Wednesday, 27 June 2018

Cara Pilih Ketam Banyak Isi dan Padat

Ketam Karang berlainan dengan ketam bunga yang biasa kita beli dipasar, ianya lebih keras dan isinya manis dan padat

Ketam yang segar dapat dilihat dari  mata kasar seperti ianya tidak berbau dan kaki tidak tertanggal

Selain itu semasa hendak memilih ketam yang segar pastikan ianya tidak terdapat ais di dalam ketam tersebut kerana ianya akan menjadi berat

Cara memilih ketam yang banyak isi

Mempunyai telur dan ketam betina
Terdapat banyak cara ketika hendak menyiang /memotong ketam ini, sesetengah orang akan mengambil semua yang terdapat pada ketam tersebut

Sesetengah orang pula akan cuci bersih dan potong kepada empat bahagian tanpa membuang kaki ketam tersebut
Kebiasaanya ramai yang memotong ketam kepada empat bahagian kerana lebih mudah dan senang ketika hendak menikmatinya 

Ketam sedap masak merah, lemak cili api, kari dan sup

Wednesday, 28 March 2018

Resepi Solok Lada

Lada hijau muda ni jarang boleh jumpa, kalau ada mesti akan buat solok lada mmmm sedapnya terbayang semasa jumpa dikedai haritu

Bahan untuk solok lada

Lada Hijau
Ikan 
Kelapa Parut ambil yang putih sahaja
Santan

Bahan Tumbuk

Bawang kecil 8 ulas
Halia satu ibu jari
Isi Ikan
Lada Hitam
 
Cara- cara penyediaan
  1. Rebus ikan dan ambil isinya
  2. Belas cili ditengah jangan sampai putus 
  3. Tumbuk halia bersama bawang serta lada hitam dan sedikit garam
  4. Campur kesemua bahan yang ditumbuk bersama isi ikan dan kelapa parut
  5. Isi sehingga padat kedalam perut lada 
  6. Rebus solok lada yang telah siap diisi dengan bahan bersama santan 
  7. Rebus sehingga santan kering atau kulit lada menjadi lembut


➤Tips Solok lada sedap lebih ikan dari kelapa parut