Friday 20 March 2015

Iklan dari Adsense dan Terma Perkhidmatan

Terma Perkhidmatan Dalam Talian Adsense Google

Copy paste dari email

Terima kasih atas minat anda terhadap perkhidmatan carian dan pengiklanan kami (“Perkhidmatan”)!
Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan terma-terma ini (“Terma AdSense”), AdSense Program Policies, dan Google Branding Guidelines (secara kolektif, dikenali sebagai “Perjanjian”). Sekiranya terdapat percanggahan, setakat mana konflik tersebut, Terma AdSense akan diutamakan daripada sebarang terma lain Perjanjian ini. Sila baca Perjanjian ini dengan teliti.
Seperti yang digunakan dalam Perjanjian ini, “anda” atau “penerbit” bermakna individu atau entiti yang menggunakan Perkhidmatan ini (dan/atau sebarang individu, entiti atau entiti pengganti, agensi atau rangkaian yang bertindak bagi pihak anda), “kami,” atau “Google” bermakna Google Asia Pacific Pte. Ltd., dan “pihak-pihak” bermakna anda dan Google.
2.        Akses kepada Perkhidmatan; Akaun AdSense
Penggunaan Perkhidmatan ini tertakluk kepada pembukaan dan kelulusan kami bagi akaun AdSense (“Akaun”).  Kami berhak untuk menolak atau mengehadkan akses anda terhadap Perkhidmatan ini.  Dengan menyerahkan permohonan bagi penggunaan Perkhidmatan ini, sekiranya anda seorang individu, anda mewakili bahawa anda berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.  Anda boleh mempunyai satu Akaun sahaja.
Dengan mendaftar dalam AdSense, anda membenarkan Google untuk melayan, di mana berkenaan, (i) iklan dan kandungan lain (“Iklan”), (ii) kotak carian dan hasil carian Google, dan (iii) pertanyaan carian yang berkaitan dan pautan lain kepada laman web anda, aplikasi telefon mudah alih, pemain media, kandungan telefon mudah alih, dan/atau Harta-Harta lain yang diluluskan oleh Google (setiap satu dikenali sebagai “Harta”).  Sebagai tambahan, anda membenarkan Google hak  akses,  indeks dan cache Harta-Harta tersebut, atau sebarang bahagian daripadanya, termasuk secara automatik.  Google boleh menolak daripada menyediakan Perkhidmatan kepada mana-mana Harta.
Sebarang Harta yang merupakan aplikasi perisian dan mengakses Perkhidmatan kami (a) mungkin memerlukan kelulusan lebih awal daripada Google secara bertulis, dan (b) mesti mematuhi Software Principles Google.
3.    Menggunakan Perkhidmatan kami
Anda boleh menggunakan Perkhidmatan kami hanya seperti yang dibenarkan oleh Perjanjian ini dan sebarang undang-undang yang diguna pakai.  Jangan salah gunakan Perkhidmatan kami.  Sebagai contoh, jangan ganggu Perkhidmatan kami atau cuba untuk mengaksesnya dengan menggunakan kaedah selain daripada antara muka dan arahan yang kami berikan.
Anda boleh menghentikan penggunaan anda bagi sebarang Perkhidmatan pada bila-bila masa dengan mengeluarkan kod yang berkenaan daripada Harta anda.
4.    Perubahan kepada Perkhidmatan kami; Perubahan kepada Perjanjian
Kami sentiasa mengubah dan memperbaiki Perkhidmatan kami.  Kami mungkin akan menambah atau mengeluarkan kefungsian atau ciri Perkhidmatan pada bila-bila masa, dan kami mungkin akan menggantung atau menghentikan Perkhidmatan sepenuhnya.
Kami boleh mengubah suai Perjanjian ini pada bila-bila masa.  Kami akan memaparkan sebarang perubahan kepada Terma AdSense di muka surat ini dan sebarang perubahan kepada Dasar Program AdSense atau Garis Panduan Penjenamaan Google pada muka surat yang berkenaan.  Perubahan tidak akan diguna pakai secara retro aktif dan umumnya akan berkuat kuasa 30 hari selepas ia dipaparkan.  Walau bagaimanapun, perubahan yang menyentuh fungsi baru untuk sesuatu Perkhidmatan atau perubahan yang dibuat atas sebab-sebab perundangan akan berkuat kuasa dengan serta-merta.  Jika anda tidak bersetuju dengan sebarang terma yang diubah dalam Perjanjian ini, anda perlu berhenti menggunakan Perkhidmatan yang berkenaan.
5.        Bayaran
Tertakluk kepada Bahagian 5 dan Bahagian 10 Terma AdSense ini, anda akan menerima bayaran yang berkaitan dengan bilangan klik yang sah pada Iklan yang dipaparkan pada Harta anda, bilangan paparan Iklan yang sah yang dipaparkan pada Harta anda , atau perkara lain yang sah yang dijalankan berhubung dengan paparan Iklan di Harta anda, dalam setiap keadaan, seperti yang ditentukan oleh Google.
Kecuali jika berlaku pemberhentian, kami akan membayar anda pada hujung bulan kalendar selepas sebarang bulan kalendar di mana anda memperoleh baki dalam Akaun anda yang bersamaan atau melebihi payment threshold yang berkenaan.  Jika anda melaksanakan Perkhidmatan carian, bayaran kami mungkin akan diimbangi oleh sebarang yuran yang dikenakan bagi Perkhidmatan tersebut.
Kecuali jika dibenarkan dengan jelas secara bertulis oleh Google, anda tidak boleh memasuki sebarang jenis susunan dengan pihak ketiga di mana pihak ketiga menerima bayaran yang dibuat kepada anda di bawah Perjanjian ini atau faedah kewangan lain berhubung dengan Perkhidmatan ini.
Bayaran akan dikira hanya berdasarkan perakaunan kami. Bayaran kepada anda mungkin akan ditahan untuk mencerminkan atau dilaraskan untuk tidak memasukkan sebarang jumlah yang dibayar balik atau dikreditkan kepada pengiklan dan sebarang jumlah yang terbit daripada aktiviti tidak sah, seperti yang ditentukan oleh Google mengikut budi bicaranya.  Aktiviti tidak sah ditentukan oleh Google dalam semua keadaan dan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, (i) spam, pertanyaan tidak sah, paparan tidak sah, atau klik tidak sah pada Iklan yang dijana oleh sesiapa, program automatik atau alat yang serupa, termasuk melalui sebarang klik atau paparan yang berasal dari alamat IP anda atau komputer di bawah kawalan anda; (ii) klik yang dipancing atau paparan yang dijana melalui pembayaran wang, perwakilan yang salah, atau permintaan bagi pengguna akhir untuk mengklik pada Iklan atau mengambil tindakan-tindakan lain; (iii) Iklan yang dipaparkan kepada pengguna akhir dengan penyemak imbas yang mempunyai JavaScript yang dilumpuhkan; dan (iv) klik atau paparan yang dicampurkan bersama aktiviti yang diterangkan dalam (i, ii, dan iii) di atas dalam jumlah yang besar.
Sebagai tambahan kepada hak dan jalan penyelesaian lain kami, kami boleh (a) menahan dan mengimbangi sebarang bayaran yang terhutang kepada anda di bawah Perjanjian ini dengan sebarang yuran yang anda hutang kepada kami di bawah Perjanjian ini atau sebarang perjanjian lain, atau (b) memerlukan anda untuk membayar balik kepada kami dalam masa 30 hari dari sebarang invois, sebarang jumlah yang kami terlebih bayar kepada anda dalam tempoh sebelum ini.  Jika anda mempertikaikan sebarang bayaran yang dibuat atau ditahan berhubung dengan Perkhidmatan ini, anda mesti memaklumkan Google secara bertulis dalam masa 30 hari tentang sebarang bayaran tersebut.  Jika anda tidak melakukan demikian, sebarang tuntutan yang berkaitan dengan bayaran yang dipertikaikan akan diketepikan.  Jika pengiklan yang mana Iklannya dipaparkan pada sebarang Harta gagal membuat bayaran kepada Google, kami boleh menahan bayaran atau mengenakan bayaran ke atas akaun anda.
Untuk memastikan bayaran yang betul, anda bertanggungjawab menyediakan dan menyimpan maklumat bayaran dan perhubungan yang tepat dalam Akaun anda.  Anda bertanggungjawab bagi sebarang caj yang dinilai oleh bank anda atau penyedia bayaran.
6.        Cukai
Antara anda dengan Google, Google bertanggungjawab bagi semua cukai (jika ada) yang dikaitkan dengan urus niaga antara Google dan pengiklan berhubung dengan Iklan yang dipaparkan di Harta tersebut.  Anda bertanggungjawab bagi semua cukai (jika ada) yang dikaitkan dengan Perkhidmatan tersebut, selain daripada cukai yang berdasarkan pada pendapatan bersih Google.  Semua bayaran kepada anda daripada Google berhubung dengan Perkhidmatan tersebut akan dianggap sebagai termasuk cukai (jika berkenaan) dan tidak akan dilaraskan.  Jika Google berkewajipan untuk menahan sebarang cukai daripada bayarannya kepada anda, Google akan memberi anda salinan asal atau yang disahkan bagi bayaran cukai (atau bukti lain yang mencukupi tentang pembayaran cukai) jika sebaran bayaran ini dibuat oleh Google.
7.        Hak Milik Intelektual; Ciri-ciri Jenama
Selain daripada yang diterangkan dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak tidak akan memiliki hak, geran atau kepentingan dalam sebarang hak milik intelektual yang menjadi milik pihak lain atau pemberi lesen pihak lain itu.
Jika Google menyediakan anda dengan perisian berhubung dengan Perkhidmatan ini, kami memberi anda lesen yang tidak eksklusif, yang tidak boleh dipecahkan menjadi lesen kecil bagi kegunaan perisian tersebut.  Lesen ini adalah bagi tujuan membolehkan anda untuk menggunakan dan menikmati faedah Perkhidmatan seperti yang disediakan oleh Google, dengan cara yang dibenarkan oleh Perjanjian ini.  Selain mengedar kandungan melalui AdMob SDK, anda tidak boleh menyalin, mengubah suai, mengedarkan, menjual atau memajakkan sebarang bahagian daripada Perkhidmatan kami atau perisian yang disediakan, mahupun anda memutarbalikkan kejuruteraan atau cuba mendapatkan kod sumber perisian tersebut, melainkan undang-undang melarang halangan tersebut atau anda mempunyai kebenaran bertulis daripada kami.  Anda tidak akan menghilangkan, menyorokkan atau mengubah notis hak cipta Google, Ciri-ciri Jenama, atau notis hak milik lain yang dilampirkan atau yang terkandung dalam sebarang perkhidmatan, perisian, atau dokumentasi Google.
Kami memberi anda lesen yang tidak eksklusif, lesen yang tidak boleh dipecahkan menjadi lesen kecil untuk menggunakan nama dagang, tanda dagang, tanda khidmat, logo, nama domain, dan ciri jenama tersendiri lain Google (“Ciri-ciri Jenama”) hanya yang berkaitan dengan penggunaan anda bagi Perkhidmatan dan mengikut Perjanjian ini dan Garis Panduan Penjenamaan Google.  Kami boleh membatalkan lesen ini pada bila-bila masa.  Sebarang nama baik yang terbit daripada penggunaan anda bagi Ciri-ciri Jenama Google akan menjadi milik Google.
Kami mungkin akan menyertakan nama dan Ciri-ciri Jenama anda dalam persembahan, bahan pemasaran, senarai pelanggan dan laporan kewangan kami.
8.        Privasi
privacy policy kami menerangkan cara kami mengendalikan data peribadi anda dan melindungi privasi anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami.  Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju bahawa Google boleh menggunakan data tersebut mengikut dasar polisi kami.
Anda akan memastikan bahawa pada setiap masa anda menggunakan Perkhidmatan ini, Harta tersebut mempunyai dasar privasi yang telah dilabelkan dengan jelas dan mudah dicapai yang memberikan pengguna akhir maklumat yang jelas dan lengkap tentang kuki, maklumat khusus untuk peralatan, maklumat lokasi dan maklumat lain yang disimpan, dicapai, atau dikumpulkan daripada alat pengguna akhir berhubung dengan Perkhidmatan ini, termasuk, di mana berkenaan, maklumat mengenai pilihan pengguna akhir bagi pengurusan kuki.  Anda akan berusaha dengan munasabah dari segi komersial untuk memastikan bahawa pengguna akhir memberikan persetujuan kepada penyimpanan dan capaian kuki, maklumat khusus untuk peralatan, maklumat lokasi atau maklumat lain yang disimpan pada alat pengguna akhir berhubung dengan Perkhidmatan ini di mana persetujuan tersebut diperlukan oleh undang-undang.
9.        Kerahsiaan
Anda bersetuju untuk tidak mendedahkan Maklumat sulit Google tanpa persetujuan awal kami secara bertulis. "Maklumat Sulit Google" termasuk: (a) semua perisian, teknologi dan dokumentasi Google berkaitan dengan Perkhidmatan ini; (b) klik-melalui kadar atau statistik lain berhubung dengan prestasi Harta yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini; (c) kewujudan dan maklumat mengenai ciri-ciri beta dalam sesuatu Perkhidmatan; dan (d) sebarang maklumat lain yang disediakan oleh Google yang ditandakan sulit atau yang biasanya akan dianggap sulit dalam keadaan di mana ia disampaikan.  Maklumat Sulit Google tidak termasuk maklumat yang anda sudah pun ketahui sebelum penggunaan Perkhidmatan ini, yang diketahui umum bukan atas kesilapan anda, yang telah anda majukan secara bebas , atau yang diberikan kepada anda mengikut undang-undang oleh pihak ketiga. Walau apa pun maklumat dalam Bahagian 9 ini, anda boleh mendedahkan dengan tepat jumlah bayaran kasar Google yang terhasil daripada penggunaan anda bagi Perkhidmatan ini.
10. Pemberhentian
Anda boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan melengkapkan account cancellation process.  Perjanjian ini akan dianggap tamat dalam masa 10 hari perniagaan daripada penerimaan notis anda oleh Google.   Jika anda menamatkan Perjanjian ini dan baki yang anda peroleh sama atau melebihi threshold yang berkenaan, kami akan membayar anda baki yang anda peroleh dalam masa lebih kurang 90 hari selepas tamat bulan kalendar di mana Perjanjian ini ditamatkan.  Sebarang baki yang diperoleh kurang daripada  threshold yang berkenaan akan kekal tidak berbayar.
Google boleh pada bila-bila masa menamatkan Perjanjian ini, atau menggantung atau menamatkan penyertaan sebarang Harta dalam Perkhidmatan ini atas sebarang sebab.  Pihak-pihak bersetuju untuk mengetepikan sebarang peruntukan undang-undang tempatan yang boleh mengehadkan, membatasi, memerlukan perintah mahkamah, atau sebaliknya menghalang keupayaan Google untuk menamatkan Perjanjian ini mengikut budi bicaranya.  Jika kami menamatkan Perjanjian ini disebabkan anda memungkiri janji atau disebabkan oleh aktiviti tidak sah, kami boleh menahan jumlah yang tidak dibayar atau mengenakan caj terhadap akaun anda.  Jika anda melanggar Perjanjian ini atau Google menahan atau menamatkan Akaun anda, anda (i) tidak akan dibenarkan untuk membuka Akaun baru, dan (ii) mungkin tidak dibenarkan untuk mendapatkan wang daripada kandungan produk Google yang lain.
11. Indemniti
Anda bersetuju untuk membayar ganti rugi dan mempertahankan Google, sekutu, agen dan pengiklannya daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan dan liabiliti pihak ketiga yang terbit daripada atau berkaitan dengan Harta tersebut, termasuk sebarang kandungan yang dilayan pada Harta yang tidak disediakan oleh Google, penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut, atau pelanggaran anda terhadap sebarang terma Perjanjian ini.  Pengiklan Google ialah penerima faedah pihak ketiga indemniti ini.
12. Perwakilan; Jaminan; Penafian
Anda mewakili dan menjamin bahawa (i) anda mempunyai kuasa penuh dan kebenaran untuk memasuki Perjanjian; (ii) anda ialah pemilik, atau dibenarkan oleh undang-undang untuk bertindak bagi pihak pemilik, setiap Harta; (iii) anda ialah pembuat keputusan teknikal dan editorial berhubung dengan setiap Harta di mana Perkhidmatan ini dilaksanakan dan bahawa anda mempunyai kawalan ke atas cara Perkhidmatan ini dilaksanakan ke atas setiap Harta; (iv) Google belum pernah menamatkan atau melumpuhkan akaun AdSense yang anda buka disebabkan oleh pelanggaran Perjanjian atau disebabkan oleh aktiviti tidak sah; (v) memasuki atau melaksanakan Perjanjian ini tidak akan melanggar sebarang perjanjian yang anda miliki dengan pihak ketiga atau sebarang hak pihak ketiga; dan (vi) semua maklumat yang anda sediakan kepada Google adalah betul dan terkini.
SELAIN DARIPADA YANG DINYATAKAN DENGAN JELAS DALAM PERJANJIAN INI, KAMI TIDAK MEMBUAT SEBARANG JANJI TENTANG PERKHIDMATAN INI.  SEBAGAI CONTOH, KAMI TIDAK MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN TENTANG KANDUNGAN DALAM PERKHIDMATAN INI, FUNGSI KHUSUS PERKHIDMATAN INI, ATAU KEUNTUNGAN, KEBOLEHPERCAYAAN, KESEDIAAN, ATAU KEUPAYAANNYA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN ANDA.  KAMI MENYEDIAKAN SETIAP PERKHIDMATAN “SEADANYA”.
SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KAMI MENGECUALIKAN SEMUA JAMINAN, YANG TERSURAT, STATUTORI ATAU TERSIRAT.  KAMI MENAFIKAN DENGAN JELAS JAMINAN ATAU SYARAT TIDAK CAMPUR TANGAN, KEBOLEHJUALAN, DAN KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU.  SETAKAT MANA JAMINAN ATAU SYARAT STATUTORI TERSEBUT DIKENAKAN DAN TIDAK DAPAT DIKECUALIKAN, SETAKAT MANA GOOGLE DIBENARKAN, GOOGLE MENGEHADKAN LIABILITINYA BERHUBUNG DENGAN SEBARANG TUNTUTAN DI BAWAH JAMINAN ATAU SYARAT TERSEBUT, MENURUT PILIHAN GOOGLE, MENYEDIAKAN SEMULA PERKHIDMATAN TERSEBUT ATAU MEMBAYAR KOS MENYEDIAKAN SEMULA PERKHIDMATAN TERSEBUT .
Tiada apa dalam Perjanjian ini, termasuk Bahagian 11, 12 dan 13 harus mengecualikan atau mengehadkan jaminan atau liabiliti Google bagi kerugian yang tidak boleh dikecualikan secara sah atau dihadkan mengikut undang-undang yang diguna pakai.  Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian jaminan atau syarat tertentu atau pembatasan atau pengecualian liabiliti bagi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian, pelanggaran kontrak atau pelanggaran terma yang dimaksudkan, atau kerosakan sampingan atau turutan.  Begitu juga, hanya batasan yang sah dalam bidang kuasa anda akan dikenakan terhadap anda dan liabiliti Google akan dihadkan kepada takat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang.
13. Batasan Liabiliti
SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH, KECUALI BAGI SEBARANG KEWAJIPAN INDEMNIFIKASI DI SINI ATAU PELANGGARAN SEBARANG HAK MILIK INTELEKTUAL, KEWAJIPAN KERAHSIAAN DAN/ATAU KEPENTINGAN HAK MILIK BERHUBUNG DENGAN PERJANJIAN INI, (i) DALAM APA JUA KEADAAN MANA-MANA PIHAK TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI BAWAH PERJANJIAN INI BAGI SEBARANG PERBELANJAAN DAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN TURUTAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG, TELADAN, PUNITIF SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT ATAU SEBARANG TEORI LAIN, WALAUPUN PIHAK TERSEBUT TELAH DINASIHATI TENTANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN DAN PERBELANJAAN DAN MESKIPUN SEBARANG KEGAGALAN TUJUAN UTAMA SEBARANG JALAN PENYELESAIAN TERHAD, DAN (ii) LIABILITI KESELURUHAN SETIAP PIHAK DI BAWAH PERJANJIAN INI TERHAD KEPADA JUMLAH BERSIH YANG DITERIMA DAN DISIMPAN OLEH PIHAK TERTENTU ITU BERHUBUNG DENGAN PERJANJIAN INI SEMASA TEMPOH TIGA BULAN SEBELUM TARIKH TUNTUTAN.  Setiap pihak mengesahkan bahawa pihak satu lagi yang telah memasuki Perjanjian ini bergantung pada batasan had liabiliti yang dinyatakan di sini dan batasan tersebut menjadi asas utama tawar menawar antara pihak-pihak ini.
14. Lain-lain
Keseluruhan Perjanjian; Pindaan.  Perjanjian ini adalah perjanjian keseluruhan kami berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan dan menggantikan sebarang perjanjian sebelum ini atau sezaman mengenai perkara tersebut.  Perjanjian ini boleh dipinda (i) secara bertulis yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang menyatakan dengan jelas bahawa ia meminda Perjanjian ini, atau (ii) seperti yang dibentangkan dalam Bahagian 4, sekiranya anda terus menggunakan Perkhidmatan ini selepas Google mengubah Perjanjian ini.
Penyerahan Hak.  Anda tidak boleh menyerahkan hak atau memindahkan sebarang hak anda di bawah Perjanjian ini.
Kontraktor Bebas.  Pihak-pihak tersebut adalah kontraktor bebas dan Perjanjian ini tidak mewujudkan sebarang agensi, perkongsian atau usaha sama.
Tiada Penerima Faedah Pihak Ketiga. Selain daripada yang dibentangkan dalam bahagian 11, Perjanjian ini tidak mewujudkan sebarang hak penerima faedah pihak ketiga.
Tiada Pengecualian.  Selain daripada yang dibentangkan dalam Bahagian 5, kegagalan mana-mana pihak untuk menguatkuasakan sebarang peruntukan Perjanjian ini tidak akan menjadi satu pengecualian.
Kebolehasingan.   Jika didapati bahawa terma tertentu Perjanjian ini tidak boleh dikuatkuasakan, baki Perjanjian ini tetap akan berkuat kuasa sepenuhnya.
Keberterusan.  Bahagian 7, 9, 10, 11, 13, dan 14 Terma AdSense ini dapat bertahan penamatan.
Undang-undang yang menguasai; Tempat.  Semua tuntutan yang terbit atau berkaitan dengan Perjanjian atau Perkhidmatan ini akan dikuasai oleh undang-undang California, kecuali peraturan pertikaian California.  Pihak-pihak tersebut akan cuba dengan niat baik untuk menyelesaikan sebarang pertikaian berhubung dengan Perjanjian ini (“Pertikaian”) dalam masa 30 hari selepas terbitnya Pertikaian tersebut.  Jika Pertikaian tersebut tidak selesai dalam masa 30 hari, ia mesti diselesaikan melalui penimbangtaraan oleh Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Persatuan Penimbangtaraan Amerika dan dijalankan mengikut Peraturan Komersial yang Dipercepatkan yang berkuat kuasa pada tarikh Perjanjian ini.  Akan ada seorang penimbang tara yang dipilih melalui perjanjian bersama pihak-pihak tersebut.  Penimbangtaraan akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris di Santa Clara County, California, USA.  Mana-mana pihak boleh memohon kepada mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa bagi relief injunktif yang diperlukan untuk melindungi hak mereka sementara penyelesaian penimbangtaraan tersebut.  Sebarang keputusan yang sudah pun dibuat oleh penimbang tara adalah muktamad dan terikat pada pihak-pihak tersebut, dan keputusan boleh dimasukkan oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten.  Penimbang tara boleh memerintahkan relief yang saksama atau injunktif konsisten dengan jalan penyelesaian dan batasan Perjanjian ini.  Semua maklumat yang didedahkan berhubung dengan penimbangtaraan ini, termasuk kewujudan penimbangtaraan akan menjadi Maklumat Sulit yang dikuasai oleh peruntukan kerahsiaan Bahagian 9.  Walau bagaimanapun, pihak-pihak tersebut boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada mahkamah yang sesuai di bawah batasan kerahsiaan, di mana perlu untuk mendapatkan penguatkuasaan sebarang keputusan atau penghakiman penimbangtaraan atau untuk mendapatkan sebarang jalan penyelesaian yang dibenarkan di bawah terma-terma tersebut.
Force Majeure.  Mana-mana pihak tidak akan bertanggungjawab bagi prestasi yang tidak mencukupi setakat yang disebabkan oleh satu keadaan (misalnya, bencana alam, tindakan perang atau keganasan, rusuhan, tindakan buruh, tindakan kerajaan, dan gangguan Internet) yang di luar kawalan pihak tersebut secara munasabah.
Komunikasi.  Berhubung dengan penggunaan anda bagi Perkhidmatan ini, kami boleh menghubungi anda mengenai pengumuman perkhidmatan, mesej pentadbiran dan maklumat lain.  Anda boleh memilih untuk keluar daripada komunikasi ini dalam tetapan Akaun anda.  Untuk maklumat mengenai cara menghubungi Google, sila kunjungi contact page kami.
*              *              *
15. Terma Khusus Perkhidmatan
Jika anda memilih untuk melaksanakan sebarang Perkhidmatan berikut pada Harta anda, anda bersetuju juga dengan terma tambahan yang dikenal pasti di bawah ini:
Enjin Carian mengikut Kesesuaian: Custom Search Engine Terms of Service.

No comments:

Post a Comment