Friday 31 October 2014

Kerabu Pegaga Bilis

Hai, alahai mood malasnya la aku ni, aku sekarang malas nak masak sayur entah kenapa punya pe'el. Padahal senang je masak sayur tu kan. Tapi rajin pula buat kerabu hahahha. Tadi aku buat kerabu pegaga plus daun salom. Kenal tak daun selom tu, tak kenal buat-buat kenal je la ye.

Sedap hingga jilat jari pinggan sudu semua sekali pendek kata bertambah la nasik berpinggan-pingan. Aku tak pandai sangat masak, aku tengok-jeling-ushar to nenek mak aku masak je. Hahahah nampak macam pro je kan.

Thursday 30 October 2014

Daging Masak Merah

Hai. aku nak cerita pasal aku masak sedap tadi hahhaha. Sedap betul aku masak Daging Masak Merah. Tak sia-sia kerajinan aku selama hari ini membuahkan hasil yang sangat lumayan pada diri sendiri. Nampaknya aku kenalah diet lebih takut semakin bam bam nanti.


Aku nak kasi Tips pada sesiapa yang nak tahu cara potong daging jenis nipis tu. uitt nak potong daging harus tau jurus tau, apa ingat jenis silat je nak jurus jurus ni.  Aku potong daging ikut jurus melintang urat hahahha kalau tak! ermmm ya ampun matik tercekik la aku satu lagi lenguh rahang pipi masa menguyah sebab liat.



Tips mudah nak daging mudah dipotong nipis-nipis


Fross dalam Peti Ais

Apa susah letak je dalam peti ais beku tu, kasi dia fross kaw-kaw dulu. Pastu bawa keluar dan biarkan sementara kat luar pastu potong la nipis ikut sesuka hati. Aku dah cuma potong masa daging tu lembut memamang hampes la daging aku tu jadi tak menarik.


Rebus 

Ha lagi satu rebus je daging tu separuh masak, kerja mudah sangat lepas rebus kasi suam sikit apa lagi potong ikut melintang uratnya kasi tak tercabut gigi hampa semua. 



Aku nak kongsi secara Random cerita masak memasak aku ni. Aku masak daging masak merah dinner tapi memang sedap wa cakap lu, tak da tipu punya ooo.



Bahan Daging Masak Merah



Daging  - 1 gengam yang telah dihir nipis 

Lada kering - 1O Tangkai
Lada Besar - 1 Tangkai
Bawang Besar - Kalau size besar 1 biji - kalau size kecil 2 biji je.
Bawang Putih - 2 ulas

Bismillah la dulu, aku kalau masak memang selawat dan ikut sunah nabi kacau lawan arah jam. 


Caranya Blend Lada kering bawang besar bersama bawang putih sehingga hancur. Ehhh siap dah blend bagai, panaskan kuali letak minyak masak dalam ikut kuantiti bahan yang diblend tu. 


Tumis bahan separuh masak dan naik bau wangi masukkan garam dan gula serta bahan perasa.  Patu letak daging dan biarkan dalam beberapa minit. Kalau nak kuah letak la air pastu biar dia mesra. AKu letak asam keping sikit kasi semua rasa sebati. 

Letak hirisan bawang besar sebelum nak tutup air, bawang ni sebenarnya yang membuatkan masakan kita manis dan sedap selain dari air daging. Gambar  tak sempat ambil dah habis aku bedal hahahh. 

Wednesday 29 October 2014

Tuan Rumah Kedaung

Bertuah betul badan aku ni, dah la cantik kecil moleh wek wek! muntah aku nak tulis sorry tak niat nak kasi sesiapa muntah okey. Aku nak cerita pengalaman aku dengan Tuan Rumah Kedaung hahahahah!! 

Sebenaranya tak la kedaung mana pun, dulu masa nak pindah rumah tu memang parahla, dia punya songeh walaweh tahap mak mertua hahahha. Itu tak boleh ini tak boleh tapi dari boleh ke tak boleh tu memang ada baiknya juga.

Ikutkan area rumah aku ni rental tak boleh la harga macam 4 tahun lepas sebab kalau ikut market price sekararang dekat 4 angka wehhh. Tapi sebab kebaikkan aku dan budi budi pekerti aku yang baik ni kan Alhamdulillah Tuan Rumah Kedaung tu naik sikit je la berbaloi la dengan keadaan rumah ni. 

Perbualan antara Tuan Rumah Kedaung dengan Aku

Tuan Rumah : Hello, ehhh i nak kasi tau sikit hal la.

Aku : Aku macam dah tau je apa dia nak cakap, tapi aku diam dan dengar

Tuan Rumah : Ehhh rumah ni ikut market price rental sudah tak boleh rental macam biasa, kena kasi naik la.

Aku : Aku relax je. aku apa ada hal. kalau dia naik melampau aku pindah la. ( dalam hati )

Tuan Rumah : Ehhh tapi kan you sangat baik, u tak da buat hal selama ni,  tapi my husband suruh kasi naik la sikit sebab ikut market price lol. 

Reaksi dalaman aku hahahahaha!!! : Aku macam biasa la tenang jela pada mulanya tapi, kembang semangkuk juga sebab dia kata aku baik dan tak sampai hati nak naik rental. Eh aku aku kalau tuan rumah aku kasi up je hahahaah. 

Alhamdulillah rezeki kalau kita buat baik tak susahkan orang lain resultnya awesome dapat kat kita balik.

Sikap aku ni aku tak suka susahkan orang, biar aku penat tak pe, aku jenis tak suka ehhh tolong ambil kan tu, ehh boleh tolong tak? Maaf boleh itu boleh ini. Maaf aku bukan macam tu. Aku akan macam banyak songeh pada orang yang tertentu dan orang yang aku sayang je.

Aku pernah la ada kawan. aku ni suka biasakan diri aku dengan panggilan nama sendiri so aku dah biasa la biasakan diri dengan panggilan nama sendiri pastu aku ni kalau aku baik dengan orang tu je la aku akan berkau dan aku. tapi maaf kalau orang yang aku tak anggap kawan memang bersaya awak la.

Aku tak suka kalau orang yang suka cakap kau aku hahahhhaha apa kena kau ni hahahah, yang ko suratkan cara penulisan kau tu aku aku tu apa punya ngok la kihkihhh maaf sakali lagi nampak akan kengok aku. Biasalah nak hiburkan hati sendiri sebab sekarang aku banyak kerja, otak ligat je pk itu ini tapi result awesome tak cakap kosong ye.

P/S : Tunggu Saving cukup la kalau nak pindah pun. Target Saving tahun ni 20k hahahha jangan percaya k

Nak Kurus? Nak Cantik?

Ha!! janganlah lari pula, bukan nak jual barang pun. Nak cerita macam mana nak maintain badan solid molid. Kalau yang dah kawen pun boleh maintan kan, yang anak dara tang-tang ni harus solid molid juga.


Ikutkan petua nak kurus badan secara semulajadi tanpa meninggalkan menu harian dan tanpa berlapar. Ni aku nak sharring bagaimana dan caranya.



Minum air sebelum berkumur/gosok gigi



Aku amalkan selepas bangun tidur around 6am macam tu sebelum berkumur tu seafdalnya minum air masak dan telan. Itu petua orang tua-tua rasanya. Satu lagi boleh awek muda! omg itu aku tak taulah kan. Namapun pesanan dari orang tua ye tak!



Makanan masam salah satu untuk turunkan berat badan

Dulu aku ni suka makan benda yang masam-masam tapi sekarang dah kurang sebab makanan yang masam ni tak elok sangat, melembapkan otak dan berapa nak elok bagi yang suka menghafal contoh pelajar tahfiz dan anak-anak yang bersekolah.

Sebenarnya masam ni juga membantu kita membuang lemak, mana taknya makan baru je nak hadap brut brut perut dah berbunyi nak minta dibuangkan la tu hahahah.


Bersarapan pagi  



Amalkan je la sarapan tu, tak gemuk aihh kalau makan sekeping roti cicah air milo tak pun biskut buat alas perut tu. Nasi lemak tu boleh je nak ambil tapi masa lunch tu kurangkan sikit makanan yang banyak lemak dan karbohidrat.



Senamaman


Aku tak amalkan pun senanam bagai nak rak keluar peluh jantan ke betina ke, aku cuma amalkan duduk berlunjur je pastu hulur sedua tangan sampai terkena hujung jari kaki. Itu sebenarnya untuk memantaikan keadaan perut kita agar tak cepat gelebeh dan gendut. 


Krim Halia Panas



Aku selalu juga cuna krim, banyak jenis kat pasaran tu, cari je selalu ramuannya sama je \, diperbuat dari halia. Sedap krim tu panas-panas sejuk. Resultnya sangat memuaskan kalau rajin letak la.



Minum Air masak banyak-banyak



Jangan salah faham, maksud aku minum air yang mencukupi ikut keperluan badan kita. Kita punya badan ni kalau kurang air, kulit mula la kering dan mudah stress tau. Bannyak minum air.



Oklah nanti aku tambah cerita karut aku kalau nak selim melim ni k. Pendek kata dari aku gemuk ke kurus ke kalau pandai jaga kesihatan lagi afdal.

Masakan Kampung Memang sedap

Masakan Kampung?
Sedap ke? 

Tak kisah orang kampung orang bandar ke memang suka makan masakan kampung kan

 Contoh masakan kampung seperti masak lemak cili api, asam pedas, rendang dan banyak lagi menu yang memang sedap

Kalau jenis tekak kampung tu memang tak boleh berpisah dengan sambal belacan, tempoyak budu dan macam-macam jenis ulaman

Makanan kampung selalunya memang akan dicari ketika kita berada di kampung kenapa?

Ingat masakan kampung ingat masakan emak opah wan kita kan
tak ada siapa boleh tandingi air tangan dari mereka memang menjilat jari

Contoh masakan kampung 

Tuesday 28 October 2014

Jeruk Jambu Dan Strawberry

Sekarang ni memang dok bising pasal Jeruk Mangga Asam ni kan, Ala aku tak pernah rasa lagi la sejak citer ni dah jadi siulan kat sana sini. Hahahah. Selama ni dari kecil dah berapa botol masuk dalam perut aku ni. Ada dah 10 tahun yang lalu hahahha nampak tak mudanya umur aku sekarang ni lalalalla.


Aku ada juga try buat sendiri Jeruk Apple Asam Boi  ala-ala aku hoiii memang terbaik sampai jilat kaki kau tau tak.

Wednesday 22 October 2014

Jeruk Apple Asam Boi Cili Api

Amboi terliur tekak akak nak oiiii!!!, masing sibuk dok cita pasal jeruk asam boi ni buat akak teringin je kan. Semalam belik-belik dalam peti ais, kot-kot ada buah pelam ke kan. Sebenarnya memang tak da sebab barang basah semua licin ting tong semua heheh.

Tapi ada la belek-belek nampak buah Apple Hijau, dan -dan  pula tu ada asam boi jenis putih ohhh alangkah indahnya. Apa lagi aku try la buat Jeruk Asam Boi tu. Amboi sedapny la nyaman betul kat tekak ni.

Jujur aku cakap sedap sangat try la buat. Korang tak payah kupas kulit bagai, hiris tebal-tebal sikit letak dalam bekas lepas tu letak asam boi gula garam sedikit hirisan cili padi ummm memang terangkat. Korang biarkan sekejap dalam peti ais.


Jeruk Apple Asam Boi Cili Api

Apple 2 biji
Asam boi 6 biji jenis putih
Cili Api
Garam
Gula ( Lebihkan sedikit)

Apa lagi tunggu 1 ke 2 jam ko bedal je la sampai ngap depan tv tu. sedap nak-nak sejuk-sejuk hujan kan yummy yummy.