Wednesday 28 January 2015

Nak Cantik Semulajadi

Siapa tak nak cantik kan, sanggup berhabis duit dengan produk yang rata-rata semua boleh kasi cantik. Pakai hari ni esok dah cantik macam Siti Nurhaliza, cantik macam erra kan.

Macam aku guna fair je seawal remaja sampai sekarang kulit aku bertukar jadi hitam ke putih hahhah kalah 'Qu Puteh' cakap ko hehhe.


Ni aku nak citer pasal ulam pucuk kari ni, rajin rajin la makan kalau nka cantik tua tua nanti, Aku meamang amalkan ulan-ulam ni selain untuk kesihatan ianya mampu memberi kecantikan semulajadi pada kulit wajah.

Maksud aku bila tua nanti nampak la kedut-kedut tu susah nak ada hahhahaha, amalkan makan satu lagi rajin makan kunyit hidup yang banyak khasiatnya

Tuesday 27 January 2015

Percintaan Jarak Jauh dan Lama

Masa aku ambil diploma dulu, aku pernah bercinta masa tu bukan bercinta sesama student tapi
dengan orang luar, itupun masa aku praktikal, kawan kau kenalkan, mamat ni dah kerja masa tu.

Aku sambutlah salam perkenalan pertama kali, sebab orang nak berkawan dengan kita kan, nanti cakap sombong pula. Aku niat memang nak berkawan je, iyelah masa tu aku memang niat nak belajar ubah hidup aku.

Setahun kawan tapi tak pernah berjumpa, percaya tak? percayalah kami berkawan hanya dalam cell phone je, mesej dan call tapi jujurnya selalu mesej je la. ingat lagi aku memang jarang nak hantar mesej dan tanya khabar selalunya mamat tu la dulu rajin hantar dan aku reply lebih kurang pastu aku cakap bz study.

Rajin la dia tanya khabar itu ini, best berkawan dengan dia sebab dia faham aku, aku jujur berkawan dengan dia sebab aku tak pernah ambil kesempatan kat dia, pasal kewangan ke apa, sebab aku tak nak nanti terhutang budi kan, walaupun masa tu dia dah bekerja.

Dah setahun kami kenal langsung tak jumpa, tengok rupa hanya melalui gambar je, aku kasi gambar hodoh sekali ingat lepas tengok gambar hodoh aku tu dah tak nak kawan! rupanya dia masih msg dan call macam biasa.

Mungkin dah genap setahun perkenalan secara gelap dan tak bersua kan, dia minta nak jumpa, aku mati2 tak nak, dia cakap lama dah kita kenal tapi langsung tak pernah tengok aku real, aku cakap aku tak sukalah, kawan je la macam biasa.

Dia beria nak jumpa, aku kesian la juga pada mulanya, dia cakap sekali je pun tak pe, lepas tu biarlah apa nak jadi kesudahan cerita kita, aku bawa kawan aku sedozen masa jumpa tu, bukan apa cuma aku takut la dia ada niat tak baik kan, hahahahah better beringat sebelum apa-apa terjadi.

Dia tak kisah, dia cakap janji dapat jumpa sudahlah, pas jumpa tu kami tak borak sangat pun, aku jadi tak biasa sebab aku anggap kawan je, aku memang tanam dalam hati, aku tak nak bercinta masa belajar, aku nak berjaya.

Lepas jumpa oklah still kawan, tapi dia ada call, tanya kat aku kita tak kan nak kawan je, dah setahun kita kenal, aku jawab dengan slumber, dah tu nak apa, nak kawen ke? Hari tu kata nak berkawan je kita kawan je la.

Aku faham maksud dia, tapi aku buat tak faham je la, dia kata dia suka aku dan nak lebih dari kawan, ehhh dia lebih pula! Dia suka kawan dengan aku dan nak bercinta la konon dengan aku, dia kata aku tak pernah ambil kesempatan kat dia, tak macam kawan perempuan dia yang dia kenal suka ambil kesempatan, dari segi kewangan dan masa katanya.

Aku jawab la, aku jenis suka berdikari, tak suka susahkan sesiapa, means aku susah macam mana aku rasa better selesaikan sendiri dri aku terhutang budi nanti tergadai maruah diri. itulah yang dia suka kat aku sebab aki is aku.

Jalan-Jalan Sogo Kuala Lumpur

Weekend hari tu kan aku cakap susah nak tidur kan, sampai aku kongsi citer tentang masalah tidur. Apa lagi pagi tu aku pergi sogo jalan-jalan cuci mata tak beli apa pun saja je jejalan.

Pagi tu sampai sogo awal, dari rumah tak makan apa pun so breakfast kat sogo sambil tengok air terjun buatan ni cantik kan. Tenang je sambil makan nasi lemak sambil online ohhhh kuih tu sedap sangat tapi agak keras keria itu hahahhah.

Lepas dah tawaf sogo tu pergi cari alat masak yang aku masak, bakar dan macam-macam aku buat dengan alat tu, memang best la mudah sangat kerja aku kat rumah ohhhh terima kasih ye darling.

Paih Ikan Tempoyak sedap

Mari sini nak kongsi satu resepi yang bila korang makan rasa nak makan lagi dan bawa dalam mimpi hehehe. Oklah ni makanan pebret aku masa aku kecik dedulu le.

Simple je tapi sedap habaq kat hang

Aku guna ikan pelaling je, amboi manis sangat rasa ikan ni sebab fresh baru beli dari pasar je.


Ikan dapat ikan patin lagi sedap
Cili Padi
Kunyit Hidup 
Tempoyak
Daun Kesum
Daun Pisang 
Garam 
Perasa

Cili Padi, garamdan Kunyit Tumbuk sehingga lumat 
Masukkan tempoyak gaul sehingga sebati
Masukkan perasa

Sediakan daun pisang kemudian letak daun kesum sebelum letak bahan tumbuk, kemudian letak ikan dan letak lebihan bahan tumbuk sehingga menutupi ikan. Bungkus ikan dengan daun kesum dan bakar sehingga masak.

Aku bakar dengan alat pembakar yang paling best aku bak habaq hang, nanti aku share sebab alat ni memang memudahkan hidup aku dan yang paling best kerja maska memasak jadi cepat mudah dan sedap.


Friday 23 January 2015

Masalah tidur dan cara mudah tidur

Salam ehhhh susahnya nak tidur sejak akhir-akhir ni, kenapalah gamaknya ye. Rungsing pasal apa tak tahulah.

Esok kena pi keluarlah jejalan cuci mata cuci pikiran sikit. Nak pergi manalah esok ye. Esok pagi baru decide la.

tak boleh tidur ni jangan pandang ringan tau, nanti mudaratkan kesihatan. jika tidur tak cukup mulalah tak fokus pada kerja dan rutin harian kita tak smooth macam biasa.

Cari punca apa masalah dan penyebab tak boleh tidur tu, gangguan nyamuk ke kihkihh, oklah be serius, seeloknya cari punca kenapa tak boleh tidur.

Adakah!  masalah tempat kerja, rumahtangga, percintaan, kewangan, kawan kawan, adik beradik, saudaramara! Selesaikan kalau boleh tak boleh buat dono sudah k

Tuesday 20 January 2015

Cili Jeruk Versi Blossom




Pernah makan tak? 

Ha ni orang panggil 'Cili Jeruk' 

Bukan Jeruk Pak Ali tu ye hahahha.

Aku memang suka makan cil jeruk ni, kalau balik kampung mesti ada cili jeruk ni atas meja.

Ha ni dah lama tak balik terindu pula so buat la cili jeruk ni.

Aku buat simple je, tak masak pun.

Aku guna Air Masak Panas, Gula Garam dan Cuka.
 Tips kalau nak lada ranggup rendam dulu dalam air kapur


Aku tak ada kapur so aku tak letak. Nak tahan lama letak je dalam peti sejuk

Makan dengan nasi, mee goreng dan apa-apa je sedap sangat. Rasa macam masam-masam pedas berdesup pastu siap ulang alik tandas k hakhakahhh.

Kaki Ayam Sumber Kolagen


Ohmaigad iye ke? 'Kaki Ayam Sumber Kolagen'

Aku memang makan kaki ayam ni. setengah orang geli la apa lah, tak rock la tak makan kaki ayam hahha. Apa kena mengena dengan rock pula kau ni ha!

Tak delah! kan kebanyakkan orang tak suka dan geli nak makan kaki ni, entahlah aku memang makan dari kecik tak tahu la kenapa, mungkin halal kot. Selagi halal makan je la.


Tu baru halg aku masak, aku buat sup bodoh je, aku makan ratah je. Selama ni aku makan tak tahu la ada sumber kolagen dalam ayam ni? entah ye ke tak nantilah aku rajin aku google cari maklumat kesahihanya. 

Patutlah aku ni nampak muda dari usia hakahakak tuihhh kihkihhh. Sidai Baju Angkat Sendiri Nampak!!

Cara aku masak sup kaki ni mudah je, buangla jari lentik kaki ayam tu, bersih dan rebus. Macam aku aku rebus dengan hirisan halia serta bawnag putih dan bawang besar blend pastu masukkan daun bawang dan garam serta perasa siap.

Awek muda sangat aku ni. hakhakahakk

Masak Lemak Udang Campur Rebung

Salam sis bro, alahai lamanya tak bersiaran, mood kelaut sangat. Entahlah rasa malas  nak menaip ikutkan memang hobi menaip je tapi kalau mood masuk malas semua apa tak jadi.

Malas malas pun mood memasak tetap ada, hari tu ada masak udang campur rebung lembut yumm yumm memang terangkat kening lap peluh la haiii.


Mudah je nak masak, macam masak lemak yang selalu kita buat tu cuma, kalau dapat udang fresh tu lagi mengacam. Nak pula yang gemuk-gemuk tu campur pula rebung yang jenis lembut tak payah citer lebih la pi la try buat.

Tumbuk cabai letak bawang kunyit hidup pastu campak dalam santan, kacau sampai mendidih masuk rebung dan udang. Kalau rebung tak cukup masam letak la sikit asam keping dan bahan perasa siap mudah haba kat hang. 


Monday 19 January 2015

MOJO Caliph Buskers Roman Cinta


Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu 29, Persembahan yang memukau para penonon kat stadium dan kat rumah. Memang terbaik!

Juara Lagu 29 - ' Apa Khabar '  - Flizzow feat Sona One

Tempat Kedua - ' Masih AKu Cinta ' - Shila Amzah 

Tempat Ketiga - Dayang Nurfaizah 

Vocal terbaik - Dayang Nurfaizah ' Di Pintu Syurga' 

Persembahan Terbaik - Caliph Busker / Mojo - 'Roman Cinta'



Tuesday 13 January 2015

Getah Rambut Disangka Ular Berbisa

Salam aku memang tergelak terbahak bahak hak hakkk sampai nak pengsan opss tipu je nak pengsan tu. Ni aku baca artikel sorang untie ni panggil pihak JPAM kata ada ular berbisa kat dalam bilik ada dia, sewaktu kemas bilik.


Tengeyih abang ni! hahahha ok aku nak gelak juga ehh tapi memang sekali imbas macam ular jenis berbisa tu kan.


Ni aku punca cerita aku dan luar hahhaha, aku ingat usia 10 tahun macam tu la, aku ni pergi gatal rajin sangat sapu sampah tengah hari dengan matahari terpacak atas kepala.

Aku sapu la satu lama rumah aku tu dengan pencakar sampah, sapu punca satu aku mengomel la sorang-sorang Ehhh kenapa tiub tayar ni ada kat sini tadi tak nampak pun.


Aku ni kalau jenis mata kabur sikit nak-nak silau cahaya matahari jadi macam kelam sekejap. Aku nampak hitam panjang yang aku tiup motor yang ayah au selalu buat bakar sampah tu. 

Aku terkejut masa nak ambil tu, shhihhhhzzz ular tu sembur kat aku kononnya kasi aku isyarat jangan kau berani nak pegang aku ye manusia! Kecut sarap membranoblogat aku tetiba, gila ke apa kalau aku tahu ular dari awal-awal aku angkat kaki tak pun aku katok ular tu.

Hhhaha aku menjerit la ular-ular makcik sebelah rumah aku boleh dia gelak je bila aku menjerit tu, kuang asam betul. Tapi Alhamdulillah ajal aku belum sampai ular tu kasi aku warning je ahhahahaha.

Lepas dari kes tulah aku ni kena pakai spek sebab aku rabun, iyelah ular dengan tayar ko tak boleh beza ke? haiiyakkk kihiihhh.

Cara Nak Hilangkan Ketuat secara Semulajadi

Salam Sis bro semua, ni nak kongsi sedikit pasal ketuat ni. Aku pernah ada ketuat ni selalu kat tangan la, haishhh turun  la saham kan. Aku pernah ada kat tangan, telapak tangan.

Ketuat tu korang buang dulu separuh yang keras tu pastu tenyeh la dengan bahan tradisional yang aku senaraikan kat bawah ni hingga rasa pedih, amalkan selalu sampai hilang ketuat tu, magic ooo boleh disappear hahhaha.


Gambar Google

Bawang Putih + Minyak Masak

-Tenyeh bawang sehingga rasa pedih

Cili Burung

-Ha! ni agak rare sikit dan sengsara la, sebab akan rasa pedih dan pedas hahahaha tapi insyaAllah mujarab.

Getah Betik

-Biasanya getah ni memang mujarab dan terbukti keberkesananya, dalam produk kecantikkan pun ada menggunakan betik ni.

Sirih

-Sirih ni tumbuk pastu letak kat ketuat yang degil tu.

Satu lagi kalau nak cepat elok dan baik, korang beli ubat cap kaki tiga untuk kurap atau panau tu, korang buang dulu dasar ketuat tu pastu apply la ubat tu selalu lepas mandi. Ini aku pernah buat dan resultnya Awesomm Wehh!

Selamat mencuba.

Saturday 10 January 2015

Asal Nama Buah Ciku


Salam sis bro, ce teka apakah gerangan buah kat atas ni?

Betul la tu! Ciku yumyum tapi aku tak berapa nak gemar buah ciku ni, dari kecil sampai dah tua kerepot aku makan mesti luah balik. Entah la aku tak suka walaupun ada orang tu kata sedap tahap dewa hahahha.




Ciku ini nama saintifiknya dipanggil Manilkara Zapota dalam kumpulan betik lebih kurang.  Berasal dari Amerika Tropika,

Ciku mengandungi vitamin c, b2 dan membekalkan banyak tenaga serta kalsium dan zink yang diperlukan oleh tubuh badan.

Nama ciku

Negeri Kelantan - Sawo Menila
Kedah - Sawa
Naspero - Vanezuela
Manila - Sapodila
 Mexico - Chico

Means, kita ni panggil ciku ni ikut mexico la kot kihkihhh. Chico Ciku lebih kurang la kot hahahhah.

Tekak tak boleh nak telan, teringin nak makan tapi tetap makan pastu buang semula.

Sotong Goreng Kunyit

Salam, Aduh! sakitnya kepala ni, tadi minum air tin coffee berdenyut kepala ni. Aku ni memang tak boleh sangat nak minum air jenis coffee ni, mulalah sakit kepala berdenyut macam pening mereng macam tu ahakass.

Ingat lagi hari tu aku minum  kacip fatimah dalam tin tu ahahahahha, pening sampai kesudah kihkihhhh tak yah kacip kacip sangat la hahahha.

Oklah dalam kepala sakit pun aku masak juga menu malam ni, simple janji sedap menjilat jari ok. 'Sotong Goreng Kunyit' yang aku masak ni memang sangat simple tahap saloirmoon ahakass.

Bahan Sotong Goreng Kunyit

Sotong aku potong memanjang
Bawang Besar 1 biji
Bawang putih 1 biji
Lada Merah 1 biji
Asam Keping
serbuk perasa
Garam
Cili Api 3 Biji belah dua atau separuh

 Cara nak masak

Sotong tu gaul sedikit dengan kunyit dan garam
Tumis bawang besar bawang putih dan lada tu sehingga naik bau, pastu masukkan sotong letak asam keping, aku suka jenis berminyak so aku tak letak pun air.

Lauk ketam masak cili kering ada lagi so aku panaskan dan ikan goreng selar kuning pun ada lagi so mudahkan kerja aku. Haishh kepala sakit so nampanya malam ni kena tidur awal la.

Tadi pusing-pusing jalan-jalan window shopping jew la duit tak dok kan ahahaakkss.

Friday 9 January 2015

Ketam Masak Cili Kering


Salam Sis Bro, hari ni ni masak ketam cili kering, hai nak masak lemak cili api lupa beli santan pula, ermm tak pelah kita masak cili kering pun sedap. 

Ketam ni kena dengan cara masak memang sedap, selalu ketam ni orang masak
 Masak Cili Kering / Merah
Ketam Masak Cili Api
Ketam Masak Sup

Itulah diantara menu yang aku tahu tak pun paling koman rebus ratah macam tu pun sedap, nak-nak ketam yang fresh ummmmhhh manis je.

Hari ni aku malas nak pergi pasar so aku beli barang dapur kat kedai area rumah je, tunggu aku rajin aku pergi la beli stock untuk seminggu. 

Cara masak ketam cili kering ni macam biasa je, macam menu masak merah yang lain cuma masa goreng bahan blend tu harus garing ye baru sedap.

Hari ini ingat nak keluar  la, cuaca macam ok je kat luar tu, Mood nak mendobi hari ini kelaut sebab aku kalau mendobi kena pagi-pagi kalau tak ermmm macma ni lah lemau je nak basuh baju ahahakss, dasar pemalas.

Hahaahh malas-malas aku ada tahap juga, kalau datang rajin tak berkilat lantai bagai hahhaha. Oklah nak siap-siap nak keluar jap lagi. Hari ni ingat nak drive jauh sikit la kat mana nak pergi rasanya ha hihihi. 

Monday 5 January 2015

Nasi Kuning Udang Cili

Salam ukhuwah fisabilillah, Alhamdulillah bersiaran lagi kali ini di tahun 2015, Energy baru dan azam baru juga erkkk!.

Nak citer hari ini ada sikit rajin, i masak Nasi kuning, aishhh jemulah asyik asyik asyik makan nasi putih je kan.

Simple dan sangat mudah versi i ni mai campak campak tuuuudiaaa siap. Biasalah tekak sendiri nak makan kan. Ehhh! tekak orang tersayang pun hikhikhh.

Nasi ni makan dengan sotong masak merah sedap dengan ayam masak merah


Nasi Kuning

Bahan Tumisan

Bawang Kecil
Bawang putih
Rempah Ratus tiga berkawan baik hikhih ( Bunga Lawang, Cengkih dan kayu manis)
Serbuk Kunyit
Garam sedikit

Beras dibasuh dan disukat airnya.

Guna periuk nasi automatik, tumis bahan tumisan tu sampai naik bau dan masukkan kunyit, kemudian masukkan beras serta air ikut sukatan masuk garam sedikit dan daun pandan. 

Tapi aku tak letak daun pandan. Aku lapiskan dengan daun pisang lepas nasi tu masak. Aroma daun pisang tu umphhh sungguh ohsemm wehh.