Aku memang suka ingat semula kisah aku lama-lama dulu, biar jadi kenangan dan nanti kot-kot aku dah anak cucu dan cicit bolehlah aku suruh diaorang pi baca kisah nenek masa nak ambil test kereta kat sekolah memandu.
Tragis sungguh citer aku ni, ahhh memang hidup aku ni sokmo tragis tapi syok sebab mencabar. Aku ni asal dari keluarga susah. Aku ambil lesen pun dari titik peluh aku sendiri. Kerja isnin hingga sabtu pastu curi-curi pi belajar kereta dan ada kali tu siap kena tolak gaji. Pening kepala aku sebab nak bayar duit lesen nanti ahhhh aku tak kisah janji aku tak susah kan sesiapa.
Dalam 1 bulan tu aku ulang alik curi-curi attend class kereta pastu tibalah masa aku nak test jpj, nama aku naik sebelah pagi. Uihh punyalah aku berdebar plus takut gila kot. Masa tu aku punya pk pasal nak lulus je sebab mana aku nak cekau duit nak bayar kalau aku terkandas nanti. Aku yakin aku boleh aku yakin yes aku yakin, aku cakap dalam hati.
Macam biasalah tiba je kat sekolah memandu tu aku daftar nama kat kaunter, aku kasi lesen L kat abang JPJ, Lepas tu aku kena tunggu jelah giliran aku, Bayangkan dari sesi pagi sampai sesi petang nama aku tak dipanggil-panggil lagi, aku cool dan sabor urut dada. Ehh tak boleh jadi ni dari 8 pagi sampai sesi petang nama aku tak dipanggil-panggil lagi. Aku dah duduk macam cacing kepanasan dah. Sampai cikgu yang mengajar aku pun pelik. Last-last cikgu aku tanya kat kaunter rupanya aku punya lesen L tu tak ada dalam senarai.
Ehh aku terkejut dah, ehh aku dah kasi kat abang JPJ tu. tak kan bang JPJ tu ambil lesen aku kot. Aku tak puas hati kecik -keck je tengok abang jpj tu. Hangin aku dah bertiup kencang aku bangun duduk bangun duduk last-last entah macam mana, cikgu aku kata ni lesen awak ada kat pelajar saya, dia kata lesen awak dikepilkan sekali dengan dia punya lesen. Salah JPJ tu la buat apa kepilkan kat lesen orang lain. Nasib baik la budak tu pulangkan balik kat cikgu aku, memang kebetulan budak tu anak murid cikgu yang mengajar aku tu. Alhmadulillah syukur sangat.
Masa tu aku geram sangat aku cakaplah, saya dari pagi daftar sampai sesi petang saya tak test lagi, emosi saya dah terganggu ni, pastu dia orang fokuslah kat aku sebab atas kecuaian pihak jpj tu, aku apa lagi buatlah test bukit dan terus buat test parking pastu test jalan raya. Akhirya lulus dan Itulah kisah aku masa nak dapatkan lesen kereta. Penuh dugaan dan onak duri kan. Mesti anak cucu aku nanti boleh jadikan iktibar kalau lama sangat tunggu tu baik ringankan mulut bertanya, kalau senyap macam aku alamatnya sampai kemalam la.
No comments:
Post a Comment