Tuesday 20 December 2016

Jalan-Jalan Penang - 1st Day

Jom follow my journey's at Penang 4 DayS 3 Night- Saturday to Tuesday

Bertolak seawal pagi dengan senyuman bukan main meleret sebab happy nak jejalan dan ronda-ronda penang.

jom tengok gambar masa lalu kt jambatan "SAHMS"



Jambatan Kedua Pulau Pinang Sultan Abdul Halim

Friday 3 June 2016

Salam Ramadhan

Dah ready ke? 
Next week nak puasa kan? Isnin 6hb Jun 2016

Alhamdulillah...Oh! tau semua mood happy kan sebab puasa ni datang setahun sekali je, sepatutnya kita harus raikan dengan buat perkara-perkara yang baik tau

Selain menahan lapar dan dahaga, mulut pun kena kurang bercakap perkara yang tak berfaedah apantah lagi memfitnah dan bercakap buruk pasal orang lain

Ingat! Fitnah tu lebih buruk/jahat dari membunuh tau

Sekarang bukan mulut je yang harus jaga, jari pun kena ikat ahahha iyelah sekarang ni banyak fitnah bukan melalui mulut je ye, jari pun sama tau.

Ala! Tu yang dok taip kat fb, twitter, instagram, blog tu kalau perkara tu tak betul dah jatuh fitnah so better jauhilah di bulan puasa  ehh bukan puasa je tau! bila-bila pun tak dok dak fitnah dan jaja buruk aib orang!

Iye memang kita sebelum nasihatkan orang sepatutnya kita harus cermin diri sendiri, tapi tak salah kita saling memberitahu agar semua-semua orang yang beragama islam masuk syurga.

Dugaan bulan puasa ni sebenarnya berlipat kali ganda tau, hebat lagi dugaan yang akan datang dalam kita berlapar Allah akan uji kita dengan pelbagai-bagai

Allah nak uji kita bukan dengan kesusahan sahaja, DIA akan uji kita dengan kesenangan juga. Jadi kita harus berlapang dada dan perbanyakkan amalan.

Amalan yang baik itu semestinya akan diimbal oleh Allah, biarlah tidak nampak dimata manusia janji Allah tahu setiap kebaikkan dan keikhlasan kita.

Apa yang perlu kita lakukan sebelum menjelang ramadhan

Minta ampun kepada Allah atas dosa yang lalu
Minta Ampun kepada ibu-bapa dan kaum keluarga
Perbanyakkan membaca Al-quran, berzikir, qiamulai
Bersedekah dengan ikhlas

Allah maha mengetahui, maha berkuasa dan maha pengampun jadi selagi kita waras dan sihat buat sedaya termampu dalam apa jua keadaan demi mendapat keredhai Nya.

Wednesday 18 May 2016

Zikir Penenang Hati dari kegelisahan

AllahuAkbar Subahanallah Alhamdulillah Astagfirullahalazim....

Ya Allah Ya Tuhan Ku...
Ampunkanlah Aku
Terimalah Segala Amal Ibadatku
Jauhilah Ibu Bapa Ku dari Api Neraka
Ya Allah Ampunkanlah orang yang Aku Kasihi



Salam sahabat alam maya semua, sejauh mana kita pergi, sejauh mana kita berada di atas dan sejauh mana kita berjaya jika hati kita tidak tenang itu maknanya Allah ketuk pintu hati kita agar kita rasa terjaga dari kelalaian.

Allah maha berkuasa, maha bijaksana dan maha mengetahui akan segalanya. Janganlah kita lalai dalam mengejar dunia sehingga kita melupakan matlamat sebenarnya kita di hidupkan menjadi umat Muhammad saw.

Kami nak kongsikan kepada sahabat semua, walaupun kita kurang dari pengetahuan ilmu agama, jangan pernah malu untuk berlajar, carilah dan galilah sedalam mana ilmu akhirat kerana ianya akan bantu kita kelak di akhirat.

Jangan jadikan kita kurang pengetahuan, tidak pandai itu menjadi masalah besar bagi kita mendekati diri kepada Allah swt.

Zikir inilah yang menjadi peneman kami bila kami terasa sepi, terasa kosong, terasa jauh dan terasa sedih. Allah betapa kasihnya Nabi kepada kita umatnya dan bertapa sayangnya Allah kepada kita hambanya.

Besarnya nikmat yang kita akan perolehi seandainya kita ikhlas dalam mencari redha Allah, ikhlas dalam menjalankan perintah Allah swt.

Marilah kita sama-sama mendekati diri dengan Allah, semakin dekat dengan Allah kita akan menjadi tenang. In Sha Allah.

Monday 9 May 2016

Maggi Kari Tetap Di Hati


Jom pekena Maggi Kari

Mudah sangat nak sediakannya hanya memerlukan 2 minit dan 2 cawan air dah siap untuk di slurppp!

Banyak- banyak perisa, hak kari juga melekat kat hati memang suka rasa kari yang betul-betul kaw berbanding yang lain ye. Maggi ni merupakan makanan segera yang juga turut mengandungi protein dari gandum.

Selain perisa Kari ianya terdiri dari Maggi Tomyam, Ayam dan Asam Laksa. Semua kami dah cuba tapi tetap sedap perisa kari lagi.


Cara kami masak mudah je, panaskan 2 cawan air 360ml, masukan mee maggi dah lembut sikit letak perencah kemudian pecahkan telur kacau sekali. Nak lagi sedap letak bahan-bahan sampingan macam fish cake atau bebola ikan nyummy

Jom slurp slurp maggi tetap di hatiku

Sunday 8 May 2016

Tempat Makan Sedap di Sungai Wang

Alhamdulillah, apa kabor semua?

Cerita weekend baru-baru ni pi jejalan cari makan. Singgah sungai wang di awal pagi keadaan amboii syoknya tak ramai orang pun.

Singgah kat satu kedai ni Ah Cheng Laksa, Ada yang pernah rasa tak?


Asam Laksa 


Curry Laksa

Banyak tempat yang pernah try makan Asam Laksa dan Curry Laksa ni yang paling best pernah makan. Asam Laksa sweet-sweer je masam tak melampau sangat.

Curry Laksa dia kuahnya sedap tak pekat sangat boleh hirup kuah sampai licin.


Tempat yang agak selesa, service cepat dan tempatnya bersih. Salah satu branch Ah Cheng Asam Laksa terletak di Sungai Wang.

Selain dari Asam Laksa dan Curry Laksa ada juga menu lain yang nampak sedap.

Pan mee, Nasi Lemak Rendang, Chicken Sup Herbal, Curry Chicken nak keropok lekor pun ada.

Teringat pula dengan Asam Laksa Ah Cheng ni! Acaner?

Jom Lunch

Sup Ketam Simple Je! Tapi Sedap


Bahan 

Ketam 2 Ekor
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih seulas
Rempah 3 sekawan
Halia
Daun Sup

Simple tapi umpphhh!! 

Wednesday 4 May 2016

Ular Sawa dan 90 biji Telurnya



Ya Allah besarnya ular sawa batik ni! teringat kisah masa kecil pasal jumpa anak-anak ular ni. Seram ya amat.

Semalam masuk berita, di tangkap oleh pihak JPAM di negeri perak, kawasan kebun di bawah pokok. Elok je dok bersama-sama telur-telurnya, 

Takkan hendak dibiarkan, kerana ianya boleh mengancam nyawa penduduk kampung nak-nak ular tu mempunyai telur silap-silap terus kena ngap kan.

eiii seram, geli naik bulu roma. InsyaAllah minta di jauhi dari binatang berbisa seperti ular dari kita, keluarga dan semua orang Amin...

Thursday 28 April 2016

Sakura Band ( Melepaskamu)

Aku menjaga untuhnya cinta
Tapi kau selalu mengingkarinya
Cukup sudah aku menahan sakit
Sebelum teruskan cinta ini

Terlalu lama ku berdiam diri
Saat kau selalu sakiti hati
Maafkan ku harus meninggalkan mu
Usaikan semua yang ku rasa

Dan aku pun terluka
Kerana mu  hanya cintamu 
Aku harus melangkah jauh diri mu 
Dari cintamu

Terlalu lama ku berdiam diri
Saat kau selalu sakiti hati
Maafkan ku harus meninggalkan 
Usaikan semua yang ku rasa..

Hapuskanlah semua tentang kita
Aku harus melepaskanmu
Walaupun ku tak bisa

Dan aku pun terluka 
Dan aku pun terluka
kerana mu
kerana cintamu
Aku harus melangkah dari mu
Dari cintamu...
Dan Aku pun terluka..

Doa kita dalam solat 5 waktu

Salam Hangpa semua sihat ka? Salam Hari Jumaat penghulu segala hari.

Mai sini sat kami nak habaq sikit. Tahukah kita! setiap awal pagi iaitu dalam solat subuh kita berdoa minta dari Allah swt semua yang baik-baik berlaka.

Doa yang kita minta dari Allah ada dalam bacaan duduk antara dua sujud:-

Bismillahirohmanirohim....

Tuhanku Ampunilah aku

Sayangi Aku
Tutupkan Aib-aibku
Angkatlah darjatku
Berikanlah aku rezeki
Berikanlah aku pertunjuk
Sihatkanlah aku
Maafkanlah aku

Maksud dari urutan bacaan duduk antara dua sujud. Bagi yang tak hafal boleh la hafal sebab inya tersangat mudah untuk diingatkan.

Jangan pernah berhenti berusaha
jangan pernah berhenti berdoa
Biarpu kita gagal setiap masa
Dari setiap kegagalan itu
Allah mengajarkan erti kesungguhan..
InsyaAllah kejayaan pasti milik kita semua.

Lirik Lagu Sudah Ku Tahu ( Projector Band)

Sering kali aku menduga
Sering kali ini terjadi
Segala rahsia sudah ku tau
Rupanya aku tidak dicintai


Untuk apa kau buat ku begini
Segala apa yang telah ku lakukan
Air mataku mengalir dipipi
Segala ku korbankan untuk dirimu


Mengapa masih lagiku
Berdiri menunggu cintamu
Mengapa masih ada mu
Menyakiti disiang malam ku
Aku terima cintaku dipersiakan
Haa. Haaaa...


Sayang!!! aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar
Sayang!!! selamat tinggal
Aku kan pergi...
Buat selamanya...


Aku pasti kau bahagia tanpa ku
Selama...nya...


Mengapa masih lagiku
Berdiri menunggu cintamu
Mengapa masih ada mu
Menyakiti disiang malam ku
Aku terima cintaku dipersiakan
Haa. Haaaa...


Sayang!!! aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar
Sayang!!! selamat tinggal
Aku kan pergi...
Buat selamanya...


Aku pasti kau bahagia tanpa ku
Selama...nya...


Rendang Ayam Pedas dan Pulut Kuning

Salam, hari ni kami rajin so kami teringin nak makan pulut kuning dengan ayam rendang. Kami dah ready bahan-bahan nak buat rendang. Sebelum tu kami kukus pulut kuning dulu.

Cara Kukus Pulut Kuning


Cara nak kukus pulut kuning simple je, kami rendam pulut bersama sedikit kunyit selama setengah jam kemudian kami kukus sehingga masak. Dah nak dekat masak kami gaul sedikit dengan santan bergaram kemudian tutup periuk kukus.

Bahan-bahan nak buat rendang simple je.

Ayam
Lengkuas
Bawang
Cili Kering
Halia
Serai
Kerisik
Santan
Asam keping/Asan jawa
Jintan manis, ketumbar jintan putih

Cara-cara

Sangai ketumbar,jintan manis dan jintan putih kemudian blender(1) sekali dengan halia, lengkuas, serai dan bawang.

Blender(2)  cili kering

Tumis Bahan yang blender pertama naik bau baru masukan bcili kering 

Masukan ayam

Kemudian masukan santan

Serbuk perasa, gula dan garam dan ayam keping/asam jawa

Daun Kunyit yang dirincit halus  tabur atas rendang bila dah siap masak.

Kami ni memang kuat pedas so kami boh cili kering 2 genggam kasi pedas berasap telinga kami. Hangpa kalau tak kuat pedas boh sikit ja la.


Memang kena la pulut kuning makan dengan rendang ayam pedas sedap sangat jemput makan hangpa semua.

Selamat mencuba

Wednesday 27 April 2016

"Silent is better than speak! Listen is better than talk"

Jika kita redha dengan kehidupan dan jalan cerita kita InsyaAllah kita akan berasa tenang je. Tapi kita ni manusia biasa kan! banyak perkara yang kita selalu buat salah kadang tu tak perasan pun  apa yang kita buat tu tak betul.

Bagaimana Allah tegur kita?

Allah datang kan seseorang  untuk menegur dan menasihati kita, apa yang selama ini kita buat adalah salah dan harus di perbetulkan. Kita ni jangan cepat melatah dan meleting .

Jika ada orang lain datang tegur dan nasihati kita apa patut kita buat?

Seeloknya kita dengar baik-baik dan senyum dulu. Walaupun apa yang orang itu cakap kita tak dapat terima dek akal kita tapi percayalah senyum dan seeloknya diam dan jangan pernah menjawab.

Kami ni sejenis nak betul je! ehhh kami ja ka? hanga hangpa semua pun sama kot hihii. Iye masing-masing ada prinsip kan, mesti apa yang kita rasa betul kita nak pertahankan kadang tu sekadar nak back up diri sendiri betul ke tidok?

Dari sikap kita hendak back up dan menjawab tu sebenarnya membuatkan isu itu menjadi semakin besar dah parah. Seeloknya kita berdiam dan sabar selagi boleh sabar.

Tabah! 

Cakap mudah la nak Tabah! tak kena kat batang hidung hang boleh la? Selalu kita akan cakap macam tu kan.

Apa kata kita tukar sikit ayat tu jadi  Aku harus lalui dengan tabah kerana di sebalik kesukaran dan kesulitan itu ada kesenangan.

Diri Sendiri je Betul!

Dulu kami memang sejenis begitu, sampai la ni kami begitu tapi sikit demi sikit kami rasa kami harus perbetulkan prinsip kerana kita perlukan orang untuk membantu kita menjadi lebih baik, Kita ni manusia biasa yang tak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. InsyaAllah mai pakat-pakat kita perbaiki sikap kita.

Satu lagi jika kita nak tenang, Solat di awal waktu bukan nak cakap kami ni bagus, jika boleh buat InsyaAllah apa yang kami cakap ni sebenarnya kami dah pratikkan, kita tak rasa khuatir lagi dengan masa sebab kita dah jalankan perkara yang paling wajib dalam hidup.

Tujuan kita di hidupkan adalah untuk melaksanakan tugas kita sebagai hamba kepada Allah swt. MengAgungkan Allah swt dan mensyukuri nikmat Allah. 

Tak perlu sangat nak iri hati, pada orang yang lebih dari kita, mungkin kita lihat dasar mereka sahaja, hakikatnya mereka pernah lalui kesukaran dalam hidup sebelum mereka ke tahap sekarang.

Silent is better than speak! Listen is better than talk!

Pastikan Lidah kita masa nak bercakap tu ada connection dengan Otak, Bila connect dengan otak kita akan cakap selepas kita dah fikir baik dan buruk.

Jika Lidah connection dengan hati ia akan menjadi semakin parah dan rosak. Nak-nak jika hati tu sudah lama simpan dan pendam perasaan wow! Silap-silap boleh meletup dunia ni. Beware dengan lidah kerana Lidah senjata tersangat bahaya.

Memaafkan!

Ini sebenarnya susah kita nak buat, kadang tu mulut je kata maaf tapi hati kita masih ada rasa marah, tak suka dan benci.

Better kita tanam sifat memaafkan orang lain terlebih dahulu, walaupun kadang tu hati kita sakit dan pedih dengan apa yang mereka pernah buat kat kita. InsyaAllah lama-lama perasaan itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Sedangkan Nabi Ampunkan umatnya, ini kan pula kita kan. Sedangka Allah ampunkan Hambanya ini kita sesama manusia yang sama sahaja di mata Allah swt.

Cara Bayar PTPTN Secara Online

Siapa ada hutang nak-nak PTPTN angkat kaki! ha! mana mau lari ha! ahahhha. 

kesian kat anak cucu cicit cuit kita.

Depa pun nak pinjam nak belajaq macam kita juga sampai menara gading!

Apa kata kita bayar la sikit-sikit dari tak bayar langsung. Mai sini kami nak ajar bagi yang tak tahu nak guna sistem pembayaran online ni!

Ada dua cara nak bayar online :-

Cara pertama


Klik Link e-fes


 Kemudian ianya akan link ke Penyata Ptptn- dari situ kita boleh lihat berapa baki pinjaman serta boleh terus membanyar melalui link FPX.

Isi I/C
Isi No Pinjaman

Send

Bayar Bil Elektrik Guna Maybank2u

Salam hangpa semua, mai la singgah sini sat kami ada cerita sikit kot boleh membantu apa yang patut. 

Macam kami ianya sangat membantu,setiap awal bulan kami akan memasukkan duit dalam akuan maybank2u kemudian listkan bil-bil yang harus dibayar.

Sangat memudahkan urusan kami setiap bulan tanpa perlu beratur dan menunggu begitu lama.

Contoh kami bayar bil eletrik



Login maybank2u SELECT

  1. Bil Payment
  2. Make a one off paymnent
  3. TNB
  4. Masukan Amaun 
  5. No Akaun macam contoh diatas 
  6. Request Tac
  7. Confirmkan
  8. Save receipt sebagai bukti pembayaran if terlebih rajin print terus.

Macam tu juga nak bayar apa-apa bil, maybank2u sangat membantu menguruskan masa kami yang agak buzy. Bukan setakat mudah sikit mudah banyak tau.

Bil- bil yang boleh di bayar secara maybank2u online :-

  1. Bil Elektrik
  2. Bil Air
  3. Bil TM
  4. Bil Celcome
  5. Bil Maxis
  6. Bil Indah Water Konsortium
  7. Astro
  8. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL)

Mudah semudah makan Air Batu Campur Durian - ABCD.

Tuesday 26 April 2016

Langkah Perlu Di Ambil Ketika di Patuk Ular

Langkah Perlua DiAmbil Ketika Di patuk Ular


  • Mangsa perlu di tenangkan
  • Baringkan mangsa dan elak pergerakan fizikal
  • Balut kawasan gigitan dengan kain bersih dan longgarkan pakaian


Doa Menghindari Haiwan Berbisa

Salamun alaa nuhin fil aalamin

"kesejahteraan dilimpahkan atas nabi nuh di seluruh alam".

Bila cerita pasal ular ni banyak kenangan sebenarnya, kami  ni berasal dari kampung. Biasa dah jumpa ular, nak kena patuk pun ada.

Kes Ular sekarang ni tengah viral, sekarang binatang berbisa ni suka masuk rumah dan kawasan sekolah katanya keluar dari habitat nak cari tempat sejuk. 

Musim Elnino katanya, ular mencari tempat sejuk, kawasan perumahan ni pun ada ular sawa batik masuk siap panggil bomba tolong tangkap eiii bila tengok seram plus geli.

Banyak kisah-kisah aku masa kecik dengan ular ni bila ingat balik ya Allah seram sangat.

Teringat masa kecik, masa tu nak pi letak pinggan kat sinki, jalan sambil nyanyi la lalaa ala lebih kurang macam tu la. Sambil-sambil tangan nak letak kat dalam sinki tu sekali ssshhhh ambik kena sembur dengan Ular Hitam aka Ular Senduk agak besar kalau terkena patuk tu agaknya kami dah out kot.

Ular masuk dalam kabinet dapur la, siap salin kulit la eiiii beli ingat balik seram weiii!!!. Ada kali tu tengah dok sapu sampah ingat getah tayar hitam melengkor kat tanah sekali nak ambil la rupanya-rupanya ular habaq kat hangpa uihhh! meloncat kami, jiran tengok kejadian tu dok gelak kat kami ahahha.

Main-main belakang rumah, dok bawah pokok sambil nampak lubang korek2 la sekali hangpa nak tau apa dalam lubang tu? anak-anak ular sawa batik ada besar ibu jari  ahahhha tak berani bunuh sebab ayah cakap mak dia dok perati kita ahahahha so lempaq jauh2 sikit. Agaknya kalau panjang umur dah besar kot ular tu minta dijauhkanlah kami sekeluarga dari binatang berbisa ni.

Balik kampung kat Utara, masa tu ada tok nek lagi, tengah syok dok sembang-sembang dengan tok sekali nampak ular senduk tang kepala ular tu ada tanda bulat putih, kat mulut dia ada katak huhuu. Paksu kami boleh gelak je sebab kami takut, relax je paksu kami cakap dia dok makan katak tak pa tak buat kita. 

Ular masuk rumah ni sebenarnya jika diikutkan kena kasi amaran dahulu, halau tiga kali sambil baca doa. Kadang tu jin menyerupai ular. Kalu dah halau dok diam je kat situ dan boleh mengancam nyawa kita dan family boleh la kita buat apa yang patut.

Hati-hatilah sambil beringat sesama kita. Semoga Allah lindungi kita dan family kita sahabat san sana saudara kita Amin.

Cuka Harumkan Pakaian dan pelbagai guna

Kami baru tau yang cuka ni bila dicampur dalam pewangi pakaian, ianya lebih harum, tahan lebih lama dan yang penting kain lebih lembut.

Sebelum ni memang kami guna cuka makan ni untuk basuh ikan, ada masa tu untuk hilangkan kuman dan kotoran dalam toilet.


Dah try sikit hari tu siki je letak dalam bancuhan pewangi softlan, Tak kisah pewangi dari brand apa pun. Pakaian boleh tahan wanginya lebih dari biasa dan kain sedikit lembut dari biasa.

Tak ada masalah gatai ke bau cuka ke lepas pakai baju yang di basuh tu, macam biasa juga mungkin ia mengekalkan bau lebih lama mungkin la.

Selamat mencuba.

Wednesday 20 April 2016

Terbeliaq Lidah Cheq!


Peel apakah ini? ada masa tu kami sendiri pun tak pasti peel apakah ini? 

Kami ni sebenarnya bukan baik mana pun, banyak perilaku dan perbuatan tak semegah mana tapi kami tahu apa yang buruk dan baik dalam hidup kami.

Hangpa nak kami up hangpa baik terbaik kan, tapi hangpa layan kami teruk, nampak sangat ketara. Selama ni kami boleh ja ikut itu ini, tapi kami dapat tau hangpa kemain lagi kutuk2 kami dari belakang citer apa salah silap kami, tapi tak pa, kami tau kami banyak buat salah kat hangpa, kami keteqaq kami itu kami ini semua kamilah la kan.

Tapi kami geram tok sah nak kata, bila kami dok ingat apa yang hangpa pernah kata kat kami, hangpa kata itu kata ini, kami terima tapi bila dok teringat tu hati kami geram pastu kami rasa, kami rasa kami nak bawa diri kami jauh2 dari hangpa semua, anggaplah kami tak pernah wujud.

Tapi kami tau, kami pun ada perasaan berkasih sayang, kami pun banyak buat salah dan terkasar bahasa, Kami minta bagilah masa kat kami rawat hati kami ni. InsyaAllah kami akan lempaq perasaan ini jauh2 agar kami boleh kembali jadi sediakala.

Lidah tu lebih bahaya dari mata pisau, berhati-hatilah dalam berbicara, kalau nak kata kat orang,baik kita pikiq baik2, betul ke kami cakap ni, betul ke kami kata kat dia ni.

Kami minta maap la noh, kalau kami pernah buat salah kat hangpa semua, bukan apa kita ni Allah pinjam sat ja kat Dunia ni, bila2 Allah ambil masa tu entah la apa nak kata, tak terkata dah noh!. 

Sama-samalah kita berkasih sayang sesama kita, janganlah kita melayan perasaan yang tidak baik itu lama-lama, marilah buang jauh2 agar kita boleh hidup tenang dan gembira, Allahummayasirwalatuasir.

Tuesday 19 April 2016

Sambal Hitam Pahang- Menu Bulan Puasa

Sambal hitam ni memang terkenal di Negeri Pahang, selain terkenal dengan ikan-ikan sungai seperti patin dan yang lain-lain.

Sambal Hitam ni nak buat mudah je, cuma nak hasilkan belimbing yang dah jadi hitam tu agak lama prosesnya. Makan masa lama dalam 5 6 jam tempohnya. 

Bahan utama opkos ada belimbing yang sudah diproses, cili api, ikan bilis dan bawang serta garam gula/perasa. Simple je kan.


Tumbuk ikan bilis separuh hancur, pastu lada dan bawang itu je, kemudian tumis bahan tersebut masukan ikan bilis dan letak la bahan perasa iaitu garam dan gula sedikit. Tunggu sehingga sedikit kering dan peroi dah pun siap sambal hitam pahang mari.


Ikutkan kami ni memang suka sambal jenis yang pedas so memang banyak la letak cili api tu, berdesup desap ayaq hidung keluar makan dengan nasi panas panas is awesome weiii!!!.

Sambal ni wajib dan harus serta hakiki ada masa bulan puasa nanti, nak-nak masa sahur kan.

Sunday 17 April 2016

Lirik Lagu Amira Othman Hati-Hati



Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia di curi
kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap kau mengerti...

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang untukmu.. cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu
Rasaku..
Jadi kau hati-hati...

Dalam cerita ada rahsia
Rahsia kau aku dan dia
Masih aku bertanya apa pengakhirannya
Lekas aku mahu jawabnya...

Jaga kau hati-hati
Takut ia di curi
kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap kau mengerti...

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang untukmu.. cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu
Rasaku..
Jadi kau hati-hati...

Wahai merpati dua sejoli..
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati kau akan mati
Ikutkan rasa kau binasa