Friday, 15 April 2016

Jalan-Jalan Kuantan #Throwback

Masa ni menginap di Hotel Shahzan Inn Kuantan satu malam, ada urusan sikit, so ambil la peluang rest lepak dan tenangkan fikiran.

Sebelum kami check in Hotel, kami jalan-jalan ke pantai sepat tak salah kami, ingat-ingat lupa nama pantai ni.


Kami berehat tengok ombak, pantai ni tak ramai orang, yang ada cuma beberapa family singgah berportluck gathering.

Layan la gambar pandai kat bawah ni ada beberapa keping dalam simpanan. Jadilah buat kenangan kan.


Selepas layan pantai kami pergi pantai yang lain pulak, masa ni air surut sangat, Pantai ni depannya ada Kolej Ikip tu, tempatnya cantik tapi tak secantik sulu-dulu. 


Bersebelahan tempat ni ada masjid bolehlah solat nak rehat pun senang

Kat sini ramai orang buat camping makan-makan bakar bakar ikan ayam bestnya la kan. Suasana damai je, cantik sangat siap ada treck untuk jogging dan plebagai kemudah exercise. Bangku dan tempat duduk pun banyak disediakan,

korang jika datang kuantan nak rehat-rehatkan badan boleh la singgah, gerai pun ada 2 3 yang beroperasi mengikut hari bekerja tak salah kami.

Lepas berehat sekejap renggangkan kaki tangan urat saraf, kami check in Hotel. Petang tu kami jalan-jalan kat pasar malam best sangat.

Pagi tu after breakfast kami bertolak dari kuantan naik ke bukit tinggi pula, jalan-jalan rehatkan diri, hilangkan stress.

Next entry cerita pasal Bukit Tinggi cantik sangat tau.

No comments:

Post a Comment