Wednesday 13 December 2017

Review Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya


 Pintu Masuk 

Bukan nak puji, masuk ja dalam Resort ni anda akan terhidu bau yang sangat wangi dari haruman bunga jasmine, disambut dengan penyambut tetamu yang lebar senyumannya

 Tempat Riadah, kolam mandi dan tempat berehat  

Bilik menginap yang besar dan paling super best dan duper awesome

Kira sangat berbaloi jika mereka yang ingin bercuti dari hiruk pikuk bandar yang sesak dengan kesesakan lalu lintas sebaiknya ambil keputusan untuk menginap di Cyberview Resort & Spa 

Diantara sebabnya?
  • Suasana yang nyaman
  • Kolam renang yang luas dan cantik
  • Makanan yang disediakan pelbagai dan sedap
  • Bilik yang luas dan bersih
  • Perkhidmatan room services yang cepat dan pantas 
 Bilik mandi yang ala bali yang sangat menenangkan jiwa dan raga dan santai

Peti ais dan kelengkapan yang cukup 

Dah cukup mengambarkan keseronokan so apa lagi ambil peluang bercuti bersama keluarga yang tersayang pada mucim cuti sekolah yang masih berbaki ni

Anak-anak pasti suka, dapat merenang dan merasa penginapan dalam taman yang hijau

Tempat Menginap di Cameron Highland wajib booking

Dalam setiap tahun jika pergi ke Cameron Highland pasti akan menginap di Century Pines nak tahu kenapa?

Mari nak citer serba sedikit mana yang patut

Sebenarnya Century Pines ni  berada di tanah rata, sebelum nak ke berinchang pasti akan stay sehari 

Area tanah rata ni sebenarnya tak ada sangat tempat menarik, tempat makan pun kurang tapi untuk hilangkan penat sangat berbaloi

 
Selain bilik yang besar dan cantik, makan untuk breakfast yang disediakan oleh pihak hotel pun sedap, tak pernah mengecewa kami

Banyak kali menginap suka booking yang garden punya sebab boleh coffe-coffe kat halaman best sangat dengan suasana nyaman, sejuk dan yang paling best kicauan burung dan sinaran pagi matahari tu yang paling romantik 

Biasa akan check in pukul 3pm, berehat dan mandi, penang tu keluar cari makan dan  lepak bilik


Kalau rajin akan keluar cari makan for late dinner, ada je kedai makan yang berdekatan jalan kaki pun boleh depan tu ada padang tempat lepak area menara jam dinding