Tuesday, 27 January 2015

Percintaan Jarak Jauh dan Lama

Masa aku ambil diploma dulu, aku pernah bercinta masa tu bukan bercinta sesama student tapi
dengan orang luar, itupun masa aku praktikal, kawan kau kenalkan, mamat ni dah kerja masa tu.

Aku sambutlah salam perkenalan pertama kali, sebab orang nak berkawan dengan kita kan, nanti cakap sombong pula. Aku niat memang nak berkawan je, iyelah masa tu aku memang niat nak belajar ubah hidup aku.

Setahun kawan tapi tak pernah berjumpa, percaya tak? percayalah kami berkawan hanya dalam cell phone je, mesej dan call tapi jujurnya selalu mesej je la. ingat lagi aku memang jarang nak hantar mesej dan tanya khabar selalunya mamat tu la dulu rajin hantar dan aku reply lebih kurang pastu aku cakap bz study.

Rajin la dia tanya khabar itu ini, best berkawan dengan dia sebab dia faham aku, aku jujur berkawan dengan dia sebab aku tak pernah ambil kesempatan kat dia, pasal kewangan ke apa, sebab aku tak nak nanti terhutang budi kan, walaupun masa tu dia dah bekerja.

Dah setahun kami kenal langsung tak jumpa, tengok rupa hanya melalui gambar je, aku kasi gambar hodoh sekali ingat lepas tengok gambar hodoh aku tu dah tak nak kawan! rupanya dia masih msg dan call macam biasa.

Mungkin dah genap setahun perkenalan secara gelap dan tak bersua kan, dia minta nak jumpa, aku mati2 tak nak, dia cakap lama dah kita kenal tapi langsung tak pernah tengok aku real, aku cakap aku tak sukalah, kawan je la macam biasa.

Dia beria nak jumpa, aku kesian la juga pada mulanya, dia cakap sekali je pun tak pe, lepas tu biarlah apa nak jadi kesudahan cerita kita, aku bawa kawan aku sedozen masa jumpa tu, bukan apa cuma aku takut la dia ada niat tak baik kan, hahahahah better beringat sebelum apa-apa terjadi.

Dia tak kisah, dia cakap janji dapat jumpa sudahlah, pas jumpa tu kami tak borak sangat pun, aku jadi tak biasa sebab aku anggap kawan je, aku memang tanam dalam hati, aku tak nak bercinta masa belajar, aku nak berjaya.

Lepas jumpa oklah still kawan, tapi dia ada call, tanya kat aku kita tak kan nak kawan je, dah setahun kita kenal, aku jawab dengan slumber, dah tu nak apa, nak kawen ke? Hari tu kata nak berkawan je kita kawan je la.

Aku faham maksud dia, tapi aku buat tak faham je la, dia kata dia suka aku dan nak lebih dari kawan, ehhh dia lebih pula! Dia suka kawan dengan aku dan nak bercinta la konon dengan aku, dia kata aku tak pernah ambil kesempatan kat dia, tak macam kawan perempuan dia yang dia kenal suka ambil kesempatan, dari segi kewangan dan masa katanya.

Aku jawab la, aku jenis suka berdikari, tak suka susahkan sesiapa, means aku susah macam mana aku rasa better selesaikan sendiri dri aku terhutang budi nanti tergadai maruah diri. itulah yang dia suka kat aku sebab aki is aku.

Dia minta nak jadi couple, dia nak aku jadi makwe dia, dia kata dia nak jadi pakwe aku, aku kata kenapa pula. sebab dia suka kat aku, aku kata kenapa. dia jawab entah suka kat aku, aku malas nak layan tapi itulah tetap akan persoalkan hal ini acap kali sampai bila nak berkawan je.

Last aku terima jadi couple dia, itupun sebab dia bersungguh sungguh, pernah dia hantar mesej kt aku, dia cakap awak tak pernah hangar mesej dulu, awak tak pernah call dulu dan tanya khabar, katanya setiap kali dia tunggu aku hantar mesej tapi tak pernah sekali pun, aku memang tak pernah nak hantar mesej atau call sebab aku masa tu student duit pun cukup2 makan pakai je bang oiii, hahahaha tapi tulah kesian bila dia cakap macam tu.

Lastlast desakan dia tu aku tak pikir panjang mungkin sebab kesian aku terimalah jadi couple, lepas dah declare couplr tu rasanya biasa je tetap macam biasa mungkin bagi dia status bila dah couple tu nest kot, mumgkin dia jaja dan cerita aku ada awek, aku dah couple kot heheheh.

Aku sebenarnya tak suka nak bercinta ni, macam geli dan ermmm semacam je, rasa nak kena jaga hati pasangan tu too much, sebab status masa tu couple makin melampau dia minta, saya awak tak nak dah, nak tukar pamggilan pula, haishhh rimas aku masa tu tapi itulah nak buat macam mana kan, last panggil sayang abang kot, eiii rasa nak muntah hahahaha.

Dia panggil aku sayang memula tu, rasa berdebar juga la, tapi geli sebab nak kena panggil abang, haisss! memang geli tapi panggil je la abang, kemain suka iyelah kami sebaya masa tu, cuma dia dah kerja dan aku masih belajar itu membezakan aku.

Walaupun status kawan bertukar menjadi pasangan cinta la konon, kami tetap tak jumpa pun, ada la perasaan rindu tu, tapi aku malas nak layan samgat, tak sangka walaupun bercinta macam tu kami masih bersama. Kami jumpa juga last tu sebab ada sesuatu yang nak dibincangkan, dia nak juga jumpa, aku akur juga sebab kasihan akhirnya itulah pertemuan terakhir aku dan dia.

Masa aku jumpa dia, aku respek kat dia sebab dia pun tak pernah nak ambil kesempatan kat aku, dan aku rasa dia ikhlas berkawan dan ingin kenali aku, cuma aku yang agak tidak melayan. Aku senang dan hormat dia. Pertemuan kami berakhir sejak hari itu kerana dia kena tukar tempat kerja.

Aku sedih juga pada mula je, kami tetap bercinta ma am dulu mesej call tapi kali ini jarak jauh, dia tetap setia dan setia, tapi aku tetap tidak mempercayai lelaki pada masa itu walaupun seribu kepastian dia berikan.

Akhir sekali, aku tak suka cara percintaan kami, aku tak suka mengantungkan diri dan memberi seribu kepalsuan, aku kesian kat dia jika benar benar setia dan mengharap dan  berharap. Biarlah aku yang memutuskan hubungan ini walaupun hubungan kami sangat baik.

Aku jujurkan diri, aku terpaksa mereka cerita yang aku tak suka dia, dan aku menipu dan macam kena paksa untuk mencingai dia, sebenarnya masa itu bibit cinta aku sudah mul berputik, dia sudah mula ada dalam hati aku, dia sudah mula membuai mimpi aku, aku pernah ingin menjadi pasangan hidupnya.

Tapi itulah dikata takdir kami, Allah nak temukan aku dengan orang yang sesuai dengan aku, dan mungkin dia tak sesuai untuk aku dan dia lebih layak hidup dengan orang yang lebih elok dari aku.

Mungkin dia bahagia, jika benar tindakan aku dulu membuatkan dia bahagia dengan hidupnya sekarang, aku bersyukur, sebab dia baik dan terlalu baik dan layak untuk hidup lebih baik.

No comments:

Post a Comment