Jika kita redha dengan kehidupan dan jalan cerita kita InsyaAllah kita akan berasa tenang je. Tapi kita ni manusia biasa kan! banyak perkara yang kita selalu buat salah kadang tu tak perasan pun apa yang kita buat tu tak betul.
Bagaimana Allah tegur kita?
Allah datang kan seseorang untuk menegur dan menasihati kita, apa yang selama ini kita buat adalah salah dan harus di perbetulkan. Kita ni jangan cepat melatah dan meleting .
Jika ada orang lain datang tegur dan nasihati kita apa patut kita buat?
Seeloknya kita dengar baik-baik dan senyum dulu. Walaupun apa yang orang itu cakap kita tak dapat terima dek akal kita tapi percayalah senyum dan seeloknya diam dan jangan pernah menjawab.
Kami ni sejenis nak betul je! ehhh kami ja ka? hanga hangpa semua pun sama kot hihii. Iye masing-masing ada prinsip kan, mesti apa yang kita rasa betul kita nak pertahankan kadang tu sekadar nak back up diri sendiri betul ke tidok?
Dari sikap kita hendak back up dan menjawab tu sebenarnya membuatkan isu itu menjadi semakin besar dah parah. Seeloknya kita berdiam dan sabar selagi boleh sabar.
Tabah!
Cakap mudah la nak Tabah! tak kena kat batang hidung hang boleh la? Selalu kita akan cakap macam tu kan.
Apa kata kita tukar sikit ayat tu jadi Aku harus lalui dengan tabah kerana di sebalik kesukaran dan kesulitan itu ada kesenangan.
Diri Sendiri je Betul!
Dulu kami memang sejenis begitu, sampai la ni kami begitu tapi sikit demi sikit kami rasa kami harus perbetulkan prinsip kerana kita perlukan orang untuk membantu kita menjadi lebih baik, Kita ni manusia biasa yang tak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. InsyaAllah mai pakat-pakat kita perbaiki sikap kita.
Satu lagi jika kita nak tenang, Solat di awal waktu bukan nak cakap kami ni bagus, jika boleh buat InsyaAllah apa yang kami cakap ni sebenarnya kami dah pratikkan, kita tak rasa khuatir lagi dengan masa sebab kita dah jalankan perkara yang paling wajib dalam hidup.
Tujuan kita di hidupkan adalah untuk melaksanakan tugas kita sebagai hamba kepada Allah swt. MengAgungkan Allah swt dan mensyukuri nikmat Allah.
Tak perlu sangat nak iri hati, pada orang yang lebih dari kita, mungkin kita lihat dasar mereka sahaja, hakikatnya mereka pernah lalui kesukaran dalam hidup sebelum mereka ke tahap sekarang.
Silent is better than speak! Listen is better than talk!
Pastikan Lidah kita masa nak bercakap tu ada connection dengan Otak, Bila connect dengan otak kita akan cakap selepas kita dah fikir baik dan buruk.
Jika Lidah connection dengan hati ia akan menjadi semakin parah dan rosak. Nak-nak jika hati tu sudah lama simpan dan pendam perasaan wow! Silap-silap boleh meletup dunia ni. Beware dengan lidah kerana Lidah senjata tersangat bahaya.
Memaafkan!
Ini sebenarnya susah kita nak buat, kadang tu mulut je kata maaf tapi hati kita masih ada rasa marah, tak suka dan benci.
Better kita tanam sifat memaafkan orang lain terlebih dahulu, walaupun kadang tu hati kita sakit dan pedih dengan apa yang mereka pernah buat kat kita. InsyaAllah lama-lama perasaan itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Sedangkan Nabi Ampunkan umatnya, ini kan pula kita kan. Sedangka Allah ampunkan Hambanya ini kita sesama manusia yang sama sahaja di mata Allah swt.
No comments:
Post a Comment