Sunday, 14 December 2014

Kita Susah Tapi Kita Tolong Orang

Cerita aku ni santai je sambil aku tengah bosan ni. 

Hidup Korang senang? Hidup Korang Susah?

Ikutkan aku ni makan pakai sekadar cukup-cukup Alhamdulillah syukur. Sikap aku suka menabung dan aku tak boros. Kadang tu aku nak beli apa pun aku pk sepuluh kali kaw. Aku pk perlu ke? kalau perlu aku beli kalau tak berapa nak perlu aku ketepikan dulu.

Aku tengok pada diri aku sendiri dengan sikap macam ni aku boleh merasai macam hidup orang lain. Betul! rezeki kita lain-lain kan. Tapi agak-agaklah takkan nak duduk takat tu je. Kalau dah tau kita tak berapa nak cukup makan pakai apa kata kita usaha lebih.

Ni tak! dok tengok orang lain senang atau lebih sikit, mulalah bermonolog dalam diri, ko banyak duit tak pe la, laki ko kaya tak pe la, ko kerja tak pe la. Ehhh ko ingat orang kaya tu duit datang bergolek ke, orang senang tu goyang kaki baru dapat hidup senang.

Bukan dek non pak non semua, mereka semua aku tengok punyai sikap mahu berjaya dan berusaha, usaha mereka tu kadang tu 200%. Kita buat apa! hanya tengok dan saksikan je ke?

Jom bangun bangkit, tanamkan azam dalam diri tu, tak lama lagi dah nak masuk tahun baru kan. Kita ni yang masih ditakot lama tolonglah jangan sakit hati dengan apa yang orang lain k. Percaya jika ada usaha lebih akan dapat lebih.

Aku pernah dalam keadaan susah, tapi ada masa tu aku cuba sedaya upaya bantu pada orang yang perlukan bantuan kita, kadang tu pertolongan bukan dari bentuk wang ringgit je ianya datang dalam pelbagai. Tolong apa yang mampu.

Kita yang tak berapa nak senaang pun sebenarnya boleh bantu orang yang hidupnya tak berapa nak baik dari kita. Contoh mudah yang aku buat kalau pergi Jalan Tunku Abdul Razak (Jalan TAR) tu memang aku siap-siapkan duit pecah Seringit banyak-banyak aku memang kasi pada yang memerlukan.

Kadang tu kalau kita pergi kedai makan ada je kan tabung surau, tabung anak kurang upaya dan anak yatim kan haa! sedekah mana yang mampu. InsyaAllah walaupun susah kita dapat bantu sedikit sebanyak kan.

No comments:

Post a Comment