Wednesday, 18 May 2016

Zikir Penenang Hati dari kegelisahan

AllahuAkbar Subahanallah Alhamdulillah Astagfirullahalazim....

Ya Allah Ya Tuhan Ku...
Ampunkanlah Aku
Terimalah Segala Amal Ibadatku
Jauhilah Ibu Bapa Ku dari Api Neraka
Ya Allah Ampunkanlah orang yang Aku Kasihi



Salam sahabat alam maya semua, sejauh mana kita pergi, sejauh mana kita berada di atas dan sejauh mana kita berjaya jika hati kita tidak tenang itu maknanya Allah ketuk pintu hati kita agar kita rasa terjaga dari kelalaian.

Allah maha berkuasa, maha bijaksana dan maha mengetahui akan segalanya. Janganlah kita lalai dalam mengejar dunia sehingga kita melupakan matlamat sebenarnya kita di hidupkan menjadi umat Muhammad saw.

Kami nak kongsikan kepada sahabat semua, walaupun kita kurang dari pengetahuan ilmu agama, jangan pernah malu untuk berlajar, carilah dan galilah sedalam mana ilmu akhirat kerana ianya akan bantu kita kelak di akhirat.

Jangan jadikan kita kurang pengetahuan, tidak pandai itu menjadi masalah besar bagi kita mendekati diri kepada Allah swt.

Zikir inilah yang menjadi peneman kami bila kami terasa sepi, terasa kosong, terasa jauh dan terasa sedih. Allah betapa kasihnya Nabi kepada kita umatnya dan bertapa sayangnya Allah kepada kita hambanya.

Besarnya nikmat yang kita akan perolehi seandainya kita ikhlas dalam mencari redha Allah, ikhlas dalam menjalankan perintah Allah swt.

Marilah kita sama-sama mendekati diri dengan Allah, semakin dekat dengan Allah kita akan menjadi tenang. In Sha Allah.

Monday, 9 May 2016

Maggi Kari Tetap Di Hati


Jom pekena Maggi Kari

Mudah sangat nak sediakannya hanya memerlukan 2 minit dan 2 cawan air dah siap untuk di slurppp!

Banyak- banyak perisa, hak kari juga melekat kat hati memang suka rasa kari yang betul-betul kaw berbanding yang lain ye. Maggi ni merupakan makanan segera yang juga turut mengandungi protein dari gandum.

Selain perisa Kari ianya terdiri dari Maggi Tomyam, Ayam dan Asam Laksa. Semua kami dah cuba tapi tetap sedap perisa kari lagi.


Cara kami masak mudah je, panaskan 2 cawan air 360ml, masukan mee maggi dah lembut sikit letak perencah kemudian pecahkan telur kacau sekali. Nak lagi sedap letak bahan-bahan sampingan macam fish cake atau bebola ikan nyummy

Jom slurp slurp maggi tetap di hatiku

Sunday, 8 May 2016

Tempat Makan Sedap di Sungai Wang

Alhamdulillah, apa kabor semua?

Cerita weekend baru-baru ni pi jejalan cari makan. Singgah sungai wang di awal pagi keadaan amboii syoknya tak ramai orang pun.

Singgah kat satu kedai ni Ah Cheng Laksa, Ada yang pernah rasa tak?


Asam Laksa 


Curry Laksa

Banyak tempat yang pernah try makan Asam Laksa dan Curry Laksa ni yang paling best pernah makan. Asam Laksa sweet-sweer je masam tak melampau sangat.

Curry Laksa dia kuahnya sedap tak pekat sangat boleh hirup kuah sampai licin.


Tempat yang agak selesa, service cepat dan tempatnya bersih. Salah satu branch Ah Cheng Asam Laksa terletak di Sungai Wang.

Selain dari Asam Laksa dan Curry Laksa ada juga menu lain yang nampak sedap.

Pan mee, Nasi Lemak Rendang, Chicken Sup Herbal, Curry Chicken nak keropok lekor pun ada.

Teringat pula dengan Asam Laksa Ah Cheng ni! Acaner?

Jom Lunch

Sup Ketam Simple Je! Tapi Sedap


Bahan 

Ketam 2 Ekor
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih seulas
Rempah 3 sekawan
Halia
Daun Sup

Simple tapi umpphhh!! 

Wednesday, 4 May 2016

Ular Sawa dan 90 biji Telurnya



Ya Allah besarnya ular sawa batik ni! teringat kisah masa kecil pasal jumpa anak-anak ular ni. Seram ya amat.

Semalam masuk berita, di tangkap oleh pihak JPAM di negeri perak, kawasan kebun di bawah pokok. Elok je dok bersama-sama telur-telurnya, 

Takkan hendak dibiarkan, kerana ianya boleh mengancam nyawa penduduk kampung nak-nak ular tu mempunyai telur silap-silap terus kena ngap kan.

eiii seram, geli naik bulu roma. InsyaAllah minta di jauhi dari binatang berbisa seperti ular dari kita, keluarga dan semua orang Amin...