Friday 3 June 2016

Salam Ramadhan

Dah ready ke? 
Next week nak puasa kan? Isnin 6hb Jun 2016

Alhamdulillah...Oh! tau semua mood happy kan sebab puasa ni datang setahun sekali je, sepatutnya kita harus raikan dengan buat perkara-perkara yang baik tau

Selain menahan lapar dan dahaga, mulut pun kena kurang bercakap perkara yang tak berfaedah apantah lagi memfitnah dan bercakap buruk pasal orang lain

Ingat! Fitnah tu lebih buruk/jahat dari membunuh tau

Sekarang bukan mulut je yang harus jaga, jari pun kena ikat ahahha iyelah sekarang ni banyak fitnah bukan melalui mulut je ye, jari pun sama tau.

Ala! Tu yang dok taip kat fb, twitter, instagram, blog tu kalau perkara tu tak betul dah jatuh fitnah so better jauhilah di bulan puasa  ehh bukan puasa je tau! bila-bila pun tak dok dak fitnah dan jaja buruk aib orang!

Iye memang kita sebelum nasihatkan orang sepatutnya kita harus cermin diri sendiri, tapi tak salah kita saling memberitahu agar semua-semua orang yang beragama islam masuk syurga.

Dugaan bulan puasa ni sebenarnya berlipat kali ganda tau, hebat lagi dugaan yang akan datang dalam kita berlapar Allah akan uji kita dengan pelbagai-bagai

Allah nak uji kita bukan dengan kesusahan sahaja, DIA akan uji kita dengan kesenangan juga. Jadi kita harus berlapang dada dan perbanyakkan amalan.

Amalan yang baik itu semestinya akan diimbal oleh Allah, biarlah tidak nampak dimata manusia janji Allah tahu setiap kebaikkan dan keikhlasan kita.

Apa yang perlu kita lakukan sebelum menjelang ramadhan

Minta ampun kepada Allah atas dosa yang lalu
Minta Ampun kepada ibu-bapa dan kaum keluarga
Perbanyakkan membaca Al-quran, berzikir, qiamulai
Bersedekah dengan ikhlas

Allah maha mengetahui, maha berkuasa dan maha pengampun jadi selagi kita waras dan sihat buat sedaya termampu dalam apa jua keadaan demi mendapat keredhai Nya.