Wednesday 18 June 2014

Lagu untuk Dia 150 Juta




Lagu ini selalu kawan saya tu tuju kat saya, tapi mungkin hari ni ceritanya sudah lain dan mungkin akan berubah.

Lirik Lagu 150 Juta

Untuk Kali Keseratus Lima Puluh Juta
Mereka Tanyakan Engkau Soalan Yang Sama
Eh Kenapa Kau Masih Lagi Mahukan Dia
Apa Kau Buta Apa Kau Pura-Pura Suka

Di Seratus Lima Puluh Juta Kali itu
Di Depan Semua Engkau Tarik Tangan Aku
Yang Sedang Buat Muka Kosong Tak Ambil Tahu
Sambil Ketawa Engkau Bilang Satu Persatu

Dia Mungkin Bengis Seperti Singa
Tapi Dia Nangis Tonton Cerita Korea
Dia Mungkin Keras Bila Bersuara
Tapi Dia Jelas Jujur apa adanya
Aku Lagi Kenal Dia

Dah Lebih Seratus Lima Puluh Juta Kali
Aku Pesan Padamu Apa yang Bakal Jadi
Engkau dan Aku Ada Mungkin Tidak Serasi
Engkau Sangat Manis Aku ini Pula Dawai Besi

Di Setiap Seratus Lima Puluh Jutanya
Aku Pun Dalam Hati Semacam Tak Percaya
Apa Kau Lihat Pada Aku Jujurkan Saja
Terus Kau Cubit dagu Aku Sambil Berkata

Sayang Mungkin Baran Tak Kira Masa
Tapi Sayang Tahan Kalau Yang Salah Saya
Sayang Mungkin Saja Keras Kepala
Tapi Sayang Manja Bila Kita Berdua
Saya Kenal Sayang Saya

Ha...Ha..Hahhhh!!!

Buat Apa Dicerita
Bahagia Kita Rasa
Biar Tak Dipercaya
Peduli Orang Kata
Baju Ronyok Tak Apa
Asal Pakai Selesa Berkilau Tak Bermakna
Kalau Hati Tak Ada

Aku Lebih Bengis Dari Sang Naga
Tapi Bisa Nangis Semata Demi Cinta
Suaraku Keras Tak Berbahasa
Kerna AKu Rimas Gedik Mengada-ngada

Aku Mudah Baran Tidak Semena
Mana Boleh Tahan Angin Cemburu Buta
Dan Aku Sengaja Tunjuk Keras Kepala
Aku punya Manja , Kau Saja Boleh Rasa
Rahsia Kita Berdua

Lirik Lagu Kerana Terpaksa Aku Relakan (Patah Sayap)

Kerinduan Dalam Hati
Bagai Ditusuk Sembilu Bisa
Ku Tak Sanggup Menahan Sakit Dihati

Ku Mengharap Kesakitan Ini Sementara
Ku Terjaga Kau Tiada Disisi
Bila Sedar Erti Cinta Mu Pada ku

Air Mata Yang Mengalir
Menemani Ruang Hati Ini
Namun Kini Ku Tahu Tiada Yang Pasti
Bila Sedar  Erti Cintamu

Patah Sayap Ku Patah
Tak Mampu Terbang Lagi
Bila Tanpa Cinta Mu Hidupku Tak Bererti.

Terbang Tinggi Ku Terbang Mengapai Angkasa
Bila Berpaut Disayapmu ku mensyukuri...
Nikmat hidup

ohhhh......

Pernah Kau Pernah Engkau Terfikir
Fikir Tentang Aku Sakit Merinduimu
Tak Mungkin Tak Mungkin Aku Mampu
Menahan Beban Sakit Hidup Tanpa Dirimu

Terbang Tinggi Ku Terbang Mengapai Angkasa
bila berpaut di sayapmu ku mensyukuri...
Nikmat hidup

Terbang Tinggi Ku Terbang Mengapai Angkasa
bila berpaut di sayapmu ku mensyukuri...
Nikmat hidup...

Tebang Tinggi Ku Terbang Mengapai Angkasa
bila berpaut di sayapmu ku mensyukuri...
Nikmat hidup

Biarlah aku berubah cara, Biarlah aku melangkah

Hari ni kenapa ntah perasaan rasa sedih semacam je, rasa pilu jer. Aku tunggu chat dari seseorang yang aku sayang, selalunya memang aku yang akan mulakan dulu. Aku akan tanya buat apa? makan apa? kadang tu aku sengaja kacau dia walaupun aku tahu dia sibuk.

Tadi aku dah type text nak kasi kat dia, tapi aku delete sebab aku nak dia yang tanya aku dan mulakan dulu. Tengoklah sampai sekarang pun tak text aku. Aku tahu dia sibuk tapi please la care sikit aku ni. Aku ni simple orangnya kalau kau care aku lebih aku care ko lebih.

Ingatlah hati kita ni tak selamanya setia, tak selama sayang memanjang kalau sikap ko macam ni macam mana aku nak bertahan, Bukan apa letih kot nak kasi all out. Inilah yang aku malas kalau aku layan perasaan, jadi kerja tak jadi belaka.

Biarlah aku berubah cara, biarlah aku melangkah sedikit jauh dari simpang keperibadian aku, sebab aku nak ko tahu yang aku sebenarnya mampu kot jadi lebih baik dari sekarang.

Mungkin aku tak mahu nak merubah keadaan sekarang kerana aku tahu sedikit aku melangkah aku takut aku akan merubah apa yang aku ada hari ini. Aku takut aku pergi dan tidak akan menoleh lagi.

Ketahuilah kenapa aku macam ni, sebab sayang aku menebal, aku risau kalau sayang aku makin nipis dan pudar. Banyak sebab tapi biarlah aku yang tahu, aku yang rasa.

Tuesday 17 June 2014

Tips Bangun Pagi Yang Afdal

Nak segar bangun pagi sebenarnya mudah je, pastikan tidur cukup la, tak percaya try la tidur awal dan bangun mesti segar je, muka berseri dan yang penting boleh halau setan yang selalu gantung kat mata kita tu.

Eh! bukan aku kata setan gantung kat mata tu, ustaz aku selalu kata, nak-nak bulan ni nak puasa kan, lagilah banyak setan-setan berebut nak gantung kat mata kita tu.

Cerita aku ni sebernanya menyeluruh, berkaitan dengan sikap kita juga, dah tahu jenis yang susah bangun pagi nak-nak subuh tu kan, tidur la awal, minum susu, pakai wangi-wangi baru masa tidur lena je dan tidur dalam keadaan ada air sembahyang dan bacalah doa tidur. 


Kalau tips aku masa kecil dulu, aku selalu tepuk-tepuk bantal dan kata nak bangun pukul 6.30 pagi pap pap 2 3 kat bantal hahhha kalau paling afdal better la kunci je jam loceng tu. Kalau ikut peredaran zaman sekarang kebanyakkan kunci jam guna ringtone talifon je kan. Betul tak letak bawah bantal kan?

Eh aku ada terbaca talifon tak elok tau letak bawah bantal, bahaya untuk kesihatan tak salah aku boleh mendatangkan penyakit. Aku dah tak letak dah...

Masa aku kecil dulu memang susah nak bangun pagi, tugas kejut-mengejut ni ofcoz la ibu aku dan kadnag tu ayah aku. Kalau nak mandi mesti dengan air panas, ahhh budget orang kaya je kan. Padahal mak aku jerang air guna cerek je, bukan manja sebab air kat kampung aku tu memang sejuk gila.

Tips paling afdal bangun pagi dan mudah baiklah fikir, bangun pagi nak solat subuh, sebab solat subuhlah permulaan kita nak teruskan seharian itu. Pk solat subuh tu la permulaan nak ucapkan terima kasih kat Tuhan sebab kita masih bernyawa dan boleh tambah pahala dan ampunkan dosa-dosa kita. 

Monday 16 June 2014

Kisah Hantu Tindih Aku

Alahai mata ni tak boleh nak lelap la pula, baru lepas balik mengeteh kat mamak perkena roti canai satu keping mata jadi bersinar-sinar tak mau tidur lagi, Wahai mata tidorlah cepat wehhhh!!!

Bila mata tak mau lelap mai nak citer pasal kisah seram sikit.. kejadian masa aku form 3 sebelum nak ambil PMR, kejadian berlaku masa aku dan family balik kampung. Masa tu seingat aku la, mak saudara aku meninggal.

Eiii naik pula bulu roma pagi-pagi ni, eii seram pula. tapi alang-alang dah nak citer aku citer la. Cerita ni memang benar-benar terjadi dan tiada tokot tambah k. Pengalaman masa aku tidur.

Oklah aku dan family dapat berita, mak saudara aku meninggal, kami dari patai timur nak balik nunnnn utara sana.. Sampai-sampai sempat tengok jenazah mak saudara aku pastu selesai kebumikan jenazah petang tu juga. Lepas selesai semuanya keadaan menjadi tegang dengan sanak saudara suram dan masih dalam sedih.

Aku ingat masa tu, memang aku tak rasa apa-apa yang pelik, tibalah malam tu, seingat aku tidur dalam kelambu, ramai la sanak saudara  bermalam kat rumah tok aku tu, ntahlah malam tu masing-masing tidur awal la pula. Keadaan sangat sunyi dan sepi sangat.


Berdebar pula nak citer ermmm....Dalam masa aku tidur aku terasa sesuatu yang berat dan hitam tindih atas badan aku, rasa berat sungguh, aku tak nampak muka, aku cuba nak gerakkan badan tapi tak boleh, aku kuatkan kudrat aku, aku tolak sekuat hati tetap tak boleh.. Apa yang aku nampak hanya kelibat hitam yang berat dan besar atas badan  aku sehingga aku kaku tak boleh buat apa---apa..

Keadaan aku masa tu masih dalam keadaan tidur

Aku rasa macam tak boleh bernafas, dada aku sakit apa yang aku terlintas.. aku nak gerak mak kat sebalah aku, aku cuba panggil mak tapi suara aku tak keluar langsung... aku panggil lagi tetap tak keluar..badan aku masa tu memang terasa berat sangat.... YaAllah aku takut sangat waktu tu, Alhamdulillah aku baca apa yang terlintas bacaan-bacaan Al-quran tapi tak ingat surah apa...

Masa tu badan tak boleh gerak, rasa berat terhimpit padat kat badan, rasa tak boleh bernafas... lepas baca ayat-ayat tu Alhamdulillah rasa ringgan dan badan aku boleh aku gerakkan. Tiba-tiba mata aku terbuka dan aku sedar dari tidur.

Keadaan aku masa sudah sedar

Ya. Allah masa tu badan aku rasa tercunggap-cunggap rasa macam berlari 100 meter kot. Aku panggil mak sambil gerak badan mak, aku kata mak-mak takut la. Macam ada bennda tindih. mak sedar dan mak bacalah sesuatu pastu mak suruh aku tidur dan mak sedapkan hati aku cakap tak ada apalah.. eiii aku seram sejuk dan terus aku tutup mata sebab keadaan sekeliling memang meyeram dengan bau keminyan lagi tau.

Keadaan gelap, sejuk dan dingin serta bau dari keminyan.... Eii aku takutlah pula nak ingat semula...

Keesokan paginya, ingatkan aku sorang je yang kena tindih, rupanya aku punya saudara pun kena, dia cakap dia nampak ada sesuatu kat luar kelambu tapi dia tutup mata dan tidur. Mak pun cerita benda yang sama dengan saudara mara sebab aku pun malam tu kena perkara yang sama.

apa-apa yang penting jangan lupa baca doa, selalunya sebelum tidur aku selalu baca Doa Tidur, Al-fatihah, 3 kul dan ayat kursi. Semua itu merukan ayat pendiding untuk kita terhindar dari gangguan dan sihir serta  perkara-perkara yang buruk berlaku dan jangan lupa basuh kaki tau..

Aku dan Rumah Pertama

Sebenarnya aku pening kepala pasal rumah ni, aku nak beli rumah pertama, tapi bila kira-kira tak cukup budget dengan rumah idaman aku tu. Umur aku bukannya muda lagi, mesti dan seharusnya pk pasal aset ni.

Kalau ikutkan aku nak beli rumah yang ikut kemampuan aku dan tak membebankan aku nanti. Bak kata orang ukur baju dibadan sendiri kan, bukan orang kata aku pu  kata juga.

Rumah jenis macam mana sesuai dengan aku, aku ingat banglo yang ada kolam renang tu, ada bibik 3 orang ada driver hahahahha banyaklah cekadak aku. Berangan tak salah sebab tak payah bayar pun kan hahha..

Sebelum nak beli rumah, apa yang penting?

Pi la check duit simpanan dalam Tabung Haji, Asb, Bank Islam dan bank-bank yang korang savingla. Aku banyak duit dalam bank tapi dalam bank tu semua duit orang la hahhaha. Selain duit saving korang sendiri kan, duit KWSP salah satu cara korang nak dapatkan rumah idaman korang.

Kalau dah agak-agak duit dah cukup nak bayar TEN % langkah awal nak beli rumah tu, nasihat aku berfikir dengan akal dan jangan tergopoh gapah, Try apply loan dengan bank-bank yang boleh kasi pinjam duit ikut kadar keperluan rumah yang korang nak tu.

6 Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mangambil pinjaman rumah.

Bagus web imoney ni, banyak informasi bagaimana nak beli rumah, selesaikan masalah duit, nak simpan duit dan macam-macam lagi,

Umur kalau nak masuk 40 makin besar instalment bulan-bulan korang, sebab ianya berkaitan dengan berapa tahun lama pinjaman korang nak apply nanti contoh 25 30 35 tahun. hahh! baik masa umur korang 20 an la sedang elok beli Rumah Pertama.  jangan kalut dan terlalu excited sebab takut tersalah langkah kena tipu pula dengan orang yang tak bertanggungjawab.

Jenis Apartment
Jenis Singgle Storey
Jenis Double Storey
Condo

Ehhh kenapalah tak dari dulu fikir pasal aset ni, sebab  rumah sekarang ni kan,  macam semua tak mampu milik, tapi aku nak try apply juga. Ikutkan nak beli yang betul-betul mampu memang sampai bila-bila la aku dok menyewa kan.

Sunday 15 June 2014

Aku dan Lesen Kereta

Aku memang suka ingat semula kisah aku lama-lama dulu, biar jadi kenangan dan nanti kot-kot aku dah anak cucu dan cicit bolehlah aku suruh diaorang pi baca kisah nenek masa nak ambil test kereta kat sekolah memandu.

Tragis sungguh citer aku ni, ahhh memang hidup aku ni sokmo tragis tapi syok sebab mencabar. Aku ni asal dari keluarga susah. Aku ambil lesen pun dari titik peluh aku sendiri. Kerja isnin hingga sabtu pastu curi-curi pi belajar kereta dan ada kali tu siap kena tolak gaji. Pening kepala aku sebab nak bayar duit lesen nanti ahhhh aku tak kisah janji aku tak susah kan sesiapa.

Dalam 1 bulan tu aku ulang alik curi-curi attend class kereta pastu tibalah masa aku nak test jpj, nama aku naik sebelah pagi. Uihh punyalah aku berdebar plus takut gila kot. Masa tu aku punya pk pasal nak lulus je sebab mana aku nak cekau duit nak bayar kalau aku terkandas nanti. Aku yakin aku boleh aku yakin yes aku yakin, aku cakap dalam hati.

Macam biasalah tiba je kat sekolah memandu tu aku daftar nama kat kaunter, aku kasi  lesen L kat abang JPJ, Lepas tu aku kena tunggu jelah giliran aku, Bayangkan dari sesi pagi sampai sesi petang nama aku tak dipanggil-panggil lagi, aku cool dan sabor urut dada. Ehh tak boleh jadi ni dari 8 pagi sampai sesi petang nama aku tak dipanggil-panggil lagi. Aku dah duduk macam cacing kepanasan dah. Sampai cikgu yang mengajar aku pun pelik. Last-last cikgu aku tanya kat kaunter rupanya aku punya lesen L tu tak ada dalam senarai.

Ehh aku terkejut dah, ehh aku dah kasi kat abang JPJ tu. tak kan bang JPJ tu ambil lesen aku kot. Aku tak puas hati kecik -keck je tengok abang jpj tu. Hangin aku dah bertiup kencang aku bangun duduk bangun duduk last-last entah macam mana, cikgu aku kata ni lesen awak ada kat pelajar saya, dia kata lesen awak dikepilkan sekali dengan dia punya lesen. Salah JPJ tu la buat apa kepilkan kat lesen orang lain. Nasib baik la budak tu pulangkan balik kat cikgu aku, memang kebetulan budak tu anak murid cikgu yang mengajar aku tu. Alhmadulillah syukur sangat.

Masa tu aku geram sangat aku cakaplah, saya dari pagi daftar sampai sesi petang saya tak test lagi, emosi saya dah terganggu ni, pastu dia orang  fokuslah kat aku sebab atas kecuaian pihak jpj tu, aku apa lagi buatlah test bukit dan terus buat test parking pastu test jalan raya. Akhirya lulus dan  Itulah kisah aku masa nak dapatkan lesen kereta. Penuh dugaan dan onak duri kan. Mesti anak cucu aku nanti boleh jadikan iktibar kalau lama sangat tunggu tu baik ringankan mulut bertanya, kalau senyap macam aku alamatnya sampai kemalam la.

Pemikiran Typical

Pemikiran Typical
Pemikiran Typical memang tak boleh bla la kan, jenuh nak ikut cara dan pemikiran yang kadang tu boleh buat kita pening dan kadang tu boleh jadi ralat kat pemikiran sendiri.
Tepuk dada tanyalah selera, kita ubah dan cari sesuatu perkara yang berfaedah abaikan lalat langau dan sampah jiwa ni. Buat bodoh jew lama-lama sampah jiwa ni bosan la, tapi jangan la buat bodoh sangat nanti orang pijak kepala pula kan.
Tengok gambar typical kat atas tu boleh effect sakit jantung, sakit limpa dan paling takut sakit jiwa. Risau kalau sakit jiwa nanti kena masuk tanjung rambutan pula. Ignore kan lalat, langau dan sampah jiwa.
Banyak yang boleh dikaitkan dengan gambar ni, conclusions itulah saya kata, tepuk dada tanya selera kita, mudah bukan. Jangan pening-pening nanti kita pula jadi lalat kan.

Saturday 14 June 2014

Aku dan Patin Pahang

Hari ni aku masak masakan orang pahang, Ikan Patin Tempoyak. Bersilat kot aku kat dapur hari ni. Ermm memang sedap la kalau kena dengan cara masaknya. Kadang tu ikan sungai ni kena dimanja betul-betul sebab dia punya bau tu kena make sure hilang bau hanyir. Walaupun nampak leceh tetapi kan, bila makan dia punya sedap perhhh heaven tau.

Ada yang tak suka makan ikan sungai ni, aku tahu mungkin sebab tak tahan bau hanyir kan, ada juga suka makan tapi tak sanggup nak masak sebab bau dia tu betul tak? 

Aku cadangkan nak hilangkan hanyir ikan patin atau ikan air tawar ni ko kenalah cuci betul-betul pastu ko letak segala asam. Macam aku lebih suka lumur dengan asam jawa kalau nak lagi cepat hilang bau perah asam limau biarkan sekejap pastu bilas dengan air bersih banyak kali hingga hilang bau.

Kalau ikut resepi aku masak patin ni mudah je, macam seekor ikan yang tak sampai 1 kg tu aku belah jadi 6 bahagian. Bahan untuk patin masak tempoyak aku guna cili api hijau 4 biji, kunyit hidup satu ibu jari, bawang kecil 3 biji pastu ko letak dalam lesung batu letak garam pastu tumbuk hingga lumat. Lepas semua bahan tu ditumbuk masukkan dalam 4 sudu tempoyak gaul kasi rata.

Mudah sangat masak ikan ni yang penting  ikan tu mesti dah tak ada bau hanyir, cara-cara nak masak ikan patin tempoyak mudah macam kacang kuda je, Masukkan bahan yang ditumbuk tu dalam periuk, masukkan air biarkan mendidih pastu letak la ikan,  mudahkan! Penambah kesedapan dalam masakan ni daun kesum dan bunga kantan. Akhir sekali letak perasa dan tambah sikit lagi garam.

Ehh perut dah kenyang ni, rasa nak keluar berwindow shopping tak pun cuci mata sambil top up barang nak menjual. Jom cuaca pun macam ok je ni.

Friday 13 June 2014

Aku Selalu Kena Buli

Isu buli ni memang menjadi-jadi, baru-baru ni ada dua orang pelajar ni belasah kaw-kaw kawan dia, ehhh kawan ke? rasa memang musuh kot. Apalah yang minah dua orang ni benggang sangat dengan budak tu, rasaya mesti kes rampas pakwe tak pun budak tu jenis suka melawan juga.

Nak citer pasal aku masa sekolah dulu.. aku mangsa buli mangsa buli ahhhh!!!

Bila ingat masa aku sekolah dulu, masih segar dari ingatan aku, sebenarnya aku ni mangsa buli juga kat sekolah, aku ulang mangsa buli ok! mangsa hahaha. 

Muka aku ni memang layak untuk kena buli kot, nampak sangat muka tu penakut.

Aku tak tahu la kenapa aku jadi mangsa buli, errr!!! aku mangsa buli yang bukan kena sepak terajang bagai. 

Aku mangsa ejekan je kadang tu aku terfikir kenapa diaorang tak suka kat aku, padahal aku langsung tak ambil hal dia orang. Dia orang kata aku sombong, errrggg korang tegur pun tak, kata aku sombong, elok je aku berkawan dengan kawan-kawan aku, semua kata aku ni kelakar la best la, ala korang jeles sebab korang tak dapat jadi kawan rapat aku kan....

Cerita masa aku budak-budak sekolah ni memang la trajidis, masa aku form 1 form 2 kan,  aku ni jenis selekeh gila kot, up  form 3 aku pandai bergaya wee!! kalau aku g toilet ke bilik guru ke adalah geng budak laki2 follow aku,ada yang nak berkenalan masa tu kemain muncung aku boleh sangkut hanger kot. Aku tak suka la budak ikut-ikut aku.

Kadang tu siap trauma aku nak pergi sekolah, nak pergi mana-mana ada jew kena tahan dengan geng budak laki-laki, dia orang saja je suka nyakat aku., aku ni jenis muka budak blur, tapi aku baru tahu ada geng budak perempuan ni memang anti sangat dengan aku.

Jagalah Hati dan Air Muka Orang Lain

Aku paling tak suka bila orang yang suka cakap ikut suka dan dalam pada yang sama ada maksud tersirat dengan erti kata suka sakitkan hati orang. Orang yang macam ni memang aku paling menyampah dalam dunia dan memang aku baik mulut je la dan dalam hati sorry.

Aku tak faham, apa yang kau sakit hati sangat dengan aku hingga kau langsung tak tahu jaga sensitif orang lain, bila orang kata kat ko mula la meroyan lebih. Tengok la sikit air muka orang tu, pakai otak la sikit bila cakap tu, aku rasa orang macam ni memang sangat busuk hati dalam diri dia dan megah dengan apa yang dia ada, hello! janganlah la megah sangat sebab Allah boleh bagi dan ambil anytime je ok.

Aku ni hati bukan la baik macam ko kot, tap aku jaga juga sensitif bab-bab yang memang sensitif ni, tak kan ko tak pakai otak kan, rasa pandai dari aku kot. Nak tanya sangat kat ko? ko happy kot. Alhamdulillah la kalau ko happy sebab aku tak pernah iri hati tak pun sikit pun terkesan dengan apa yang kau ada sebab aku bahagia dengan apa dan cara hidup aku.

Aku jenis yang pendam kadang tu aku teringin nak suara isi hati tak pun nak tanya ontheway tak pun starlight kat dahi ko tu biar ko sedar sikit sebab hidup ni bagai roda kadang kita diatas kadang kita dibawah. Nak sangat kasi peringat kat sapa-sapa yang mulut tak ada insurans kadang tu tak ada cukai jalan langsung pakai sedap mulut je, ehhh !!! hello aku pun ada mulut puaka lebih dari ko tahu, jap g aku cakap mau ko tak nak pandang aku langsung. Tapi kan aku ni masih waras tak tak buat la kerja-kera yang bodoh macam ko tu.

Tak terkesan dengan orang yang Annoying budget bagus.