Friday 29 August 2014

Lulur Badan untuk Putih dan Cantik

ni nak cerita sikit pasal produk lulur badan ni, saya ada jual beberapa jenis lulur. Tahu tak badan kita ni kalau dibiarkan tanpa dilukur nanti daki2 tu akan menyebabkan kulit kita kusam dan gelap.

bukan nak kata kulit aku ni suci murni cuba nak share untuk kebaikkan je. Aku rajin lulur thay y kulit aku cerah dari sebelum ni. ohhh kulit aku ala2 coklat gitu bila lukur hilang sel2 kulit mati tu uithhhh seri menyerlah uoolllllsss!!!

Tuesday 26 August 2014

Belanja Dapur Mahal kan

26/8/2014
Aku nak pergi tesco jap lagi nak beli barang dapur sikit, dah dua hari aku tak masak asyik bungkus je lemau rasanya.

Belanja dapur aku budget dalam RM300 kebawah macam tu, tak menentu juga kadang tu lebih kadang tu bawah pada tu. Kadang tu campur barang kering barang basah.


Ada terbaca dalam ruangan forum berkaitan dengan belanja dapur ni semua pakat dok bising yang belanja dapur makin mahal kan. Aku dok bayangkan macam mana yang ada keluarga besar anak around 4 5 orang campur mak pak total 6 orang kan. opkos belanja mau lebih dari aku ni.

Tuesday 19 August 2014

Petua Hilangkan Jerawat Mudah

Cerita pasal jerawat ni memang orang perempuan tak suka ehh lelaki pun tak suka juga kan bab-bab ni, yela siapa yang tak suka muka tulus mulus tanpa noda kan.

bagi aku putih kalau penuh dengan jerawat pun tak cantik juga kan. better hitam manis manggis kan heheheh. meh aku nak kongsi petua-petua orang dedulu yang pernah aku apply ka muka aku.

kulit kayu manis

kulit kayu manis ni memang cepat boleh redakan jerawat yang dikategorikan batu dan degil. Jangan picit sesuka hati sebab kesannya akan memburukan lagi keadaan kat muka  kita dengan parut yang akan kekal selama beberapa bulan.

bersihkan kuit kau manis, dan gosokkan kulit tersebut diatas benda yang kasar, maam aku selalu buat, aku guna lesung batu je, titiskan sedikit air agar ianya mudah digosok. korang amalkanlah dalam 2-3 kali daam seminggu isyaAllah jerawat dan parut tu akan hilang dengan jayanya.

beras dan kunyit hidup

beras direndam dan dibiarkan kembang, kemudian keringkan dan ditumbuk sehingga halus. Kemudian masukan kunyit hidup dan ditumbuk bersama beras tersebut.

apply bahan tersebut dimuka yang mempunyai masalah jerawat. inya juga boleh dibuat bahan untuk lulur disekitar  badan. Hasilnya dapat menghilangkan parut dan daki yang degil.

putih telur

Asingkan kuning telur dan ambil putihnya sahaja, campurkan sedikit madu dan apply di sekitar kulit muka yang bermasalah. selain muka bahagian leher juga boleh diapply agar kedutan dibahagian leher akan hilang.

Aloe vera / Lidah buaya

memang banyak khasiat Aloe vera ni, untuk dijadikan minuman dan makanan pun ada, tapi ianya banyak digunakan dalam penghasilan kosmetik pada hari ini.