Ha!! janganlah lari pula, bukan nak jual barang pun. Nak cerita macam mana nak maintain badan solid molid. Kalau yang dah kawen pun boleh maintan kan, yang anak dara tang-tang ni harus solid molid juga.
Ikutkan petua nak kurus badan secara semulajadi tanpa meninggalkan menu harian dan tanpa berlapar. Ni aku nak sharring bagaimana dan caranya.
Minum air sebelum berkumur/gosok gigi
Aku amalkan selepas bangun tidur around 6am macam tu sebelum berkumur tu seafdalnya minum air masak dan telan. Itu petua orang tua-tua rasanya. Satu lagi boleh awek muda! omg itu aku tak taulah kan. Namapun pesanan dari orang tua ye tak!
Makanan masam salah satu untuk turunkan berat badan
Dulu aku ni suka makan benda yang masam-masam tapi sekarang dah kurang sebab makanan yang masam ni tak elok sangat, melembapkan otak dan berapa nak elok bagi yang suka menghafal contoh pelajar tahfiz dan anak-anak yang bersekolah.
Sebenarnya masam ni juga membantu kita membuang lemak, mana taknya makan baru je nak hadap brut brut perut dah berbunyi nak minta dibuangkan la tu hahahah.
Bersarapan pagi
Amalkan je la sarapan tu, tak gemuk aihh kalau makan sekeping roti cicah air milo tak pun biskut buat alas perut tu. Nasi lemak tu boleh je nak ambil tapi masa lunch tu kurangkan sikit makanan yang banyak lemak dan karbohidrat.
Senamaman
Aku tak amalkan pun senanam bagai nak rak keluar peluh jantan ke betina ke, aku cuma amalkan duduk berlunjur je pastu hulur sedua tangan sampai terkena hujung jari kaki. Itu sebenarnya untuk memantaikan keadaan perut kita agar tak cepat gelebeh dan gendut.
Krim Halia Panas
Aku selalu juga cuna krim, banyak jenis kat pasaran tu, cari je selalu ramuannya sama je \, diperbuat dari halia. Sedap krim tu panas-panas sejuk. Resultnya sangat memuaskan kalau rajin letak la.
Minum Air masak banyak-banyak
Jangan salah faham, maksud aku minum air yang mencukupi ikut keperluan badan kita. Kita punya badan ni kalau kurang air, kulit mula la kering dan mudah stress tau. Bannyak minum air.
Oklah nanti aku tambah cerita karut aku kalau nak selim melim ni k. Pendek kata dari aku gemuk ke kurus ke kalau pandai jaga kesihatan lagi afdal.
No comments:
Post a Comment