Thursday, 14 April 2016

Percutian Di Cameron Highland 3 Hari 2 Malam Part Three

Part Three sambung dari part two

Pagi isnin tu terasa sejuk sampai ke tulang, mana tak nya suhu  15 darjah celcius.

Kami bangun solat subuh tak tidur dah sebab nak tengok matahari terbit Alhamdulillah dapat tengok walaupun jauh permadangannya.


Pagi tu kami buatkan teh o panas cicah roti bersama strawberry colek coklat. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. 

Breakfast dalam bilik je coz tak ambil breakfast kat hotel.

Oklah dah siap breakfast kat dalam bilik siap2 packing barang nak balik home. Ontheway nak balik ikut simpang pulai tu nak singgah Lavender Farm. 

Selama ni tengok je tak pernah teringin nak pg kali ni kita tengok apa yang best? 

Lavender Farm 

Kami ontheway turun dari Copthorne Hotel so singgah dulu kat market kea farm beli strawberry, jagung, sayur, coklat, jambu batu jeruk dan macam-macam lagi.


Lepas tu turun nak singgah Lavender Farm ni di sebelah kiri, kena hati-hati jalannya memang berliku dan be alert sebab terlepas pandang sikit nak u-turn satu hal.


Wow best rupanya Lavender Farm ni ye, kami selama ni tengok tapi tak teringin nak singgah ingat tak cantik. 

Nak masuk Farm ni kena bayar RM8 per adult kanak kanak RM6 

Waktu 9 pagi sampai 6 petang sabtu dan ahad pun open juga.

Kali ni naik cameron highlands memang puas hati sangat dan best moment yang tak kan pernah akan terluput dari ingatan wow! 
kemaian sangat kan.

Jom layan gambar yang sempat di snap dari phone dan DSLR, 


Time berhenti nak parking dah nampak dari jauh lavender yang purple tu, cantik sangat. Bila dah masuk ya Allah cantiknya kenapa selama ni dah banyak kali pergi cameron tak pernah teringin nak pergi.

Nak merasa soft aiskrim lavender RM6 sedap dan bila sedawa bau lavender opkos! Asyik sangat.

Ohhh yesss!!! kali ni memang superb best holiday mood yang awesome.


Ontheway nak naik kat atas dikelilingi dengan pelbagai bunga-bungaan terdiri dari pelbgai jenis dan warna indahnya nikmat tuhan yang mana kamu mahu dustakan lagi.


Ni sebahagian gambar yang ada dalam phone ni, area atas lavender farm. Gambar yang cantik-cantik semua ada dalam DSLR. Kalau rajin nanti resize dan put kat sini.


Ni bunga daisy entah matahari kot tak tahu lah apa namanya memang cantik dan dekat sini siapa yang berminat nak picking bunga pun boleh sebatang RM2 6 batang RM10.

Selain bunga daisy ni ada juga tanaman strawberry nak self picking pun boleh. Nak solat pun surau ada je kat atas. Toilet pun ada bahagian bawah.

Hampir berjam-jam dalam dalam Farm Lavender ni baru teringat nak makan aiskrim pusing semula kat pintu masuk sebab nak makan Aiskrim Lavender ermm sedap.


Gambar atas ni dah ontheway nak keluar dari Farm ni so habislah percutian 3 hari 2 malam kami di Cameron Highlands. 

Pendek kata masuk sini puas hati lah kalau bawa family semua pasti senyum sampai telinga. Ok lah pergilah sana jalan-jalan cuti-cuti nanti. 

Selamat bercuti dan sebelum bercuti nasihat kami planning awal dan bawa la lebih sikit duit poket nak beli jajan nak beli itu ini baru best percutian itu. Alhamdulilah syukur rezeki dari Allah swt permudahkan perjalan kammi pergi dan balik. 

p/s : Farm Boh tak sempat pergi, isnin farm Boh close nanti next next next year jika ada rezeki kami sampai insyaAllah.

No comments:

Post a Comment