Google je la Ikan Kering Kurau mesti ada punya gambarnya, malas la nak ambil gambar hikhikk.
Teringin nak masak gulai ikan kering kurau tak pun talang ni, resepinya mudah je tak tahu boleh google je, tersedia pelbagai jenis resepi.
Cara mudah nak masak Gulai Ikan Kering sedap
- Macam selalu aku buat biasanya tumbuk bawang putih bawang kecil letak garam sikit pastu tumis dengan serbuk kari naik bau campak ikan masin
- Masuk air separuh kasi ikan dengan bahan tumis sebati kemudian baru masukan terung dan last santan jaga api jangan sampai pecah minyak.
- Campak asam keping sekeping
- nak pedas letak le lada hiris
- k last but not least is perasa dan garam sikit sebab ikan dah masin kan, tak de meke ni tumpo le no rasa hikhikk.
Simple tapi sangat sedap ooohhh ye, jangan lupa rendam dulu ikan masin/kering tu k sebab nanti masin melampau la kan. Bertambah nasi berpinggan omaiii omaiiii.
No comments:
Post a Comment