Selamat malam, sebab hari ni aku keluar pergi Giant beli barang rumah. Aku lunch Mee Kari Sedap. Cuti sehari je tak pergi mana pun sebab jumaat kerja kan. Ermm balik rumah golek-golek tengok movie kat tv je.
Hujan petang sampai sekarang masih hujan. Aku ni bersin macam nak selsema je.
Ya Allah simpati dan hiba bila tengok kat berita jam 8 tadi, kasihan dengan nasib orang pantai timur, Kelantan Lumpuh akibat banjir. Semoga semua selamat dan kembali seperti sedia kala.
Malam ni aku masak simple je, "Daging Kunyit"
Simple sangat nak masak ni.
Bahan-bahan
Daging
Bawang Kecil
Bawang Putih
Lada
Kunyit
Garam
Tumbuk sehingga lumat bahan di atas
Hiriasan Bawang Besar
Asam Keping
Halia
Tumis halia dan masukkan bahan yang ditumbuk
Masukkan daging dan asam keping
masukkan sedikit air dan tutup dengan penutup biar daging impuk
Kemudian last sekali masukkan hirisan bawang besar
Siap sudah 'Daging Kunyit"
Simple Sedap Lazat
No comments:
Post a Comment