Hari ke 4 check in Hotel Cititel tengah bandar sedikit berdekatan dengan Street Art, Nasi Kandar Line Clear, Sup Hameed dan Cendul sedap.
last day di penang ni, tak berjalan sangat more to nak balik je, tapi dah decide awal-awal masa pergi penang naik jambatan end the balik naik feri.
pemandangan dari dalam bilik hotel memang nampak laut sebab i request cantik sangat!
Pagi tu breakfast kat hotel pastu naik bilik lepak lepak jap before 12 dah nak gerak nak naik feri Yahooo agak teruja sebab ini pengalaman pertama kot naik feri
Banyak la kapal-kapal berlabuh, cantik sungguh scenery masa ni.
Tak lama dalam 15 to 20 minit kot dalam feri ni.
Turun Feri terus menuju ke pangkal jalan iaitu ruamh ku syurga ku Alhamdulillah itu la percutian 2 hari 3 malam yang sangat best.
No comments:
Post a Comment