Tuesday, 30 December 2014

Jangan Terus Teralpa Kawan-Kawan

Aku suka jadi pemerhati sekarang ini, aku hanya tengok apa yang terjadi dan ambil tahu dalam diam sahaja. Aku tak nak memandai-mandai dan tunjuk pandai sebab tak semua apa yang kita buat orang suka.

Percaya wa'ima kita melakukan kebaikkan kita tetap akan dikritik oleh segelintir manusia yang tak boleh tengok kita lebih dari mereka.

Aku tak kacau hidup orang dan aku harap orang tak kacau hidup aku. Aku tak suka bukan bermakna aku benci ataupun marah tapi itulah ,aku cuba slow sikit dalam serba serbi sebab aku nak fokus pada satu perkara yang dah lama aku delay.

In Sha Allah tahun 2015 ini akan mmeberi aku seribu kebahagian dalam hidup ini bersama insan yang aku sayang. Amin mudah-mudahan.

Kita nak berjaya harus percaya dengan kemampuan kita, Allah beri kita akal untuk kita mencari peluang yang boleh membuatkan kita capai apa yang kita impikan. Ada rezeki yang sukar kita dapat hari ini hebatkan amalan dan doa kita. usaha dan tawakal kalau tak dapat jangan putus asa redha dan cari punca kenapa.

Aku tak bercakap mengenai sesiapa. Sekadar bercerita tentang apa yanga aku lalui dan daki hingga sekarang. Perit jerih kehidupan dahulu mengajar aku apa erti kesabaran, kepayahan dan keyakinan.

Bermulalah dari bawah dan rasa nikmat kemenangan itu dengan kesyukuran. Jangan ambil jalan pintas dan hanya tahu menunding jari dan mempertikaikan setiap apa yang berlaku.

Aku terkesan dengan apa yang berlaku hari ini, aku berasa Allah mahu kita sedar dari kealpaan kita. Allah uji kita bukan kerana dia benci, Allah nak sedarkan kita, marilah kita renungkan balik apa yang telah kita lakukan dan jangan sesekali mencari salah orang lain. 

Indah hidup ini seandainya kita tahu bersyukur, redha dan tawakal Allah uji kita hari ini kerana dia sayang kepada kita kerana tidak  mahu kita terus alpa dalam keenakkan hidup tanpa merasa perih. Kita lihatlah saudara seislam kita yang ditimpa musibah bantu sedaya mampu. 

Tiada wang, harta benda cukup sekadar mendoakan kesejahteraan mereka disana. Kita bukan sentiasa diatas, ingatlah mungkin suatu masa kita juga perlukan doa dari mereka apabila tiba waktu kita.

Ya Allah Ya Tuhanku Kau Selamatkanlah mereka yang berada dalam kesusahan. Ampunkanlah kekhilafan kami makhluk ciptaanmu yang teralpa dari mengingatimu. Kami tahu hanya kamu yang berkuasa dan tiada tandingan lagi, Allahuma Yasir Walatuasir Yarahman Ya Rahim.

No comments:

Post a Comment