Monday, 16 June 2014

Aku dan Rumah Pertama

Sebenarnya aku pening kepala pasal rumah ni, aku nak beli rumah pertama, tapi bila kira-kira tak cukup budget dengan rumah idaman aku tu. Umur aku bukannya muda lagi, mesti dan seharusnya pk pasal aset ni.

Kalau ikutkan aku nak beli rumah yang ikut kemampuan aku dan tak membebankan aku nanti. Bak kata orang ukur baju dibadan sendiri kan, bukan orang kata aku pu  kata juga.

Rumah jenis macam mana sesuai dengan aku, aku ingat banglo yang ada kolam renang tu, ada bibik 3 orang ada driver hahahahha banyaklah cekadak aku. Berangan tak salah sebab tak payah bayar pun kan hahha..

Sebelum nak beli rumah, apa yang penting?

Pi la check duit simpanan dalam Tabung Haji, Asb, Bank Islam dan bank-bank yang korang savingla. Aku banyak duit dalam bank tapi dalam bank tu semua duit orang la hahhaha. Selain duit saving korang sendiri kan, duit KWSP salah satu cara korang nak dapatkan rumah idaman korang.

Kalau dah agak-agak duit dah cukup nak bayar TEN % langkah awal nak beli rumah tu, nasihat aku berfikir dengan akal dan jangan tergopoh gapah, Try apply loan dengan bank-bank yang boleh kasi pinjam duit ikut kadar keperluan rumah yang korang nak tu.

6 Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mangambil pinjaman rumah.

Bagus web imoney ni, banyak informasi bagaimana nak beli rumah, selesaikan masalah duit, nak simpan duit dan macam-macam lagi,

Umur kalau nak masuk 40 makin besar instalment bulan-bulan korang, sebab ianya berkaitan dengan berapa tahun lama pinjaman korang nak apply nanti contoh 25 30 35 tahun. hahh! baik masa umur korang 20 an la sedang elok beli Rumah Pertama.  jangan kalut dan terlalu excited sebab takut tersalah langkah kena tipu pula dengan orang yang tak bertanggungjawab.

Jenis Apartment
Jenis Singgle Storey
Jenis Double Storey
Condo

Ehhh kenapalah tak dari dulu fikir pasal aset ni, sebab  rumah sekarang ni kan,  macam semua tak mampu milik, tapi aku nak try apply juga. Ikutkan nak beli yang betul-betul mampu memang sampai bila-bila la aku dok menyewa kan.

No comments:

Post a Comment