Jalan-jalan Melaka singgah kat Taman Burung Melaka, walaupun tak macam yang Taman Burung KL tapi best la sebab burung pirot ni sangat mesra alam sampai melampau lampau hahahhaah.
Manja sebab nak makan makanan dekat kita, tapi beware dengan keselamatan terutaman kanak-kanak sebab burung ni kukunya sangat tajam takut tercedera pula.
Pintu masuk ni di sambut oleh burung pirot / kakak tua ni hihikkk
waktu operasi : 9am to 6pm
Harga Tiket : 17.80 Dewasa / 11.80 Kanak kanak
Makanan Burung : RM10 -1 set kuaci dan air gula
Better bawak makanan sendiri seperti kuaci jimat la sikit kan
Masa datang tu ada renovation kot, kolam tak berapa nak elok airnya
Kita boleh pilih naik naik tangga atau lift
Burung -burung pirot ni semua manja melampau, Tengok tu bukan main la possing tau tau je kita nak ambil gambar ahahhahah.
Amboi bercinta ke bencinta tu!
Majoriti memang penuh dengan burung pirot ni je la, banyak jenis yang kecik sampai yang besar semua manja sebab nak makan je hihikkk.
Tapi tetap la comel dan memang best la dapat kasi burung makan dengan jarak dekat atas tagan kita. Syok betul tau!
Tengok Pirot ni teringat kat Colour Pencil Luna
Comel sangat 3 sekawan ni! Best Freind 4ever ke? hikhikk
Selain Burung-burung pirot ni ada juga binatang lain seperti burung merak, itik dan ayam pun ada tau. Overall ok la dapat melihat secara dekat dan live kan.
Kawasan Taman Burung Melaka ni kalau dijaga dengan lebih baik dan di tambah dengan pelbagai spesies burung rasanya akan lebih menarik perhatian orang ramai untuk datang ke sini.
p/s : Tak puas jalan jalan melaka hari tu, so nanti nak repeat lagi kali ni maybe lama sedikit dalam 4Hari 3 Malam nak usha tempat makan dan tempat best lepak-lepak.
No comments:
Post a Comment