Sunday, 30 July 2017

Cara Hilangkan Bau Hanyir Ikan Patin

Jika ikut saya suka basuh ikan patin dengan tepung terlebih dahulu kemudian baru basuh dengan lemon
Perah je hirisan lemon tu dan rendam dalam air pastu letak dalam peti ais sekejap biar lemon tu hilangkan bau-bau yang tidak sedap

Kenapa basuh dengan tepung?

Ha! tu sebenarnya nak hilangkan darah ikan dan lendir-lendir kat badan ikan, In Sha Allah jikan tips saya ni bau hanyir ikan tu akan hilangkan


Rendam la dalam sejam ke, sebelum bilas dan simpan dalam peti ais beku tu

Ikan patin ni saya beli murah je dekat Giant, sebelum nak beli bau dulu tau,kuat tak bau hanyir

Alhamdulullah macam ikan patain sungai walaupun hakikatnya patin sangkar

Ikan patin sedap masak apa ye?

Selalu saya suka masak tempoyak je, ada masa masak asam pedas tapi paling simple dan sedap kan goreng je garing-garin

fuhhh merecik la kalau makan nasi panas letak kicap ada sambal belacan sedap mesti bertambah nasi 

Resepi tempoyak ikan patin

Ikan Patin seekor

  • Cili api 6 biji
  • kunyit hidup 2 inci
  • Daun kesum
  • Timun tua
  • Garam
  • Perasa
  • Tempoyak


Sunday, 2 July 2017

Rahsia Sambal Belacan Sedap

😅 Rahsia sambal belacan sedap?
Nak tahu ke?
Rahsia?

Mari kito nak share la tang mana boleh berikan sambal belacan yang kita tumbuk tu sedap!😍😎

Dalam gambar tu belacan tu dibakar atas arang, kalau malas nak bakar sikit-sikit bakar je banyak terus boleh buat stock banyak bulan

Satu lagi kata oeang-orang lama lah kan, belacan ni kalau bakar bila kita buat sambal belacan tak jadi jerawat ataupun resdung tau

Ahahahha dengar boleh percaya jangan 😆😇😋

Arang tu sebenarnya saya bakar atas dapur gas biar jadi bara berapi baru transfer kat dalam bekas pemanggang
Kalau malas nak kipas letak je kipas angin sekejap je masak ikan atau ayam bakar kita tu

Tapi memang jujur sambal belacan letak belacan bakar memang lagi sedap tak percaya try buat

Resepi Sambal Belacan Meletop's
Lada Besar dua biji
Cili Api Merah 2 Biji
Belacan bakar seibu jari
Garam
Air Asam Jawa
 Gula sikit/perasa

Try la buat memang sedap sangat asam jawa tu jangan pekat jangan cair, bertambahlah nasi berpinggan debo wehhh!!😻

Cendol sedap di Sunway Pyramid

Penang Road Famous Teochew Chendul pernah rasa sekali kat penang memang sedap sangat-sangat, sebab jauh sekali je la merasa

Now dah banyak cawangan kat KL dan Selangor maka tak perlu khuatir rasa teringin je boleh terjah pekena Cendol dan Rojak

Ada satu cawangan kat Sunway Pyramid kalau tak salah sebelah kedai Nasi Arab


Rojak dan Ais Kacang memang sedap nak -nak cendol tu memang terasa makan kat penang tau tak!

Alhamdulillah rezeki ada orang belanja kita bersyukur semoga Allah murahkan rezeki hamba Allah dengan rezeki yang tidak sangka-sangka In Ssha Allah

Semua sekali kita kasi 5 star

Ingat nak makan mee kari tapi sebab dah kenyangkan makan setakat nak makan je lah hihihihih


Saturday, 1 July 2017

Bakar Ikan Guna Arang

 Salam selepas raya 😍

Jemu dah makan ketupat lemang rendang bagai kan, jom kita bakar bakar pulak
Bakar ikan guna arang ni tak sakit mata dek dengan kepulan asap


Ni arang
Ada ke yang tak kenal?

Kalau nak mudah bakar dulu biar betul betul
arang tu terbakar 
macam kita bakar atas api gas tu

Kemudian baru letak dalam bekas pemanggang besi tu
Contoh macam gambar kat bawah ni

 Ikan Cencaru
Ikan Pelaling - ni paling sedap sebab manis 😋
Nampak sangat sedap kan 
memang sedap pun,  sedar tak sedar lupa nak tinggal kat orang belakang 😂

Hari ni ingat nak bakar ayam pula, nanti kita rajin kita update