Friday, 15 April 2016
"Hapiness is not out there its in you"
Happy or sad in your life, setiap manusia yang hidup sudah semestinya akan merasai, melalui dan yang penting sekali meredhai.
Punca mengapa kita tidak gembira? kerana sering melihat dengan mata hati yang negatif sedangkan itulah penyebabkan keadaan menjadi parah.
Sering mencari salah orang, sering nampak orang salah dan yang utama menganggap diri hebat.
Salah dan silap itu sudah kemestian kita sebagai manusia, silap kita perbetulkan, silap lagi kita cari penyelesaian.
Mana mungkin kita sentiasa berasa gembira setiap masa, dugaan tetap datang walaupun kita cuba hindari dan jauhi ianya sudah tersurat untuk nama2 sekian dan sekian,
"Usah pandang pohon yang sebatang tapi renung hutan yang terbentang yang merimbun dan juga menghijau".
Bersyukur
Ia kita harus bersyukur, pandang dan lihat diri kita, apa yang Allah sudah beri, dulu kita minta Ya Allah ya Tuhanku kau berikan aku cemerlang dalam pelajaran,
Allah makbulkan
Kita minta lagi Ya Allah berikan aku pasangan yang memahami dan penyayang?
Allah makbulkan
Ya Allah ya Tuhanku kau berikan aku Anak-anak yang baik cukup sifatnya?
Allah makbulkan.
Jangan pernah jemu meminta dan yang penting berusaha dan apabila dapat yang dihajati bersyukur.
Mudah je nak happy dalam kehidupan ini, cuma kita harus merasa cukup apa yang ada, tak perlu berlebih-lebihan bukan apa takut bila kita drop kita tak mampu nak bangkit.
Tak perlu melihat orang lain yang berjaya dan bahagia dengan sifat buruk sangka, irihati dan tak senang duduk. Meraka berjaya dan happy dalam kehidupan kerana mereka berusaha dan kita tidak tahu apa yang mereka lakukan untuk berada di zon selesa sebegitu.
ADA ORANG HAPPY SEBAB BANYAK DUIT
ADA ORANG HAPPY SEBAB CITA-CITA TERCAPAI
ADA ORANG HAPPY SEBAB DAPAT ISTERI SUAMI CANTIK SEGAK
ADA ORANG HAPPY DAPAT JAGA IBU DAN AYAH
ADA ORANG HAPPY ANAK RAMAI
ADA ORANG HAPPY APABILA MELIHAT ORANG LAIN HAPPY
Lumrah dalam kehidupan, ada masa kita berada di atas kadang berada di bawah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment