


Resepi Spagetti Oligio Seafood Kepah yang sedap

Spagetti Oligio letak pulak kepah memang bertambah manis dan sedap spagetti aku wkakakak...

Ginilah gambar campak belakang ni. Masa aku beli kepas 2kg, sampai tak larat nak makan so letak dalan spagetti ehhh boleh tahan sedap


Bahannya simple je sangat macam kat gambar bawah ni

Refer je bahan dalam gambar tu, ada bawang putih, lada merah dan daun sup

Masternya semestinya Spagetti tu rebus sehingga masak dan lembut

Bahan lain seperti udang, sotong dan kepah

Cara masak spagetti oligio kepas seafood ni mudah sangat ko campak je terus jadi, siapa tak pandai masak pun mesti pandai dan sedap

Guna butter untuk menumis

Tumis bawang putih dan lada sehingga naik bau kemudian masukan bahan seafood letak garam sikit dan perasa pastu ko masuk spagetti last but not least letak daun sup

uit tu pun dah nikmat nak sedap letak la jensi jenis serbuk yang macam spagetti tu macam parsley tu

Kepah sejenis makanan laut

Kenal ke dengan makanan laut ni?

Kepah ni lebih kurang adik beradik dengan kerang, isinya sangat manis dan sangat sedap

Ada musim juga nak dapat makan kepah ni tau, ikut rezeki😂

Ada rezeki tiap masa boleh makan

Oh ya sedap masak apa ye kepah ni?

Selalu rebus je masak macam singgang tu ketuk serai ngan daun kunyit hiris bawang siap dah boleh makan sedap sangat😉

Selain masak singgang sedap juga masak merah atau lemak cili padi, rasanya manis dan sedap

Pernah makan spagetti letak kepah ni….?

oh tak terkata sedapnya spagetti oglio kau tu tau, i masak memang sedap ala ala perancis mari ahahahaha

Murah sangat kepah ni masa beli tu RM5 sekilo uittt. Sebab jarang jumpa kepas i beli 2kg santap sampai pengsan wkwkwkw...


Tuesday 1 August 2017

Suami curang semasa isteri dalam pantang?

Tercuit dengan kisah rumahtangga bila membaca dan melihat tentang keretakkan rumahtangga gara gara orang ketiga!

Kasihan bilamana mendengar "suami curang semasa isteri dalam pantang?

Ya Allah mana silapnya?

Bila si isteri tidak melahirkan zuriat? dikatanya mandul 

Siapa yang salah adakah isteri atau suami?

Tak boleh terima dek akal bila suami curang semasa isteri dalam pantang yang melahirkan zuriat keturunan kamu sendiri! Adilkah?

Ada masa betul juga apa yang orang kata, pokok tidak akan bergoyang kalau tak ada angin! Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi! dan paling win adalah kalau tak sama sama gatal tak jadi kan!

Oklah kehidupan berumahtangga ini kita harus ada sifat setia, bilamana setia tak ada! memang tak akan bertahan.

Kita takkan dapat pasangan yang sempurna dari semua hal tapi dengan menerima setiap kekurangan pasangan kita akan menuju kebahagiaan

Percaya setiap pasangan pasti akan menempuhi saat saat yang manis, tawar, pahit dan masam dalam rumahtangga.

Sering para isteri bertanya apa lagi yang tak cukup? aku dah layan sebaik mungkin? semua aku dah lakukan untuk dia? apa lagi yang tak cukup?

Pening bila difikirkan, ini semua dugaan pada pasangan itu sendiri, setiap rumahtangga tetap akan dilanda badai bergelora, jika kita gagal melaluinya habis dan karamlah kita


Percayalah jika suami nak curang belakang kita itu semuanya bukan 100% salah kita para isteri. Itu memang dasar lelaki yang tak pernah menghargai isteri.

Setia seorang isteri akan tercalar dek kecurangan sang suami, isteri memilih kamu wahai suami, dan melahirkan anak kamu dan menjaga makan minum sebaik mungkin, tapi kamu tetap memperlakukan sedemikian demi melayan nafsu dan keinginan kamu

Ia ada benarnya, suami selalu kata, perempuan juga yang mengoda? tapi kalau fikirkan pokok tak kan bergoyang sendiri! selain ada monyet yang mengoyangkannya

Monyet tu ibarat perempuan yang merosak rumahtangga

Tiada istilah lain yang layak untuk digambarkan untuk yang tidak menghargai isteri, bayangkan wahai suami, Isteri kamu melahirkan anak, menjaga rumahtangga dan ada masa mencari rezeki membantu meringankan bebanan hidup, tapi masih ada lagi yang tidak pernah puas, masih lagi cuba berfoya mencari keseronakkan di luar.

Apa yang kamu dapat wahai suami?

Keseronokan! Kasih sayang! perhatian dan belaian!

Kasihan sang isteri yang bertungkus lumus di rumah sedangkan kamu wahai suami di luar dengan erti kata mencari rezeki melakukan sebaliknya

Jangan kamu salahkan takdir, aku ditugaskan mencari rezeki dan kamu duduk di rumah jaga makan minum pakai aku dan mesarkan anak-anak itu tanggungjawab!

sungguh biadap jika begitu! janganlah jadikan isteri kamu seperti hamba kamu, isteri seorang yang patut kamu belai, berkasih dan sayang

Rumahtangga akan bahagia jika ketua keluarga memberi contoh dan tauladan yang baik In Sha Allah semuanya baik baik dan aman damai sejahtera

Allah maha adil, dia akan pertemukan jodoh dengan pasangan yang terbaik, jika sebaliknya mungkin ada sebab dan munasabab yang tertentu, percayalah Allah tidak akan membebankan hamba selain hamba mampu menghadapinya

Di Alam rumahtangga ini jangan terlalu cepat kita melatah, jika pasangan melakukan kesilapan, jangan menghukum melulu sebaliknya terima dengan hati terbuka selagi kita boleh perbaiki kita perbaiki