Saturday, 29 November 2014

Cara lawan sifat irihati

Hurmmmmm!!!! Aku tak tahulah nak kata apa dengan perasaan aku sekarang ni. Aku sangat nak marah tapi aku tak boleh sebab almusababnya banyak pihak yang aku harus jaga hati perasaan mereka.

Aku tak tahu sampai bila aku harus pendam semua ini, aku nak move on sebenarnya tapi ada je yang menyukarkan perjalanan aku. Aku yakin aku boleh handle dan hadapi semua ini sebab aku tahu Allah maha berkuasa, Allah maha Agung dan Maha mengetahui setiap apa yang diciptakan.

Ya.Allah kau kuatkanlah hati dan perasaan aku ini agar aku lebih kuat dah tabah mengharungi semua ini kerana pasti ada keindahan selepas semua ini.


Jiwa kacau dan hati tak tenteram aku ni rasanya aku harus dekatkam diri pada pancipta, aku harus lebih bersyukur dengan apa yang ada, yes aku kena bersyukur kerana dengan bersyukur kita akan lebih tenteram dan lebih rasa hidup lebih bermakna.

Pada sesiapa yang rasa tak tenang jiwa, jangan sampai sakit jiwa ye, jom dekatkan pada yang Esa, kita manusia ni banyak buat dosa sesama kita inikan pada pencipta. Buang perasaan sedih gundah gulana itu jauh dan sematkan dalam diri keyakinan yang utama kerana dengan keyakinan itu akan membawa kita menapak lebih jauh nunnnnn disana bukan di dunia sahaja mungkin hebat diakhirat kelak Insya.Allah, Amin mudah-mudahan.

Bagaimana nak tanam sifat lebih bersyukur dalam diri kita, simple sangat rasanya. Aku sharelah apa yang aku buat untuk aku lebih mensyukuri nikmat Allah.

Kita jangan ada sifat irihati dalam diri, macam mana? mudah je jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih dari kita. Contoh kalau kita pakai motor kita tengok orang yang pakai basikal dan yang berbasikal tengok orang yang hanya berjalan kaki dan orang yang berjalan kaki tengok orang yang tidak mempunyai kaki.

Pendek kata janganlah kita membandingkan nikmat yang Allah kasi kepada kita, kerana seandainya kita membandingkan ianya akan timbul sifat irihati dan tidak puas hati. Allah maha mengetahui setiap apa yang direncanakan.

Tak salah jika kita ada sifat ingin berjay dengan melihat kejayaan orang lain, jafikan kejayaan mereka satu semangat untuk lebih berjaya. Lihat secara positif dan hasilnya sangat cenderung pada seribu kenikmatan.


Sifat orang yang irihati dalam diri



Suka mengata orang lain
Suka melihat orang lain jatuh dan bawah darinya
Tidak suka melihat kejayaan orang lain
Berasa tidak puas hati dengan apa yang orang lain ada dan miliki
Biasa suka mendengar keburukan orang lain
Tidak gembira dengan kegembiraan orang lain

Sifat yang aku tak boleh bla sangat dengan sifat typical macam mak nenek la, aku pantang la dengan orang yang memang tak ada hati dan isi perut ni. Kita jangan jadi macam mereka yang memang terang-terang boleh menyakitkan hati orang lain dengan pertanyaan. Aku setuju dengan pepatah kalau kita nak cakap siang ni kenalah pandang-pandang nak cakap malam  dengar-dengar sikit jangan ikut sodap ehhhkauuu je mangkuk hahahahah.

Aku memang sedih dengan orang yang macam ni, aku sharelah sebagai contoh sifat yang kita janagn apply pada diri kita dan minta jauhkanlah dari sifat yang ada pada diri kita ok.

Jemah milah dan gayah ni memang kawan baik yang suka sangat bercerita tentang orang lain dan apa yang dicanangnya semua berkaitan dengan aib orang dan kehidupan orang lain. Pada suatu hari jemah berjumpa dengan milah dah jemah.

Jemah : Jemah kau tau tak anak tok kadi tu anak perempuan dia tangkap basah, 
Milah : ehhh yeke, oooo nama je anak tok kadi tapi nauzubillah.

Disalahkan pula gelaran tok kadi atas apa yang anaknya telah lakukan, typikal sungguh kan. 

Bertemu pula si jemah dengan si gayah

Gayah : ehhh jemah kau ada dengar tak anak dara si milah tu kena tangkap basah dengan anak osman lidi malam semalam belakang surau.

Jemah : La, ishhhh itulah mengata sangat kat anak tok kadi, dah kena anak sendiri padan muka

Nampak tak, jemah memang seorang yang seperti lalang yang sangat bahaya sekiranya kita mempunyai sifat seperti beliau kerana dengan sifat ini akan menyebabkan milah dah gayah akan bercakaran suatu hari nanti.

Satu lagi janganlah kita suka bertanya sesuatu yang tuan empunya diri itu sendiri tak dapat nak mejawabnya seperti ehhh bila ko nak kawen, ehhh ko nak jadi anak dara tua ke tak nak kawe, eh anak dah berapa sekarang, ehhh kawen dah lama tak kan tak beranak lagi. Ko ni anak sorang je bila nak tambah lagi. Ko ni asyik anak laki je beranak la anak perempuan boleh tolong ko kat dapur.

Heheheh inilah yang tak dapat lari dari kita manusia, aku tak nafikan aku pun kadang terlepas pandang bertanya dengan soalan macam tu tapi aku pastikan ianya pada kawan baik dan kaum kerabat kita tapi janganlah sampai aibkan orang lain.

No comments:

Post a Comment