Tuesday, 23 December 2014

Sotong Masak Merah Meletop

Hambik kaw! Sotong Aku Meletop sedap, pedas cukup rasa hahahhaha hikhkhikhh.  Hari tu ada pergi pasar beli bahan basah termasuk 1 kilo sotong

Ingat Aku nak kongsi resepi sotong crispy tapi nanti la aku citer k. Memang meletop juga sotong crispy aku tu aku try and error Alhamdulillah sedap sangat.


Hari ini aku tak banyak kerja so aku masak awal untuk Dinner 'Sotong Masak Merah Meletop'


Kan aku cakap kalau masak ni aku suka campak-campak, means simple tapi sedap ahaks hihiih. Siapa lagi nak puji kan kalau diri sendiri. 

Sotong tu aku buat sekor-sekor better kelar la baru cepat masak.

Sotong
Lada kering 10 tangkai lebih lagi sedap 
Bawang Besar 1 biji 
Bawang Putih 1 ulas
Garam + Perasa
Asam Keping i inci - rendam sekejap dalam air_
1 biji Bawang Besar untuk dimayang bulat
Minyak untuk menumis

Cara-cara
Blend Lada kering, bawang besar dan bawang putih 
(Tips nak lada cepat campur minyak masak semasa bland)
Tumis bahan bland sehingga naik garing dan masak
Masukkan asam keping
Masukkan Sotong kalau pekat masuk sedikit air
Bawang yang dimayang bulat
Serbuk perasa dan garam

Siap mudah bukan? Ha! biasalah mula-mula tak pandai nanti pandai la agak-agak. Anak-anak dara jangan kata tak pandai masak ye. Menu simple tapi sedap je kalau masak dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment