Hari ni kenapa ntah perasaan rasa sedih semacam je, rasa pilu jer. Aku tunggu chat dari seseorang yang aku sayang, selalunya memang aku yang akan mulakan dulu. Aku akan tanya buat apa? makan apa? kadang tu aku sengaja kacau dia walaupun aku tahu dia sibuk.
Tadi aku dah type text nak kasi kat dia, tapi aku delete sebab aku nak dia yang tanya aku dan mulakan dulu. Tengoklah sampai sekarang pun tak text aku. Aku tahu dia sibuk tapi please la care sikit aku ni. Aku ni simple orangnya kalau kau care aku lebih aku care ko lebih.
Ingatlah hati kita ni tak selamanya setia, tak selama sayang memanjang kalau sikap ko macam ni macam mana aku nak bertahan, Bukan apa letih kot nak kasi all out. Inilah yang aku malas kalau aku layan perasaan, jadi kerja tak jadi belaka.
Biarlah aku berubah cara, biarlah aku melangkah sedikit jauh dari simpang keperibadian aku, sebab aku nak ko tahu yang aku sebenarnya mampu kot jadi lebih baik dari sekarang.
Mungkin aku tak mahu nak merubah keadaan sekarang kerana aku tahu sedikit aku melangkah aku takut aku akan merubah apa yang aku ada hari ini. Aku takut aku pergi dan tidak akan menoleh lagi.
Ketahuilah kenapa aku macam ni, sebab sayang aku menebal, aku risau kalau sayang aku makin nipis dan pudar. Banyak sebab tapi biarlah aku yang tahu, aku yang rasa.
No comments:
Post a Comment