Wednesday, 28 March 2018

Resepi Solok Lada

Lada hijau muda ni jarang boleh jumpa, kalau ada mesti akan buat solok lada mmmm sedapnya terbayang semasa jumpa dikedai haritu

Bahan untuk solok lada

Lada Hijau
Ikan 
Kelapa Parut ambil yang putih sahaja
Santan

Bahan Tumbuk

Bawang kecil 8 ulas
Halia satu ibu jari
Isi Ikan
Lada Hitam
 
Cara- cara penyediaan
  1. Rebus ikan dan ambil isinya
  2. Belas cili ditengah jangan sampai putus 
  3. Tumbuk halia bersama bawang serta lada hitam dan sedikit garam
  4. Campur kesemua bahan yang ditumbuk bersama isi ikan dan kelapa parut
  5. Isi sehingga padat kedalam perut lada 
  6. Rebus solok lada yang telah siap diisi dengan bahan bersama santan 
  7. Rebus sehingga santan kering atau kulit lada menjadi lembut


➤Tips Solok lada sedap lebih ikan dari kelapa parut