Tuesday, 19 April 2016

Sambal Hitam Pahang- Menu Bulan Puasa

Sambal hitam ni memang terkenal di Negeri Pahang, selain terkenal dengan ikan-ikan sungai seperti patin dan yang lain-lain.

Sambal Hitam ni nak buat mudah je, cuma nak hasilkan belimbing yang dah jadi hitam tu agak lama prosesnya. Makan masa lama dalam 5 6 jam tempohnya. 

Bahan utama opkos ada belimbing yang sudah diproses, cili api, ikan bilis dan bawang serta garam gula/perasa. Simple je kan.


Tumbuk ikan bilis separuh hancur, pastu lada dan bawang itu je, kemudian tumis bahan tersebut masukan ikan bilis dan letak la bahan perasa iaitu garam dan gula sedikit. Tunggu sehingga sedikit kering dan peroi dah pun siap sambal hitam pahang mari.


Ikutkan kami ni memang suka sambal jenis yang pedas so memang banyak la letak cili api tu, berdesup desap ayaq hidung keluar makan dengan nasi panas panas is awesome weiii!!!.

Sambal ni wajib dan harus serta hakiki ada masa bulan puasa nanti, nak-nak masa sahur kan.

2 comments: