Wah wah tajuk tak menahan, 'Bila Hati Perempuan Tawar'
Ginilah aku terbaca kat dalam instagram ni dah aku suka ayat dan maksudnya memang sesungguh benar bagi aku.
Kenapa adakah hati aku pun tawar ahahhaha biasalah kita kan manusia, tak lari dari semua itu, happy bagaimanapun engkau, sedih bagaimanapun engkau dan sakitnya pasti disini iaitu hati.
Jadi Beware Jejaka-jejaka diluar sana if perempuan hatinya kamu sudah tawarkan, tak guna engkau letak garam mahupun asam, sebab hati itu dah jadi perkasam ahahhaha.
- Hati tak pernah rasa peduli dan kisah, sebelum ni kemain lagi dok ambil peduli sampai warna seluar dalam pun dia ambil hal.
- Tak ingin lagi mempertahankan cinta, tak ingin lagi menyatakan cinta dan tak ingin bersama dengan pasangan.
- Selalu sangat hangpa dapat mesej, Kat mana tu? Dah Makan ke? Dah solat ke? Tapi if hati perempuan ko sakiti maka itu semua hangpa tak kan dapat.
- Tak ambil hati seandainya hangpa terlupa, terlewat mahupun mungkir janji kerana hati sudah tawar dan tak mahu bersama
- Malas nak bertengkar, nak senang-senang je kasi hangpa memang. Selama ni tak pernah kalah dan asyik nak memang je.
- Yang ni aku pernah rasa, dulu aku kemain jeles tahap gila meroyan, but now tidak! adakah aku tak pedulikan pasangan aku? mungkin bukan untuk aku sebab aku buang rasa jeles itu sebab aku percaya akan pasangan aku.
Hahahhahahha oklah ini bukan untuk hati perempuan je, hati lelaki pun sama, perempuan be alert ok, jangan buat lelaki tawar hati, sekali mereka boleh maafkan tapi bila berulang kali mereka tinggal ko like that je.
Sama-sama kita jaga hati yang penting jaga hati sendiri dulu baru hati orang k, sebab aku pernah jaga hati orang dan biarkan hati aku sakit.
Bila kita biarkan hati kita sakit demi orang lain yang, ianya semakin parah dan membuatkan kita rasa tersangat down. So aku ambil cara positif untuk diri aku, aku happykan diri aku dan aku jaga hati aku dulu then baru aku ambil hati orang setakat yang aku mampu.
No comments:
Post a Comment