Monday, 29 December 2014

Sempatkah kita wahai kawan-kawan?

Siapa yang tak nak senang a.k.a kaya kan. Aku bukan saja nak senang kat dunia tapi aku juga nak senang Akhirat juga.

Dunia hanya sementara hanya Akhirat kekal abadi. Takut mati memang harus ada dalam diri, dengan rasa takut mati kita takkan buat perkara yang mendatangkan dosa, kita ingat Allah yang mencipta kita.

Kita tahu tak kenapa Allah cipta kita?

Untuk kita beribadah kepada- Nya
Untuk menjadi khalifah dimuka bumi dan mengenali-Nya
Untuk menguji Kita

Kesemua itu telah difirmankan oleh-Nya boleh refer di Website  Unikversiti ada mencerita lebih detail.

Siapa KITA?

Kita adalah makhluk yang diciptak oleh Allah swt untuk beribadah kepada kepada Nya tanda kita mensyukuri dan redha dengan apa yang kita ada dan lalui. Kita sebagai khalifah seharusnya mentadbir bumi dengan cara yang diredhai Allah swt.

Aku iaitu aku seorang makhluk yang dicipta oleh Allah ingin berubah menjadi yang lebih baik dan lagi baik dari tahun sesudah.

Bagaimana?

Tanamkan sifat Amal Makruf Nahi Mungkar  dalam diri kita iaitu lakukan kebaikkan dan tinggalkan kejahatan. Mudah sangat kita nak mencapai apa yang disuruh oleh Allah.

Aku bukan pandai dalam bab yang berbentuk dan berbaur islamik ini tapi aku menulis hanya untuk aku, yang aku sedar ianya semakin jauh untuk aku gapai seandai hari ini aku masih ditahap sekarang. Banyak yang perlu aku lakukan dalam hidup ini untuk ketemu JANNAH mu Ya Allah.

Aku sedar akan kekuasaan mu Ya Allah. Hanya Kamu yang satu tiada tandinggan. Ampunkan semua dosa makhluk ciptaan mu diatas bumi ini. Bagilah kesempatan untuk kami bertaubat dan menjadi hambamu yang taat akan perintah mu Ya Allah Ya Rahman Rahim.

No comments:

Post a Comment